AirAsia Yakin Rakyat Malaysia ‘Sudah Bersedia’ Untuk Terbang Semula

Share

Ketika ini, tahap kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) di lapangan terbang dan dalam pesawat adalah tinggi. Oleh itu, AirAsia yakin rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melakukan penerbangan semula.

Menurut kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad (AirAsia), Riad Asmat berdasarkan pengalamannya, dia perasan rakyat Malaysia memang teratur dan patuh. Mereka sedar akan langkah-langkah bagi memastikan keselamatan diri masing-masing.

“Saya yakin Malaysia berada di tahap yang sangat bersedia dan apabila tiba masanya, tiada masalah bagi rakyat kita kembali terbang”

AirAsia juga sedang berusaha untuk menambah baik perkhidmatan dan teknologi di lapangan terbang bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 sewaktu perjalanan. Aantara kemudahan teknologi sedia ada yang akan dipertingkatkan adalah kemudahan E-boarding, teknologi imbas pasport serta imbas kod bar di kios yang disediakan.

SOP yang ditetapkan kerajaan turut dilaksanakan AirAsia seperti menyediakan papan tanda atau poster meminta semua penumpang dan kakitangan mengamalkan penjarakan sosial. Selain itu, ahli keluarga juga tidak dibenarkan masuk ke dalam terminal untuk menghantar penumpang bagi mengelakkan kesesakan.

Sumber: astroawani

Oleh
Husna