Siapa yang tidak kagum dengan keindahan Menara Eiffel jika berkunjung ke kota cinta impian seluruh dunia, Paris.
Setelah beberapa bulan ditutup berikutan pandemik Covid-19, Menara Eiffel akan kembali dibuka kepada orang ramai bermula 16 Julai depan kata pihak pengurusan seperti dilaporkan AFP.
Bagaimanapun jumlah pengunjung akan dihadkan kepada 10,000 sehari demi memastikan penjarakan fizikal dapat dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak itu.
“Setelah beberapa bulan ditutup, pihak pengurusan tidak sabar menanti kedatangan pengunjung dan bagi menjamin keselamatan pelawat, kami mengamalkan protokol ketat,” kata presiden Menara Eiffel, Sete Jean-Francois Martins.
Pesanan tiket secara dalam talian juga akan dibuka bermula 1 Jun 2021.
Menara Eiffel yang dibina pada 1889, biasanya menerima tujuh juta pengunjung setiap tahun atau tiga perempat daripadanya adalah pelancong dari luar negara.
Namun sejak pandemik, pihak pengurusan menara itu mengalami kerugian 70 juta Euro pada 2021 manakala 52 juta Euro tahun lalu.
Perancis pada awal bulan lalu melonggarkan sekatan terhadap rakyatnya selepas mengamalkan kawalan pergerkan selama enam bulan.
Malah kafe dan restoran sudah boleh menerima kedatangan pelanggan dan makan di premis selain pihak kerajaan negara itu merancang untuk membuka kembali ekonomi sepenuhnya menjelang akhir Jun.
Untuk rekod, muzium, panggung wayang, teater juga akan kembali dibuka selepas ditutup selama 203 hari. Pihak Disneyland Paris pula akan membuka pintu taman tema itu kepada pengunjung pada 17 Jun.
SUMBER: MSTAR
Artikel Berkaitan:
3 Lokasi Viking Paling Best Di Negara Scandinavian, Norway. No 3 Memang Stunning Sangat!
Rumah Sungai Lenggong, Port Best Lepak Pada Harga Serendah RM160 Semalam