Berbaki dua bulan lagi untuk menghabiskan tahun 2020 yang begitu menguji seluruh penduduk dunia. Banyak yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda sejak dikesan penghujung tahun 2019 di Wuhan, China. Antaranya kehilangan pekerjaan dan sumber pendapat bulanan.
Industri paling terkesan semestinya penerbangan dan pelancongan. Susulan daripada itu, hampir semua syarikat penerbangan di seluruh dunia mengurangkan pekerja akibat pandemik Covid-19. Di Malaysia, Malindo Airways Sdn Bhd juga tidak terkecuali dalam mengambil langkah itu.
Ads
Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka akan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya. Syarikat penerbangan itu juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR. Proses pemberhentian kerja kakitangan yang terbabit dijangka selesai pada 30 November 2020 depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai.
Ads
Pada 9 Oktober 2020 lalu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis Covid-19. Langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.
Ads
Bukan itu sahaja, malah Malaysia Airlines menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Kapten Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan Oktober 2020 ini.
Image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Salah satunya adalah pulau legenda Langkawi. Dan terbaru sektor pelancongan di sana turut menawarkan potongan harga menarik kepada pelawat tempatan bagi mereka yang ingin bercuti di pulau peranginan bebas cukai ini.
Perkhidmatan feri yang selesa.
Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah dan Perlis Razmi Rahmat berkata ketika ini hampir semua ahli persatuan itu khususnya di Langkawi memberi potongan pada kadar yang cukup menarik iaitu antara 50 hingga 70 peratus.
“MAH tidak menetapkan ahli persatuan perlu memberi diskaun harga bilik penginapan, namun ketika ini rata-rata hampir 40 ahli persatuan melibatkan hotel tiga hingga lima bintang mengambil inisiatif sendiri memberi potongan harga antara 50 dan 70 peratus.
“Tawaran ini sebenarnya sudah bermula sebelum PKPB namun terjejas berikutan pelaksanaan perintah itu, pelancong boleh buat sedikit carian dan layari laman sesawang hotel di Langkawi yang sesuai dengan bajet mereka,” katanya kepada Bernama.
Tarikan menarik menanti.
Razmi berharap rakan industri perhotelan untuk teruskan promosi sehingga hujung tahun atau awal tahun depan bagi memberi peluang kepada pelancong memperolehi harga bilik pada harga yang sangat menarik.
Bagi seorang pengusaha sukan air di pantai Chenang, Hussein Mohd Said, pihaknya juga memberi potongan harga untuk semua aktiviti yang ditawarkan, sebagai persediaan Langkawi bakal kembali dibanjiri pelancong tempatan.
Hussein berkata syarikatnya yang memiliki 81 buah jet ski untuk lawatan ke pulau-pulau kecil sekitar Langkawi, amat terjejas akibat pandemik COVID-19, dan kini beliau menaruh harapan tinggi agar sektor pelancongan domestik mampu kembali pulih dengan kehadiran pelancong tempatan.
Cable Car menanti pengunjung.
“Penamatan PKPB serta pembukaan semula sektor pelancongan domestik, beri sedikit kelegaan kepada kami dan kita ambil kesempatan ini untuk beri potongan harga untuk aktiviti Fun Island Hopping menggunakan jet ski,” katanya.
Beliau berkata pakej itu dipotong hampir separuh harga dan tempahan sudah boleh dibuat mulai semalam (7 Dis) hingga 31 Januari 2021, dan sah untuk digunakan sehingga 31 Disember 2021,” katanya.
Mercu tanda Langkawi.
Seorang pemilik kedai buku terpakai, Mashhor Salleh pula berkata pelancong merupakan pelanggan utama perniagaannya di Jalan Pantai Chenang, namun ketika ini beliau berdepan dengan situasi agak sukar kerana biasanya kebanyakan pelanggan kedainya itu adalah pelancong asing, sedangkan kini beliau hanya berharap kepada pelancong tempatan.
“Akibat pelaksanaan PKPB kehadiran pelanggan terus menurun. Jualan mengalami penurunan 45 peratus, malah kadang kala pelanggan cuma ada pada harga Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya sambil menambah kedai itu menawarkan pelbagai pilihan buku dalam 18 bahasa.
Pemandangan indah.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), pulau ini menerima ketibaan hampir empat juta pelawat tahun lepas, namun akibat pandemik COVID-19, ketibaan pelawat bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020 hanya sekitar 1.2 juta.
Mungkin ada yang masih keliru jika anda parkir disekitar Kuala Lumpur kerana kaedah untuk membayar parkir seperti tidak wujud. Bagi yang masih tidak tahu, cara membayar parkir di Kuala Lumpur telah diubah kepada sistem yang baru.
Warga kota boleh menggunakan aplikasi JomParking untuk membuat pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan sekitar ibu negara mulai 7 Oktober 2020, bagi menggantikan penggunaan mesin yang ditamatkan pada 30 September 2020 lepas.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan aplikasi itu merupakan pilihan tambahan kepada empat aplikasi mudah alih e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking dan M-Cash yang mula dilaksanakan mulai 1 Oktober 2020 lepas.
Permohonan baharu pas bulanan parkir pada ketika ini masih belum beroperasi, namun DBKL masih membuka permohonan untuk petak khas seperti biasa. DBKL turut memohon orang ramai supaya terus menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tourism Selangor menerusi Jabatan Pembangunan Industri baru-baru ini telah mengumumkan senarai 40 kumpulan finalis bagi Pertandingan “Pitch” Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor. Pelan Pemulihan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik di Negeri Selangor melalui pendekatan yang efektif berdasarkan norma baharu atau melalui inisiatif yang menjurus ke arah mengatasi impak dari pandemik Covid-19.
Pertandingan “pitch” ini juga telah membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan dan seluruh masyarakat untuk tampil dengan idea-idea menarik dalam mengekalkan kelansungan industri ini terutamanya di Negeri Selangor. Kertas Kerja yang dihantar juga perlu merangkumi aspek usaha mengembalikan keyakinan rakyat dan pelancong untuk melancong ke Negeri Selangor; serta menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pertandingan yang telah bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 31 Julai lalu ini menerima sebanyak 101 penyertaan Kertas Kerja. Dari jumlah ini, 34 adalah masing-masing dari kategori “Kreatif dan Inovasi Pelancongan” dan “Kelansungan Pelancongan atau Sustainable Tourism”, manakala baki 33 Kertas Kerja pula memfokuskan pada Digitalisasi Pelancongan”.
Dari 101 jumlah Kertas Kerja, 40 telah dihasilkan oleh universiti tempatan, 35 dari syarikat swasta, 16 dari syarikat berfokuskan sektor pelancongan, serta baki penyertaan datang dari Non-Profit Organization (NGO) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
40 kumpulan finalis ini akan membentangkan Kertas Kerja mereka pada sesi penilaian terakhir pada 9 dan 10 September ini bagi merebut peluang bagi membawa pulang hadiah kemenangan berupa Geran Projek bernilai RM 150,000 untuk 20 pemenang utama! 10 pemenang utama akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 10,000 setiap seorang, manakala 10 pemenang saguhati pula akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 5,000 setiap seorang.
Kesemua para pemenang akan diumumkan pada 15 September ini. Mereka juga turut berpeluang membentangkan hasil Projek mereka di Tourism Selangor Global Convention 2021; sebuah Konvensyen yang menampilkan penyertaan Badan dan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi dan penggiat industri pelancongan dari seluruh Negara serta orang awam dan dijadualkan berlangsung pada bulan November ini, tertakhluk kepada SOP semasa.
Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel. Anda juga boleh ikuti kemas-kini pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi; Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube channel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...