AirAsia menyarankan kerajaan membentuk dan membincangkan perjalanan terkawal dan laluan hijau bersama negara ekonomi utama yang mempunyai kadar jangkitan rendah, serta sistem pencegahan pandemik yang berkesan.
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia dalam satu kenyataan berkata, syarikat penerbangan bersedia untuk terbang ke destinasi yang dianggap selamat dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kenyataan itu menyebut, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, banyak negara-negara di seluruh dunia telah membenarkan perjalanan domestik dan membuka kembali pintu masuk antarabangsa secara beransur-ansur sebagai pengiktirafan bahawa pengangkutan udara adalah penting untuk menjana kembali aktiviti ekonomi.
Perjalanan udara adalah salah satu kaedah perjalanan yang paling selamat. Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), risiko jangkitan di dalam pesawat terbukti amat rendah.
Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.
Sumber: astroawani