Penumpang setia AirAsia bakal menikmati tawaran istimewa daripada syarikat penerbangan tambang murah itu apabila AirAsia akan menawarkan tiket penerbangan sehala sebanyak RM99 kepada ahli AirAsia.
Tawaran tambang promosi itu adalah bersempena pelancaran penerbangan terus secara harian baharu dari KL – Quanzhou yang akan bermula pada 1 Mei 2019 ini dan tawaran harga RM99 itu bersekali dengan cukai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat mengulas bahawa perkhidmatan KL- Quanzhou akan menawarkan pilihan penerbangan yang lebih baik kepada pelancong Malaysia dan juga China. Selain daripada itu, AirAsia turut dapat mengembangkan capaian destinasi ke bandar-bandar unik di China.
Dalam pada itu, AirAsia juga akan menyediakan perkhidmatan ke bandar-bandar kedua di China seperti Guilin, Shantou dan Nanning dalam usaha mereka untuk meneroka peluang baharu dan menghubungkan hab-hab AirAsia di Malaysia ke China.
Sedikit fakta mengenai Quanzhou, bandar itu pernah menjadi pelabuhan terbesar dunia dan titik permulaan kepada Laluan Sutera Maritim yang turut dikenali sebagai Zaiton oleh pedagang Arab selain pernah dinobatkan oleh Marco Polo sebagai ‘antara dua tempat perlindungan terbesar di dunia untuk perdagangan’.
Dek kerana statusnya yang pernah menjadi pelabuhan perdagangan paling penting selama tiga abad, Quanzhou masih lagi kekas sebagai destinasi pelbagai budaya dan agama yang turut menawarkan banyak kuil Buddha dan Hindu, masjid dan gereja malah muzium yang mempamerkan warisan maritim di sana.
Sumber: Bernama & Berita Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tambang Percuma MRT, LRT Selama Sebulan Bermula Hari Ini. Jom Ronda-Ronda Lembah Klang!
Sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.
Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.
“Kita memahami tentang kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan, dan kos sara hidup meningkat.
“Oleh itu, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.
“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kg Batu, di sini pada Khamis.
Hadir sama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim.
Mengulas lanjut, melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri berkata, ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.
Sumber: Sinar Harian
Nak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia, Usha Yang NI dulu!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolong Jangan Buka Kasut Dalam Kapal Terbang! Dah La Berbau, Busuk Pula Tu!
Dalam mood percutian, mesti kita mengharapkan percutian kita itu adalah percutian yang terbaik dan indah dengan kenangan-kenangan manis dan setiap kenangan tu bukan sahaja manis sewaktu tiba di destinasi percutian sahaja. Kenangan manis tu mesti bermula dari muka pintu rumah dari pergi sehingga balik.
Jadi, sewaktu perjalanan ke destinasi pun mesti kita mengharapkan kenangan yang baik-baik sahaja untuk kita dan orang lain. Justeru, etika ketika dalam perjalanan lebih-lebih lagi dalam pesawat sangat penting, supaya pengalaman kita tidak terjejas dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Jadi, apa etika yang sepatutnya kita buat ketika di dalam pesawat. Artikel ini Libur kongsikan kepada anda 21 tips berguna untuk anda dan rakan-rakan.
1. Elakkan barisan yang ada keluarga dan kanak-kanak
Sewaktu berbaris untuk pemeriksaan keselamatan, cuba elakkan barisan yang dibarisi keluarga bersama anak-anak kecil. Kecepatan mereka tidak sama dengan anda yang bergerak solo atau berdua.
2. Buka jaket, jam, tali pinggang dan keluarkan barang elektronik
Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan dan memendekkan barisan, seharusnya anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala peralatan elektronik dan cecair dari bagasi tangan anda.
Buka jaket atau sweater, tali pinggang, kasut, dan duit syiling dari poket seluar anda. Masukkan botol-botol cecair dalam satu plastik berzip lutsinar. Bergerak cepat apabila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan.
3. Bawa botol kosong
Jangan beli air botol di kedai. Bawalah botol kosong anda sendiri. Hampir semua lapangan terbang di dunia ada mesin air percuma. Tinggal isi sahaja. Anda tidak perlu beli air botol sebelum atau selepas pemeriksaan. Lebih menjimatkan wang. Botol kosong tidak akan dirampas ketika pemeriksaan.
4. Patuhi had saiz bagasi tangan
Jangan degil dengan membawa beg yang jauh lebih besar dari had ditetapkan. Ini sikap yang pentingkan diri sendiri. Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas membazir ruang didalam pesawat.
5. Elakkan daripada memakai terlalu banyak barang kemas
Kalau nak juga pakai, masukkan ke dalam plastik atau beg kecil sebelum berbaris untuk pemeriksaan. Lepas pemeriksaan, baru pakai semula barang kemas anda.
6. Elakkan memakai pakaian ketat terutama untuk penerbangan jarak jauh
Dalam penerbangan panjang, hampir setiap masa anda duduk di kerusi tanpa banyak bergerak. Maka, pakaian ketat anda ini boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu penggumpalan darah dalam salur darah. Kaki boleh bengkak kerana darah tidak mengalir dengan lancar. Selamatkan diri anda daripada perkara ini.
7. Jangan pakai kasut tumit tinggi (heels) tidak kira anda di kelas pertama, bisnes atau ekonomi
Ini penting kerana tumit kasut tinggi mempunyai tapak yang tajam dan boleh bocorkan gelongsor kecemasan pesawat apabila anda memijaknya. Perkara ini boleh melambatkan pergerakan anda sewaktu kecemasan. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda dan penumpang lain sekiranya perkara itu berlaku. Pakailah kasut sarung atau kasut sukan yang mudah dibuka dan yang mampu melindungi kaki anda sewaktu kecemasan. Nak bergaya, boleh bila sampai destinasi. Who knows that your heels can cost other people’s lives?
8. Jika anda travel ke destinasi bermusim sejuk, pack baju sejuk dan jaket tebal anda dalam bagasi kargo
Pakailah beberapa lapis baju dan jaket nipis ketika didalam kabin pesawat. Kalau nak bawa jaket tebal dalam kabin, pack guna beg vakum dan masukkan dalam bagasi tangan anda. Ini lebih menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan dalam kabin bukan saja untuk anda tapi untuk penumpang lain. Dalam pesawat anda juga boleh minta selimut. Ia jauh lebih baik dari pakai jaket tebal yang merimaskan. But please return the blanket.
9. Elakkan daripada memakai skirt pendek dan pakaian yang terlalu berjurai
Apabila berlaku kecemasan, skirt pendek anda tidak akan melindungi diri anda daripada elemen cuaca dan bahaya persekitaran. Pakaian terlalu berjurai pula boleh menyebabkan anda tersangkut di kerusi ketika anda bergerak menuju pintu kecemasan.
10. Jangan tidur sewaktu pesawat berlepas dan mendarat
3 minit pertama dan terakhir di setiap penerbangan adalah minit penting atau masa hidup dan mati kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka jangan tidur di 3 minit pertama dan terakhir ini!
11. Tumpukan perhatian kepada demo keselamatan
Walau anda kerap terbang beberapa kali, sentiasa tumpukan perhatian terhadap demo keselamatan kerana peraturan setiap pesawat mungkin berbeza daripada pesawat yang lain. Perhatikan dan ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal!
12. Sentiasa pakai tali pinggang bila di tempat duduk anda walaupun tiada turbulence
Benda semacam ini datang tanpa amaran. Anda sudah tentu tidak mahu tercampak hingga kepala terhentak di overhead compartment dan lain-lain yang boleh menyebabkan kecederaan kepada anda.
13. Jangan buka kasut
Tolong jangan buka kasut jika anda bukan jenis pembersih atau kaki berbau busuk! Udara dalam kabin dikitar semula, bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang lain. Kalau mahu buka kasut, pastikan stokin anda bersih dan jangan buka stokin.
14. Sentiasa bertimbang rasa
Jika anda perlu baringkan kerusi, baringkan dengan berhati-hati kerana kita tidak tahu kalau orang di belakang sedang menggunakan meja untuk makan atau minum air panas dan sebagainya.
15. Ajari anak anda adab dan tatasusila sewaktu di dalam penerbangan
Ajar anak-anak anda untuk tidak menendang kerusi di hadapan. Ini merupakan satu tindakan biadap dan perkara yang paling tidak disukai oleh kita semua ketika berada di dalam pesawat. Usahakan apa sahaja, buat anak anda dengar nasihat anda dan bukan anda pula yang dengar kata mereka.
16. Jangan tamak
Arm rest ialah hak utama buat yang duduk ditengah-tengah. Jika anda duduk ditingkap atau di aisle, anda hanya ada satu arm rest. Kalau anda ambil dua-dua, yang duduk tengah tidak dapat apa-apa. Be considerate!
17. Hormati privasi penumpang lain
Kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tidak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi kepada mereka.
18. Cuba tunggu waktu sesuai untuk ke tandas
Bila nak ke tandas, tunggulah masa sesuai. Bukan sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan dan minuman. Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang makan barulah anda bangun.
19. Jaga kebersihan tandas
Gunakan tandas dalam pesawat seperti mana anda gunakan tandas di rumah. Jangan buat sepah. Jangan juga guna tandas terlalu lama. Ingatlah, bahawa dalam pesawat ada penumpang lain juga. Again, bertolak ansur.
20. Isi borang ketibaan dan pastikan siap sebelum pesawat mendarat
Ketika dalam penerbangan atau sebelum keluar dari pesawat, isikan borang atau kad ketibaan. Jangan tunggu sampai imigresen baru nak isi. Jadi, penting untuk anda bawa satu atau dua pen dalam beg.
21. Tunggu bila pesawat sudah betul-betul berhenti baru anda bangun ambil beg
Tunggu giliran anda untuk bergerak ke depan pesawat. Tidak perlu berebut-rebut. Ambil beg dan bergerak dengan cekap.
Akhir sekali, Hormati anak kapal atau pramugari dan pramugara di dalam pesawat. Elakkan daripada berlawan cakap atau bergaduh tidak kira di lapangan terbang, sewaktu pemeriksaan atau terutama sekali ketika di atas pesawat.
Kalau anda tidak puas hati dengan servis yang anda terima, bincang di tepi atau di belakang orang awam. Tidak perlu marah-marah atau menjerit-jerit. Mereka ini cuba membantu memudahkan urusan anda dan mereka juga manusia dan ada perasaan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
CUKAI PELANCONGAN BAHARU MALAYSIA
[et_pb_section admin_label=”Section” fullwidth=”on” specialty=”off” transparent_background=”off” allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” custom_css_main_element=”margin-bottom:10px;” custom_padding=”||10px|”][et_pb_fullwidth_code admin_label=”Leaderboard” custom_css_main_element=”margin-top:10px;margin-bottom:10px”]<div style=”clear:both;float: left; width: 100%; margin:auto; display:inline-block; text-align:center;margin:5px 0px 25px 0px”><!– /6273129/LIBUR_720X90 –><div id=”div-gpt-ad-1478320342780-0″><script>googletag.cmd.push(function() {googletag.display(‘div-gpt-ad-1478320342780-0’); });</script></div></div>[/et_pb_fullwidth_code][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” fullwidth=”off” specialty=”on”][et_pb_column type=”2_3″ specialty_columns=”2″][et_pb_row_inner admin_label=”Row” global_module=”1677″ padding_mobile=”off” use_custom_gutter=”off” column_padding_mobile=”on” make_equal=”off” parallax_1=”off” parallax_method_1=”off”][et_pb_column_inner type=”4_4″ saved_specialty_column_type=”2_3″][et_pb_code global_parent=”1677″ admin_label=”SHARE”][mashshare][/et_pb_code][/et_pb_column_inner][/et_pb_row_inner][et_pb_row_inner admin_label=”Row”][et_pb_column_inner type=”4_4″ saved_specialty_column_type=”2_3″][et_pb_text admin_label=”– EDIT DISINI –” background_layout=”light” text_orientation=”left” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]
Sumber: http://gst.customs.gov.my/en/hl/_layouts/customapplication/announcementDetails.aspx?ID=246
Tarikh berkuatkuasa
Tarikh dikenakan cukai pelancongan ialah 1 Ogos 2017. Pendaftaran pengendali premis penginapan bermula 1 Julai 2017.
Siapa yang mengutip cukai pelancongan
Kementerian Kewangan dan Kastam Di Raja
Apakah Cukai Pelancongan?
Cukai yang dikenakan pada kadar yang spesifik terhadap pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan oleh pegendali premis.
Mengapa cukai pelancongan dilaksanakan?
- Satu mekanisma usahasama antara Kerajaan dan industri pelancongan untuk meningkatkan sektor pelancongan
- Keuntungan cukai akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan industri pelancongan serta kempen dan promosi pelancongan untuk negara.
- Untuk memelihara dan memulihara keindahan semulajadi, budaya, dan warisan demi kebaikan sekarang dan akan datang
Berapakah kadar cukai pelancongan?
- 5 bintang:RM20/bilik/malam
- 4 bintang:RM10/bilik/malam
- 1,2,3 bintang:RM5/bilik/malam
- 1,2,3Orchid:RM2.50/bilik/malam
- Premis penginapan biasa: RM2.50/bilik/malam
Siapakah yang dikenakan cukai?
Pelancong sama ada rakyat Malaysia atau warga luar Malaysia yang melawat mana-mana tempat di Malaysia bagi sebarang tujuan seperti ;
- keseronokan, rekreasi atau percutian;
- kebudayaan
- keagamaan
- Melawat saudara atau rakan
- Sukan
- perniagaan
- mesyuarat, persidangan, seminar atau konvensyen;
- pendidikan atau kajian;
- apa-apa maksud lain yang tidak berkaitan dengan satu pekerjaan yang dibayar saraan dari tempat yang dilawati
Apakah yang dimaksudkan dengan premis penginapan?
- “Premis Penginapan” ertinya mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, penginapan, asrama-rumah, rumah rehat dan rumah penginapan, yang diadakan oleh tuan punya, pemunya atau pengurus, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, yang menawarkan penginapan atau tempat tidur kepada pelancong untuk sewaanatau apa-apa bentuk ganjaran, sama ada makanan atau minuman juga ditawarkan.
- “Premis penginapan Pelancong” ertinya mana-mana premis penginapan yang telah didaftarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 31C (1) Akta Industri Pelancongan 1992.
Siapakah pengendali?
Mana-mana orang yang mengendalikan premis penginapan yang mungkin termasuk:
- pemunya; atau
- pemilik atau pengurus asrama, hotel, penginapan, asrama-rumah, rumah rehat dan rumah penginapan
Siapa yang dikenakan cukai pelancongan?
Pelancong bertanggungan untuk membayar cukai pelancongan kepada operator.
Siapa bertanggungjawab memungut cukai pelancongan untuk serahan ke Kastam Di Raja?
Pengendali berdaftar bertanggungjawab memungut cukai pelancongan dari pelancong sebelum berlepas dan membayar cukai pelancongan yang dikumpul atau yang boleh diambil untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkenaan dengan tempoh bercukainya.
Berapa lama tempoh tempoh cukai?
- tempoh 3 bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan dalam sesuatu tahun kalendar; atau
- pengendali yang berdaftar dengan GST, tempoh bercukainya akan disetujui bagi tempoh yang diberikan kepadanya bagi tujuan GST
Bagaiman pengiraan cukai pelancongan?
Cukai pelancongan dikira pada sewaan bilik satu malam berdasarkan kadar premis penginapan.
Contoh: Penginapan 1 malam untuk setiap bilik dan caj bilik adalah RM 160.00 per bilik / malam di sebuah hotel 3 bintang.
caj bilik / bilik / malam | RM 160 x 1 bilik/malam | RM 160.00 |
Caj perkhidmatan (10%) | RM 160 x 10% | RM 16.00 |
GST (6%) | RM 176 x 6% | RM 10.56 |
Cukai Pelancongan (3 star) | RM 5 x 1 room/nigh | RM 5.00 |
| TOTAL | RM 191.56 |
Yang dikecualikan daripada pendaftaran cukai pelancongan?
Mana-mana orang yang menyediakan premis penginapan berikut dikecualikan daripada pendaftaran dan tidak boleh mengenakan cukai pelancongan kepada pelancong yang tinggal di premis ini:
- ‘homestay ‘yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK);
- ‘kampungstay ‘yang berdaftar dengan MOTAC;
- premis penginapan yang ditubuhkan/disenggarakan oleh institusi agama bukan untuk tujuan komersial; atau
- premis penginapan dengan kurang daripada 10 bilik.
- premis penginapan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau badan berkanun untuk latihan, pendidikan atau penginapan yang bukan untuk tujuan komersial
Bagaimana untuk mendaftar sebagai pengendali?
- Mohon pendaftaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengendalian premis penginapan dari JKDM
- bagi pengendali sedia ada, mohon pendaftaran dalam tempoh 30 hari dari 1 Julai 2017
- Permohonan perlu dibuat dan dikemukakan melalui perkhidmatan elektronik kepada JKDM menggunakan borang Cukai Pelancongan-01
- Tarikh permulaan pendaftaran akan berkuat kuasa dari hari pertama bulan berikutnya selepas permohonan
Bagaimana untuk mengakaun cukai pelancongan kepada JKDM?
- Operator mengakaun cukai pelancongan dikumpulkan dalam borang di Cukai Pelancongan-03 bagi setiap tempoh bercukai;
- Borang Cukai Pelancongan-03 hendaklah diberikan kepada JKDM tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai;
- Borang Cukai Pelancongan-03 boleh diambil dari laman web JKDM atau di mana-mana pejabat Kastam terdekat.
Berapa lama rekod perlu dikekalkan?
- Rekod perlu disimpan selama tujuh (7) tahun di Malaysia melainkan jika diluluskan oleh JKDM; dan
- dalam bahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan.
- Rekod-rekod yang diperlukan ialah: i. buku akaun; dan ii. rekod lain yang berkaitan dengan Cukai PelanconganTerjemahan : Mohd Zulfadli
[/et_pb_text][/et_pb_column_inner][/et_pb_row_inner][et_pb_row_inner admin_label=”Row” global_module=”1530″ padding_mobile=”off” use_custom_gutter=”off” column_padding_mobile=”on” make_equal=”off” parallax_1=”off” parallax_method_1=”off”][et_pb_column_inner type=”4_4″ saved_specialty_column_type=”2_3″][et_pb_comments global_parent=”1530″ admin_label=”Comments” show_avatar=”on” show_reply=”on” show_count=”on” background_layout=”light” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_button=”off” button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″ custom_padding=”|10px||10px” disabled=”on” disabled_on=”on|on|on”] [/et_pb_comments][et_pb_code global_parent=”1530″ admin_label=”FB Comment”][fbcomments][/et_pb_code][et_pb_text global_parent=”1530″ admin_label=”Header Post Berkaitan” background_layout=”light” text_orientation=”center” header_text_color=”#000000″ text_text_color=”#000000″ use_border_color=”off” border_color=”#000000″ border_width=”4px” border_style=”solid” text_font_size=”17″ text_font=”Open Sans||||” disabled=”off” disabled_on=”off|off|” custom_margin=”||10px|” text_letter_spacing=”7px”] POST BERKAITAN [/et_pb_text][et_pb_code global_parent=”1530″ admin_label=”Post Berkaitan” custom_css_main_element=”padding-left:10px;||padding-right:10px;”][wpdreams_rpl][/et_pb_code][/et_pb_column_inner][/et_pb_row_inner][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_3″][et_pb_code admin_label=”Medium Rec” disabled=”off” disabled_on=”off|off|”]<!– /6273129/LIBUR_300X250 –> <div id=”div-gpt-ad-1478320342780-1″ style=”height: 250px; width: 300px;margin:auto”><script type=”text/javascript”> googletag.cmd.push(function() { googletag.display(‘div-gpt-ad-1478320342780-1’); }); </script></div>[/et_pb_code][et_pb_divider admin_label=”Divider” color=”#eaeaea” show_divider=”on” divider_style=”solid” divider_position=”top” hide_on_mobile=”off” disabled=”off” disabled_on=”off|off|off” height=”5″] [/et_pb_divider][et_pb_code admin_label=”Surat Berita Desktop” disabled=”off” disabled_on=”on|on|off”]<iframe width=”320″ height=”441″ frameborder=”0″ scrolling=”no” src=”http://www.karangkraf.info/libur-300px.php”></iframe>[/et_pb_code][et_pb_code admin_label=”Surat Berita Mobile” disabled=”off” disabled_on=”off|off|on”]<iframe class=”hoi” src=”http://www.karangkraf.info/libur-300px.php” width=”100%” frameborder=”0″ scrolling=”no”></iframe>[/et_pb_code][et_pb_code admin_label=”Med Rec B” custom_css_main_element=”clear:both”]<!– /6273129/LIBUR_300X250_B –> <div id=”div-gpt-ad-1480383910352-0″ style=”height:250px; width:300px;margin:auto”><script type=”text/javascript”>googletag.cmd.push(function() { googletag.display(‘div-gpt-ad-1480383910352-0’); }); </script> </div>[/et_pb_code][et_pb_text admin_label=”Header Iteneri” background_layout=”light” text_orientation=”center” header_text_color=”#000000″ text_text_color=”#000000″ use_border_color=”off” border_color=”#000000″ border_width=”4px” border_style=”solid” text_font_size=”17″ text_font=”Open Sans||||” disabled=”off” disabled_on=”off|off|” custom_margin=”||10px|” text_letter_spacing=”7px”]
ITENERI
[/et_pb_text][et_pb_text admin_label=”Intro Iteneri Desktop” saved_tabs=”all” global_module=”590″ background_layout=”light” text_orientation=”center” disabled=”off” disabled_on=”on|on|” text_font_size=”15″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
[/et_pb_text][et_pb_button admin_label=”Button 1Desktop” saved_tabs=”all” global_module=”571″ url_new_window=”on” button_text=”Srinagar (5H 4M)” button_alignment=”center” background_layout=”light” disabled=”off” disabled_on=”on|on|” custom_button=”on” button_text_size=”14″ button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″] [/et_pb_button][et_pb_button admin_label=”Button 2 Desktop” saved_tabs=”all” global_module=”568″ url_new_window=”on” button_text=”Balkan (9H 8M)” button_alignment=”center” background_layout=”light” disabled=”off” disabled_on=”on|on|” custom_button=”on” button_text_size=”14″ button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″] [/et_pb_button][et_pb_button admin_label=”Button 3 Desktop” saved_tabs=”all” global_module=”572″ url_new_window=”on” button_text=”Moscow (8H 7M)” button_alignment=”center” background_layout=”light” disabled=”off” disabled_on=”on|on|” custom_button=”on” button_text_size=”14″ button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″] [/et_pb_button][et_pb_text admin_label=”Intro Iteneri Mobile” background_layout=”light” text_orientation=”center” disabled=”off” disabled_on=”off|off|on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” text_font_size=”15″ saved_tabs=”all” global_module=”591″]
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
[/et_pb_text][et_pb_button admin_label=”Button 1 Mobile” saved_tabs=”all” global_module=”582″ url_new_window=”on” button_text=”Srinagar (5H 4M)” button_alignment=”center” background_layout=”light” disabled=”off” disabled_on=”off|off|on” custom_button=”on” button_text_size=”14″ button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″] [/et_pb_button][et_pb_button admin_label=”Button 2 Mobile” saved_tabs=”all” global_module=”583″ url_new_window=”on” button_text=”Balkan (9H 8M)” button_alignment=”center” background_layout=”light” disabled=”off” disabled_on=”off|off|on” custom_button=”on” button_text_size=”14″ button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″] [/et_pb_button][et_pb_button admin_label=”Button 3 Mobile” saved_tabs=”all” global_module=”584″ url_new_window=”on” button_text=”Moscow (8H 7M)” button_alignment=”center” background_layout=”light” disabled=”off” disabled_on=”off|off|on” custom_button=”on” button_text_size=”14″ button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″] [/et_pb_button][et_pb_sidebar admin_label=”Media Sosial” orientation=”right” area=”et_pb_widget_area_2″ background_layout=”light” remove_border=”on” disabled=”off” disabled_on=”on|on|”] [/et_pb_sidebar][/et_pb_column][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][/et_pb_row][/et_pb_section]
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI