Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan ‘biasa’ di Daerah Pekan, Pahang pada 15 Jun 2020 lalu.
Ini bukan kali pertama foto tular baginda bersantap di premis makanan biasa. Baginda sememannya telah dikenali dengan sifat sederhana dan sering mendekati rakyat tanpa protokol ketat.
Baca: https://www.libur.com.my/rakyat-terpaku-agong-singgah-santapan-di-restoran-biasa-di-putrajaya/
Perkongsian foto tersebut di laman Instagram rasmi Istana Negara @istana_negara memaparkan baginda yang mengenakan baju berwarna hijau duduk bersendirian menjamu selera, hidangan terkenal di daerah Pekan itu. Turut kelihatan dalam foto yang dikongsi Istana Negara itu ialah tiga orang lelaki yang sedang menikmati hidangan dengan mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Aksi baginda yang santai dan bersahaja itu telah mengundang reaksi positif daripada netizen yang rata-rata memuji, dan menyifatkan baginda seorang raja berjiwa rakyat. Pengguna Instagram @rohani_abdullah menulis ‘berjiwa rakyat’ dalam kirimannya di ruangan komen manakala @hamidahcemari pula menulis ‘Terharu ada pemimpin yang berjiwa rakyat’.
Seorang lagi menggunakan nama @janetteyip pula menulis “Wish I am there to meet and pay for his lunch as a small token of appreciation for being such a caring YDPA toward us rakyat”. (saya teringin berada di sana untuk bertemu dan ‘belanja’ santapan tengah hari baginda sebagai tanda penghargaan kepada baginda kerana menjadi Yang di-Pertuan Agong yang penyayang rakyat).
Pengguna dengan nama @1zram pula meninggalkan komen ‘brother belakang tu tak menggelupur ke Tuanku Agong makan sebelah dia, kalau i ni dah menggelupur nak tangkap gambar semua’ dan @nfar_77 pula menulis ‘yang duduk makan sebelah Tuanku mesti tak senang duduk. Cuba control diri buat cool.Hehehe’.
Sumber: Bernama