Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan kebenaran boleh merentas negeri walaupun PKPB masih belum tamat.
Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk ke mana-mana juga destinasi kecuali negeri yang masih dikenakan PKPD.
Artikel berkaitan: AirAsia.com & Turkish Airlines Jalin Kerjasama Manfaatkan Perjalanan Antarabangsa Akan Datang
Dan bermula semalam juga AirAsia Bhd telah menawarkan tambang serendah RM12 sehala untuk penerbangan domestik.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.
Beliau berkata, tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.
Katanya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.
“Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan.
“Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.
Artikel berkaitan: Promosi Tiket AirAsia RM12 Je! Menarik Ni Untuk Cuti-Cuti Malaysia Hujung Tahun
Beliau berkata, AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu.
Jadi apa lagi, untuk ‘kaki travel;, bolehlah terus menempah tiket penerbangan dan berkunjung ke mana-mana destinasi menarik dalam negeri.
SUMBER: BERITA HARIAN
Artikel berkaitan: AirAsia Kenakan Caj RM20 Kalau Daftar Masuk Di Kaunter. Baik Korang ‘Check-In’ Awal Di Apps Atau Kiosk Je Lepas Ni