Bila sebut perkataan janda atau anak dara, rasa teruja itu pasti ada. Namun bagi kaki hiking nama bukan persoalan kerana minat lebih utama apa tah lagi jika dapat meneroka tempat baru.
Baru yang sukakan cabaran, satu tempat boleh dikunjungi ialah Air Terjun Janda Mandi yang terletak di Kijal, Kemaman.
Dari akaun fb atas nama Air Terjun Janda Mandi, dapat dilihat betapa indahnya pemandangan air terjun di lokasi ini. Dimaklumkan lokasi indah Air Terjun Janda Mandi ini terletak di Bukit Gemok, dengan ketinggian 500 meter dari paras laut. Namun puncak dan air terjun ini berada pada jarak kedudukan yang berbeza. Nak naik ke sana lebih baik kalau upah tour guide yang sudah mahir di lokasi ini bagi mengelak sebarang musibah.
Dinasihatkan bagi yang mahu mendaki sebaiknya sebelum ke lokasi, elokkan korang maklumkan kehadiran ke sana kepada pihak yang menjaga kawasan supaya tahap keselamatan dapat dipantau bersama selain menjaga kebersihan bersama.
Tapi bagi yang ada keinginan ke Air Terjun Janda Mandi ini, di fb ini turut berkongsi sedikit pantang larang yang mungkin boleh jadi panduan kita bersama.
Antara larangannya ialah, dilarang sekeras-kerasnya menceroboh kawasan yang diletakkan barricade merah putih. Kawasan ini terletak berhampiran Kem Panchur, dari susur air kem panchur, laluan air ini menghala ke air terjun(rujuk gambar). Kawasan ini kami sifatkan sebagai kawasan perkampungan “orang asal” dan tempat minum Sang Raja Rimba. Kami mohon tempat ini tidak diganggu.
-Selepas pukul 5 petang pengunjung tidak dibenarkan lagi naik ke ATJM, pihak kami dapati masih ada yang berdegil naik selepas waktu yang tidak dibenarkan.
– Aspek keselamatan diri, pengunjung harus bertanya pada yang berpengalaman sebelum masuk ATJM, darisegi penggunaan kasut, peralatan sokongan (lampu, pisau, pemetik api dan lain-lain.
-Ingin kami jelaskan, ATJM bukan seperti kawasan rekreasi yang lain, jadi jangan buat bijak, mohon ikut peraturan.
Kredit foto :
Sumber : Fb Air Terjun Janda Mandi