Berita baik untuk semua ekor Harimau Malaya terutamanya Ultras Malaya!
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sediakan EMPAT penerbangan khas ke Hanoi Sabtu ini untuk penyokong-susah-mati Harimau Malaya sempena aksi final kedua piala AFF Suzuki 2018.
Tweet Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia menyediakan empat penerbangan tambahan dengan harga RM499 pergi-balik untuk ekor Harimau Malaya.
Semalam (11/12/18), team Harimau Malaya seri 2-2 dengan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dua jaringan hebat Harimau Malaya dihasilkan oleh Shahrul Saad pada minit ke-36 dan Safawi Rasid pada minit ke-60 manakala gawang gol kita dibolosi oleh Nguyen Huy Hung seawal mini ke-22 dan Pham Duc Huy pada minit ke-25.
Tapi tak apa.. Walaupun seri, kita boleh bangkit semula macam kita buat pada Thailand baru-baru ni! Ayuh semua ekor Harimau Malaya. Mari kita gegarkan Stadium My Dinh, Hanoi! Sokongan buat pasukan negara!
Sumber: Astro Awani
Gambar: Sporting News