Siapa sangka hujung minggu lepas meyaksikan banjir besar melanda beberapa negeri terasuk Johor, Perak, Terengganu dan juga Pahang.
Salah satu kawasan paling terjejas terus di Pahang adalah Maran dan juga Kuala Lipis.
Seperti yang kita tahu Kuala Lipis adalah ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada tanggal 27 Ogos 1955.
Daerah ini sememangnya terkenal dengan tempat kelahiran beberapa nama besar negara, antaranya Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Muhamad Ghazali Shafie; wartawan, penulis dan aktivis politik, Ishak Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako, chef selebriti terkenal, Redzuwan Ismail atau Chef Wan dan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Bandar Kuala Lipis yang pernah menjadi ibu negeri Pahang pada abad ke-19 semasa pentadbiran era kolonial di bawah Residen British, Sir Hugh Clifford adalah bandar transit pengunjung dan kenderaan dari Lembah Klang ke Kelantan.
Selain itu, bandar Lipis yang juga bekas ibu negeri Pahang turut menempatkan 14 bangunan bersejarah yang didirikan ketika pentadbiran British.
Antaranya, pejabat pos (1910), Clifford School (1913), kediaman bekas SUK Pahang (1920), Rumah Residen (1922), Istana Hinggap (1926), Asrama Jururawat (1926), Stesen Keretapi (1926), Clifford Malay Hostel (1926) dan Rumah Pegawai Daerah (1929) memperlihatkan reka bentuk bangunan hasil cita rasa Pegawai Kolonial British ketika itu.
Seperti yang kita tahu, banjir yang berlaku beberapa hari ini telah menenggelamkan Clifford School yang dikatakan sudah berusia 100 tahun
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagramnya, Siti memberitahu bangunan kelas tempatnya belajar hanya sayup kelihatan bumbungnya saja. Jadi beliau meminta jasa baik semua follower, rakan-rakan dan alumni sekolah berkenaan agar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban sekolah akibat bencana banjir.
Sebelum itu juga posting dari Pengurus Siti, Rozi turut memberitahu kedaaan di sekolah berkenaan dan sebagai Naik Yang Dipertua alumni Loca atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, dia turut meminta bantuan kewangan dan juga sukarelawan untuk bergotong royong nanti di sana.
Menurut Rozi, sekolah ini mempunyai khazanah-khazah bertahun dan sejarah yang tidak mungkin ada galang gantinya hampir tenggelam sepenuhnya.
Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah.
Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.
Repost @rozisangdewi
Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya.
Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja.
Hari ini, sebagai Naib Yang DiPertua, alumni LOCA atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, Pahang, saya mengalu-alukan jasa baik dan sumbangan kalian dalam bentuk kewangan (kecemasan) .
Akaun Maybank LOCA:
556114503768
Dan sumbangan lainnya pada hari gotong royong pembersihan nanti seperti tenaga sukarela, waterjet, makanan, minuman dan sebagainya. Saya akan maklumkan lebih formal selepas ini.
Moga Allah memudahkan usaha ini. Aamiin.
View this post on Instagram
Artikel Berkaitan:
5 Destinasi Percutian DIY Yang Best Di Negeri Pahang Darul Makmur
Merapoh, Khazanah Alam Berusia 300 Juta Tahun Ada Ratusan Gua Untuk Diterokai. Ada Berani?
Misi Tawan Gunung Tahan, MOTAC Pahang Rancak Promosi Produk Pelancongan Taman Negara!
Kredit Foto: Instagram CTDK & FB SMK Clifford
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI