Berita

AIR ASIA UMUM PENERBANGAN EHSAN KE PULAU PINANG

Share

 

Air Asia umum bantuan mangsa banjir Pulau Pinang pada hari ini dengan menawarkan penerbangan kepada NGO yang memerlukan pengangkutan udara bagi menghantar barangan.

AA juga menawarkan untuk membawa kakitangan perubatan bertugas ke Pulau Pinang; di mana sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan mati berikutan banjir besar dan angin kencang.

“Lebih banyak hujan diramalkan akan berlaku. Kira-kira 2,000 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.”

“Kami sedih dengan tragedi banjir di Pulau Pinang dan berikrar untuk melakukan apa yang termampu bagi meringankan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Pulau Pinang.”

AirAsia komited dengan falsafah bahawa tiada perbadanan boleh hidup selain daripada komuniti yang dikendalikannya.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami memberikan bantuan dalam masa yang diperlukan,” kata pengerusi eksekutif AirAsia Berhad dan CEO Kumpulan AirAsia X, Kamarudin Meranun dalam satu kenyataan.

NGO yang memerlukan bantuan pengangkutan udara untuk barang bantuan dinasihatkan untuk menghantar permintaan mereka ke foundation@airasia.com, di mana instruksi mengenai pengiriman dan keperluan kargo akan diberikan setelah penilaian.

Kakitangan perubatan bertugas yang dikehendaki berada di Pulau Pinang juga boleh menghantar permintaan mereka ke foundation@airasia.com untuk tujuan penerbangan.

Oleh
Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki