“Abg, saya biasa dengar beberapa pantang larang dalam hutan..macam jgn kencing merata-rata, jgn bercakap besar dan sebagainya. Selain itu, ada lagi tak?”
Gua (nama samaran) yang sedang memeriksa nasi lantas menutup kembali periuk. Pandang beliau. “Ada.”
Dia mula tekun. Gua memintanya memadamkan lampu headlamp sementara.
“Salah satu pantang larangnya ialah sewaktu berada di sungai. Ini adalah drp pengalaman saya sendiri.”
“Sungai?”
Pernah suatu ekspedisi, kami berhenti rehat di sebuah kem berhampiran sungai. Semua keletihan, apatah lagi selepas menempuhi pendakian demi pendakian dan perjalanan yg panjang. Bekalan air minuman juga kehabisan.
Gua telah menawarkan diri untuk turun ke sungai atas rasa kasihan. Botol-botol gua capai dan bangun menuju ke tebing. Tak jauh mana, hanya beberapa kaki ke bawah. Sejuk!
Gua ambil kesempatan meneguk air yg diisi buat menghilangkan dahaga. Oleh kerana airnya begitu segar sekali, gua turut membasuh muka sepuas-puasnya. Tak pernah rasa selesa sebegitu.
Ads
Ketika air di wajah masih menitis, gua pandang permukaan sungai. Lama gua tenung. Jernih, bisik gua. Ralit sebentar di situ.
Serta-merta satu kejadian berlaku. Gua tersentak! Terperanjatnya gua bagai terkena renjatan elektrik sehingga berundur gua dari tebing. Mata gua terbeliak. Sesekali tubuh gua meremang dingin. Gua kutip botol-botol dan naik ke kem menemui para pendaki lain yang masih terbaring.
“Kenapa bang?”
“Takde..takde apa-apa.” Gua kawal suara agar tak kedengaran gemuruh. Mereka menyambut air minuman yg Gua hulurkan dan terus meneguk tanpa ada sebarang soal lagi.
“Dah minum kita teruskan perjalanan ye. Tak jauh dah.” Gua kaget memberi arahan. Hakikatnya, seram sejuk dalam diri masih belum reda dan pada hemat gua, tempat ini harus ditinggalkan dgn segera.
Perjalanan diteruskan beberapa minit kemudian. Di sebalik ahli kumpulan yg ternyata sudah kembali bertenaga, gua pula sebaliknya. Fikiran gua celaru. Pandangan mula kelabu. Mujur denai dan rentis masig mampu gua susuri.
Ads
“Pip, kau okey ke?”
Aku pandang wajahnya. “Bro, aku rasa aku terlanggar pantang kat sungai tadi.”
“Hah?”
“Ketika di sungai jernih, elakkan merenung tepat ke permukaan air. Itu sangat tak digalakkan. Sebolehnya turun ke sungai dan selesai urusan terus naik saja. Jangan dok perhati air lama-lama.”
Ads
Ahli kumpulan gua ternganga. “Allahu..tak tahu pula. Mujur tak ke sungai tadi. Habis tu apa yg terjadi tadi?”
“Keluar hutan nanti aku cerita.” Gua geleng kepala seraya menyuruh mereka semua meneruskan perjalanan.
Sepanjang perjalanan kemudiannya, tiada apa-apa yg ganjil lagi berlaku. Keluar dari pintu rimba, gua pula beransur-ansur sedar dan normal.
Siapa yg nak masuk hutan, jungle tracking, panjat gunung, memancing di laut atau tempat² yg tiada manusia baca ni
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dgn kalimah2 Allah yg sempurna dari kejahatan sekelian makhluk..”
atau Ayat Kursi, kemudian Surah Al Ahad, Al Falaq, An Nas
Sumber: Wahh Afif
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Percutian yang selesa dan menyenangkan masa untuk anda berjalan-jalan di negara orang memang menjadi impian ramai. Kalau boleh, masing-masing berdoa tak nak ada sedikit pun benda-benda yang boleh ‘kemurungan’ atau ada cacat cela ketika bercuti.
Mesti nak percutian korang berjalan dengan mudah dan selesa kan? Tip dan perkongsian daripada Amir Izzat ini memang sangat berguna buat anda ketika travel ke negara asing. Nampak remeh, tetapi anda pasti bersyukur dan berterima kasih terhadap info tersebut.
4 benda untuk mudahkan kita waktu travel luar negara
Abam nak kongsikan kepada semua traveller luaq sana. 4 benda MUST BUY untuk memudahkan ampa ketika travel.
1) Toilet cover Pad
Abam ni jenis mengutamakan kebersihan, suka jenis toilet yang duduk berbanding yang cangkung tu. Tapi bila tyme travel, masuk ja toilet depa, nampak bekas kasut kat cover toilet tu, harei sungguh.. geli oi.. basuh jirus dengan ayaq pastu lap dengan tisu pun masih risau dengan tahap kebersihan cover toilet tu.. Kadang-kadang, dok pikiaq jugak sapa la yang duduk atas jamban ni, buat pungkok dia ada kurap, kudis, kayap, panau mampoihhh cheq.. boleh berjangkit tuu. Solusinya, abam beli toilet cover pad ni, 1 bungkus ada 10pcs, harga rm1 ja beli shoppe.. so beli la banyak2 buat bekalan hahha
2) Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1
Ni baguih untuk orang yang x suka bawak banyak2 liquid bottle masuk dalam bag.. ada 4 botol refil dia bagi.. ampa boleh isi dalam tu dan masukkan dalam portable pressing bottle dia, pulas ja mana yang nak guna dan tekan, teruih keluaq liquid tu. Senang bukan? bukan tu je, bottle portable ni lepas kalau hand carry, so x perlu check in lungage sebab botol refil dia bawah 100ml. Kat shoppe harga dalam rm10-15 cam tu
Suggestion liquid :
lotion
perfumes
toner
makeup remover
day cream or night cream
sunblock
dan macam2 la selagi ianya liquid boleh jaa
3) Travel Storage resealable vacuum bag
Okey yang ni memang best.. boleh jimat ruang lunggage ampa, boleh boh banyak2 baju xdak masalah..Baju yang tebal2 macam jacket winter tu, towel, dan baju2 yang lain boleh jadi senipis bawang tau.Kat shoppe ja beli..Harga pun x mahal, vacuum dia saja baru rm2-rm4, storage bag dia ikut size, harga dari rm2 hingga rm5
4) Hanger portable
Yang ni abam penah post sblom ni, xpa abam up lagi skali..
Benda ni x kurangnya pentingnya sebab bila kat hotel kita menginap tu, hanger yang sedia ada x banyak pun.. lebih kurang 3-4 pcs ja..
Nak hanger baju, jaket, boxer apa semua x cukup.. tambah2 ada bini pulak, memang depa konker habis.. berhuhu la kita ni..
Jadi solusinya abam beli hanger portable ni, boleh lipat jadi kecik boleh masuk dalam bag ja, jimat space, xkan nak bawak hanger yang kat rumah plak, besaq tu makan ruang bag kita.. hahha
Beli kat shoppe rm1 ja, beli la banyak2, boleh jgk pakai kat rumah, tyme baju x sidai tu boleh lipat simpan x la menyemak tengok.
Okay itu sahaja 4 benda yang abam nak kongsikan. Banyak lagi benda yang boleh katakan smart travel, tapi rasanya banyak dah orang tau.. hahaha. Semoga bermanfaat dan semoga seller shoppe tak naikkan harga.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rosaknya mood apabila bilik yang kita duduk dirasakan tidak selamat. Apatah lagi bila dapati barang peribadi kita dicerobohi, hilang atau rosak.
Mungkin tidak dapat dipastikan siapa yang empunya kerja, samada staf tempat penginapan atau orang luar. Tidak kira berapa nilai kerugiaan, kecil atau mahal pasti ia bukan perkara yang menggembirakan.
Daripada perkongsian page Jumpa Kat Mahkamah , anda yang mengalami detik hitam ketika menginap di sesebuah hotel atau resort boleh menuntut kembali jumlah kerugiaan tersebut sekitar RM500 atau lebih.
Tahukah anda bahawa undang-undang memberi insurans percuma kepada anda untuk menuntut ganti rugi sehingga RM500 jika barang anda hilang atau rosak semasa berada di hotel?
Syaratnya, kehilangan atau kerosakan barang tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian pihak hotel atau pihak anda.
Ini diperuntukkan di dalam seksyen 4 Innkeepers Act 1952. Sebagai contoh, jika anda singgah di hotel untuk menginap atau minum kopi, anda menggantung jaket anda di kerusi dan secara tiba-tiba angin yang kuat telah menerbangkan jaket anda sehingga menyebabkan ia koyak atau rosak, maka pihak hotel hendaklah mengganti semula jaket anda.
Atau anda pergi ke surau dan selepas selesai solat anda mendapati kasut anda telah hilang, anda berhak menuntut pihak hotel ganti rugi terhadap kasut yang hilang tersebut.
Tetapi perlu diingati bahawa jumlah maksimum tuntutan adalah sehingga RM500 sahaja. Jika nilai barang anda lebih dari itu, anda tidak bernasib baik.
Sama ada pihak hotel tahu atau tidak anda bawa jaket ke dalam hotel atau kasut kulit mahal ke surau; ia tidak material kerana pihak hotel tetap bertanggungjawab terhadap barangan yang hilang atau rosak tersebut.
Seksyen 4 Innkeepers Act meletakkan liabiliti tegas (strict liability) ke atas pihak hotel kerana apabila seseorang masuk ke dalam hotel, pihak hotel bertanggungjawab sepenuhnya untuk mempastikan keselamatan barang-barang berharga penghuninya.
Maka, walaupun pihak hotel tidak dimaklumkan oleh anda tentang barangan yang anda bawa ke dalam hotel, pihak hotel tetap bertanggungan jika barang tersebut hilang atau rosak semasa berada di dalam hotel.
Adakah perlindungan ini hanya kepada penghuni yang menyewa bilik sahaja? Tidak. Jika anda hanya singgah di hotel untuk makan atau minum pun, anda juga berhak kepada perlindungan ini.
Tetapi, jika anda cuai sehingga menyebabkan barang anda rosak atau hilang, pihak hotel tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar ganti rugi tersebut kepada anda.
Bagaimana jika pihak hotel cuai? Jika pihak hotel cuai dan menyebabkan kerosakan atau kehilangan kepada barang anda, perlindungan tuntutan siling RM500 tidak akan terpakai dan anda boleh menuntut lebih dari jumlah tersebut.
Pihak hotel pula wajib pamerkan notis seksyen 4 Innkeepers Act (seperti gambar di bawah). Jika pihak hotel gagal pamer notis tersebut, pihak hotel tidak berhak untuk perlindungan had RM500.
.
Maksudnya, jika notis seperti gambar di bawah ini gagal dipamerkan oleh pihak hotel, pihak hotel perlu bayar harga kasut kulit yang hilang di surau tadi jika harganya mencecah RM4,000 sekalipun!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika ini, semua umat Islam di dunia sedang menjalani ibadah berpuasa. Walaupun sedang berpuasa rutin harian perlu berjalan seperti biasa. Ada yang perlu ‘travel’ menaiki kapal terbang ke luar negara atau daerah lain atas tujuan tuntutan kerja, pulang ke kampung halaman, menghadiri majlis tertentu dan ada juga yang suka melancong ketika berpuasa.
Perjalanan penerbangan ke destinasi yang ditujui kemungkinan ketika waktu bersahur atau waktu berbuka puasa. Adakah anda tahu bagaimana cara yang betul untuk menentukan waktu imsak dan waktu berbuka dengan betul? Jika tidak, ini adalah panduan yang boleh anda ambil tahu.
Waktu Imsak
Kaedah menentukan waktu Imsak yang tepat dalam penerbangan adalah dengan merujuk secara terus kepada tanda-tanda cahaya fajar di ufuk timur. Rujukan kepada alat-alat kiraan hanyalah tepat sebagai jangkaan dan perancangan awal. Waktu Imsak, iaitu waktu berhenti dari makan dan minum serta permulaan bagi ibadah puasa adalah apabila timbulnya cahaya pagi di ufuk Timur yang jelas lagi nyata kelihatan. Ini adalah waktu yang sama bagi permulaan solat Subuh.
Waktu Berbuka Puasa
Dalam menentukan waktu berbuka puasa, ramai orang menganggap bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka pada hari tersebut adalah berpandukan waktu ketika di ruang udara tempat tersebut. Contohnya, jika pesawat tersebut berada di ruang udara indonesia, maka waktu berbuka puasa perlu mengikuti waktu berbuka puasa di Indonesia.
Lihat Matahari Terbenam
Berdasarkan kenyataan Ketua Persatuan Ulamak Sedunia, waktu berbuka puasa bagi mereka yang sedang bermusafir dengan menaiki kapal terbang adalah selepas terbenamnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka dan bukannya mengikut waktu di mana kapal terbang berada.
Setiap orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang tidak boleh berbuka puasa mengikut waktu dari kawasan kapal terbang itu berlepas atau mengikut waktu di mana kapal terbang itu mendarat dan juga tidak mengikut waktu di mana kedudukan kapal terbang itu berada sekarang.
Jika krew kabin telah mengumumkan telah masuk waktu berbuka puasa, seeloknya perhatikan di tingkap di mana kedudukan matahari. Jika matahari sudah tidak kelihatan, maka anda boleh berbuka puasa. Namun, jika masih ternampak matahari, maksudnya belum masuk waktu berbuka.
Ingat ya, antara definisi puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di dalam kapal terbang di ketinggian yang tinggi pastinya akan sedikit lewat berbanding mereka di darat walaupun berada di negara atau kawasan yang sama. Kelewatan ini boleh mencecah sehingga lewat 20 minit. Jika penumpang tidak yakin, berbukalah ketika sudah sampai di destinasi.