Berita

Air Pasang Besar Kejutkan Pengunjung Port Dickson. Nasib Baik Semua Terkawal!

Share

Fenomena air pasang besar yang melanda persisiran pantai di Port Dickson sejak bebehari lepas dilaporkan terkawal susulan cuaca panas dan tiada sebarang limpahan air yang berlaku sehingga boleh mengakibatkan kejadian banjir.

Bagaimanapun, sekiranya berlaku hujan lebat yang berpanjangan, beberapa kawasan berkemungkinan akan ditenggelami air terutama di kawasan rendah.

Untuk info anda yang ingin bercuti di Port Dickson, air pasang besar ini biasanya berlaku dalam tiga hari dan sepanjang bulan akan ada, ia bergantung kepada ketinggian air pasang. Kalau tengok air pasang kali ini agak tinggi berbanding bulan sebelumnya tetapi buat masa ini keadaan terkawal kerana cuaca panas.

image via FB MHZ EcoVenture

Sekiranya berlaku hujan lebat, APM akan menempatkan anggota bagi memastikan keadaan pengunjung dan penduduk setempat selamat, namun pada masa ini tiada keperluan untuk menempatkan anggota untuk tujuan pemantauan.

Namun ada sedikit hikmah, fenomena air pasang besar ini dikatakan membantu memudahkan kerja pembersihan tumpahan minyak yang berlaku di Pantai Cermin, Port Dickson sejauh dua kilometer tempoh hari. Ombak yang kuat, membantu kerja pembersihan pantai dengan baik kerana minyak akan cepat terurai selain turut dibantu cuaca panas.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna