air asia

Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan kebenaran boleh merentas negeri walaupun PKPB masih belum tamat.

Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk ke mana-mana juga destinasi kecuali negeri yang masih dikenakan PKPD.

Artikel berkaitan: AirAsia.com & Turkish Airlines Jalin Kerjasama Manfaatkan Perjalanan Antarabangsa Akan Datang

Dan bermula semalam juga AirAsia Bhd telah menawarkan tambang serendah RM12 sehala untuk penerbangan domestik.

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM12 Sehala Perjalanan Domestik Sampai Esok.  Peluang Baik Untuk ‘Kaki Travel’!
Tiket serendah RM12 ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.

Beliau berkata, tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Ads

Katanya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM12 Sehala Perjalanan Domestik Sampai Esok.  Peluang Baik Untuk ‘Kaki Travel’!
Tempahlah sekarang.

“Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan.

“Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

Ads

Artikel berkaitan: Promosi Tiket AirAsia RM12 Je! Menarik Ni Untuk Cuti-Cuti Malaysia Hujung Tahun

Beliau berkata, AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu.

Jadi apa lagi, untuk ‘kaki travel;, bolehlah terus menempah tiket penerbangan dan berkunjung ke mana-mana destinasi menarik dalam negeri.

Ads
AirAsia Tawar Tiket Serendah RM12 Sehala Perjalanan Domestik Sampai Esok.  Peluang Baik Untuk ‘Kaki Travel’!
Foto Bloomberg

Jadual Destinasi

KUL – Langkawi – KUL: RM24

KUL – Kuching – KUL: RM24

KUL – Penang – KUL: RM24

KUL – Alor Setar – KUL: RM24

KUL – Kota Bahru – KUL: RM24

KUL – Kuala Terengganu – KUL: RM24

JHB – Ipoh – JHB: RM24

JHB – Penang – JHB: RM24

JHB – Langkawi – JHB: RM24

KCH – Sibu – KCH: RM24

KCH – Bintulu – KCH: RM24

KCH – Miri – KCH: RM24

KCH – Kota Kinabalu – KCH: RM24

BKI – Tawau – BKI: RM24

BKI – Sibu – BKI: RM24

BKI – Sandakan – BKI: RM24

BKI – Bintulu – BKI: RM24

BKI – Miri – BKI: RM24

Booking Segera

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM12 Sehala Perjalanan Domestik Sampai Esok.  Peluang Baik Untuk ‘Kaki Travel’!

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM12 Sehala Perjalanan Domestik Sampai Esok.  Peluang Baik Untuk ‘Kaki Travel’!

AirAsia Tawar Tiket Serendah RM12 Sehala Perjalanan Domestik Sampai Esok.  Peluang Baik Untuk ‘Kaki Travel’!

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel berkaitan: AirAsia Kenakan Caj RM20 Kalau Daftar Masuk Di Kaunter. Baik Korang ‘Check-In’ Awal Di Apps Atau Kiosk Je Lepas Ni

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI