Airport Staycation 2H1M Di Sama-Sama Hotel KLIA. Rare Tau Bercuti Konsep Macam Ni!

Share

Airport Staycation adalah salah satu usaha Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk menarik minat rakyat Malaysia untuk menjadikan KLIA sebagai sebuah destinasi percutian, selain daripada merancakkan semula aktiviti pelancongan dalam negara selepas terkesan daripada pandemik COVID-19.

Airport Staycation ini tidak dilakukan setiap masa. Hanya promosi untuk waktu-waktu tertentu sahaja dan dalam jumlah yang dihadkan. Jadi kalau nampak ada tawaran percutian sebegini kena cepat-cepat buat tempahan. Airport Staycation ini menawarkan percutian 2 hari 1 malam kepada ibu bapa dengan dua orang anak di bawah umur 11 tahun untuk menikmati penginapan di Sama-Sama Hotel bersama sarapan pagi dan pelbagai keistimewaan yang lain.

Airport Staycation yang pertama dianjurkan sempena Hari Kemerdekaan pada Ogos 2020 lepas mendapat sambutan yang baik sehingga ia habis ditempah dalam tempoh dua hari sahaja. Atas sambutan yang baik ini, MAHB meneruskan lagi program pada September lalu.

Ini perkongsian daripada saudari Amirah Razali yang berpeluang bercuti dengan konsep sebegini September 2020 lalu.

Hi guys! Nak share haritu kami sekeluarga berpeluang untuk cuti-cuti di Airport KLIA. Best sangat!

Haaa jangan terkejut! Airport KLIA juga boleh dijadikan destinasi percutian tau! Hehehe seronok betul dapat peluang untuk ke program Airport Staycation di KLIA baru-baru ini. Sebenarnya Airport Staycation sebelum ini mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi atas permintaan ramai, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad dengan kerjasama Sama-Sama Hotel KLIA meneruskan lagi program ini buat kali ke-2. Jadi mestilah kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman Airport Staycation di Sama-Sama Hotel yang julung-julung kali ditawarkan ini.

Program Airport Staycation ini untuk keluarga bersama 2 anak bawah 11 tahun. 2 hari 1 malam di Sama-Sama Hotel.

Antara aktiviti dalam pakej Airport Staycation ini adalah
1. Tour ke Airport Fire Station yang terletak di airside.
2. Dapat jadi Fire Fighter!
3. Menjadi Chef Cilik. Boleh deco kek sendiri siap dapat bawa balik kek, chef hat & apron!


4. Dapat akses khas untuk shopping di KLIA Crazy Sale! dan banyak lagi!

Yang bestnya untuk program Airport Staycation ini adalah kami berpeluang membuat lawatan eksklusif ke Airport Fire & Rescue (AFRS) yang terletak di airside. Apalagi tanpa berfikir panjang, terus kami membuat tempahan di talian yang diberikan dan alhamdulillah rezeki Ayra & Afya ada lagi 2 kekosongan ketika itu.

Harga pakej Airport Staycation ini adalah RM440 untuk keluarga bersama 2 anak bawah 11 tahun. Manakala Aafy pula percuma sebab umur bawah 1 tahun. Tapi bayi tidak dibenarkan ke AFRS atas sebab-sebab keselamatan. Jadi Zyzool yang temankan Aafy sementara Mira, Ayra & Afya nak jadi akak bomba airport jap. Hehehe

Ada 4 stesen aktiviti yang disediakan iaitu:
1. Donning Fire Suit – Untuk stesen yang pertama ini kami berpeluang menggayakan uniform & peralatan yang digunakan abang bomba. Hihi jadi izinkan akak jadi hakak bomba sekejap ya!
2. Fire Truck Joy Ride – Di stesen ke-2 pula kami dapat menaiki trak bomba dan di bawa berpusing di sekitar stesen. Wow canggih betul Ultra Large Foam Tender Fire Truck ini !
3.Fire Extinguisher Training -Seterusnya kami ke stesen ke-3. Di sini kami diajar cara-cara untuk menggunakan alatan pemadam kebakaran. Details kami kongsikan di blog https://zyzoolmiratravel.com

Bila orang tanya. “Ko cuti gi mana haritu?” “Kiteorang cuti-cuti kat airport!!”

Oleh
Husna