AirAsia-A321XLR-A330neo

Negara kita kini menuju ke arah jumlah penduduk dewasa mencapai 90% divasinasi sepenuhnya dalam masa terdekat. Apabila angka tersebut telah dicapai kebenaran untuk rentas negeri akan dibuka oleh kerajaan. Pastinya ia akan merancakkan semula perjalanan dan industri pelancongan sama ada menerusi laluan darat atau udara.

Sebagai salah sebuah syarikat penerbangan utama di negara kita, Air Asia mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan penumpang lebih terjamin. Sehubungan dengan itu AirAsia Malaysia pada hari ini telah mengumumkan bahawa mereka hanya menerima tetamu dewasa yang telah divaksinasi sepenuhnya dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.

Manakala bagi penumpang berusia 18 tahun kebawah yang belum divaksinasi atau belum lengkap pula diwajibkan ditemani ibu bapa atau penjaga yang divaksin sepenuhnya.

Jelas AirAsia, ia merupakan sebahagian daripada pelan mitigasi Covid-19 mereka untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi para tetamu dan kakitangannya.

Semua penerbangan AirAsia juga hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.

PENDAFTARAN MASUK KENDIRI AIRASIA SUPER APP

AirAsia juga telah mewajibkan para tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang membolehkan penumpang melalui proses perlepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik (e-Boarding Pass), yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan. Tertakluk kepada beberapa pengecualian, bayaran akan dikenakan untuk daftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.

Ads

Jadi anda hanya muat turun airasia Super App menggunakankannya untuk tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik, perlepasan melalui sistem pengecaman wajah FACES dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.

AirAsia telah membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan para tetamu terbang dengan lebih selesa dan selamat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, “Keputusan untuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan kami dibuat demi untuk menjaga keselamatan para tetamu dan kakitangan kami. Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi yang lain. Selain itu, kami telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di airasia Super App.

“Para tetamu kini boleh menggunakan sistem daftar masuk mudah dan pantas yang membolehkan mereka memuat naik dokumen kesihatan dan sijil vaksinasi mereka untuk pengesahan segera dan menggunakan sistem pengecaman wajah FACES untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.”

AirAsia juga menasihatkan penumpang memastikan beberapa perkara tersebut sebelum melakukan tempahan tiket penerbangan:

Ads

Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan.

Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan di destinasi anda. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan seperti sijil keputusan negatif COVID-19 dan sijil lengkap vaksinasi. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.

Pastikan anda tidak mengalami sebarang gejala

Jika anda mengalami simptom seperti selesema, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan anda. Sebagai tetamu yang bertanggungjawab, kami juga ingin menasihati anda untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum penerbangan anda bagi memastikan bahawa anda selamat untuk melakukan perjalanan dan melindungi para tetamu lain di sepanjang perjalanan anda.

Ads

Hanya tetamu yang telah divaksin sepenuhnya akan diterima

Anda haruslah telah divaksin sepenuhnya dan telah melepasi tempoh matang serta diklasifikasikan sebagai status “Risiko Rendah” atau “Kontak Kasual Tanpa Gejala” di aplikasi MySejahtera untuk meneruskan perjalanan anda.

AirAsia telah mewajibkan daftar masuk kendiri melalui airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.

Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ianya boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan. Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.

Sila ambil maklum:

Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.

  • Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.
  • Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang. Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.

Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI