Kebanyakan keluarga selesa bawa anak-anak ke Refarm, Kampar disebabkan tempatnya yang luas dan boleh buat beberapa aktiviti menarik juga selain mandi.
Kalau nak mandi, di sini air kolam dari air sungai, ada petting zoo juga. Apa yang menarik, kolam renang berbumbung, tak kena panas.
Walaupun tidak menginap, pengunjung luar pun boleh mandi dengan kadar harga RM15/orang.
Senang untuk berteduh, sebab kat sini ada banyak gazebo, sinki. Makanan luar boleh bawa masuk dalam dengan caj tambahan RM10.
Pelbagai aktiviti best ada dekat sini, boleh naik paddle, bagi makan haiwan, dan ini antara yang menarik:
√Mini Zoo
√Jungle Trekking
√Vegetable Farm
√Time Tunnel
√Waterfall
Nah, tayang gambar binatang dulu pada anda yang tertanya-tanya ada binatang apa di sini.
Lokasi:
Refarm Kampar, Perak
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Takungan Gunung Berapi Cantikkan Kulit Pengunjung Blue Lagoon, Iceland
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk. Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Info
- Sebelum memasuki kolam, semua pengunjung dimestikan membersihkan badan terlebih dulu di bilik mandi berasingan untuk lelaki dan perempuan yang disediakan di dalam bangunan utama.
- Berbanding kebanyakan kolam renang yang melarang orang ramai mengenakan kemeja T kain kapas ketika berendam, Blue Lagoon bagaimanapun lebih fleksibel di mana pengunjung dibenarkan memakainya. Maka untuk orang Muslim, lokasi ini dibenarkan untuk anda ‘bertutup’.
- Bagi pengunjung yang berhasrat membawa pulang khasiat ini untuk diri sendiri mahupun sebagai cenderamata buat kenalan, produk penjagaan kulit berasaskan lumpur silika dan air Blue Lagoon dijual di lobi utama pusat berkenaan.
- Jika merancang untuk berkunjung ke kawasan ini, pengunjung digalakkan untuk pergi lebih awal kerana ia sangat sibuk pada waktu siang. Anda boleh menggunakan bas ulang-alik iaitu kira-kira 50 minit dari Reykjavik.
Sumber Foto: Google Image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menari K -Pop Sepuasnya, Pusat Luncur Rollerwa Dari Korea Selatan Kini Dibuka Di 1 Utama
Bila sebut One Utama, ia bukanlah asing kerana sering menjadi tumpuan ramai. Pusat membeli belah ini memang happening kerana ada banyak pilihan boleh didapati di sini bahkan ada banyak kedai-kedai berjenama yang bertapak di situ. Pendek kata, ianya lengkap serba serbi.
Terkini, menjadi tarikan utama pusat membeli belah ini ialah pusat luncur Rollerwa yang amat terkenal di Korea Selatan dan kini ia membuka cawangannya di sini. Berkeluasan 17,000 kaki persegi, pusat hiburan keluarga ini menjanjikan keseronokan bukan sedikit.
Baru saja dibuka penghujung Disember lalu, bagi peminat lagu k-pop dan pandai bermain kasut roda, inilah masanya korang menari sepuasnya di sini.
Bertempat di District K, tingkat 1 kompleks membeli-belah 1 Utama, pusat luncur dari Korea Selatan, Rollerwa ini menjanjikan keseronokan khususnya buat remaja yang menggilai lagu-lagu dari negara Korea khususnya lagu trending masa kini.
Sambil menari sepuasnya, korang boleh keluarkan peluh dengan bermain kasut roda luncur ini. Apa yang seronoknya, tidak hanya lagu-lagu K-Pop tapi di Rollerwa ini korang akan dibawa mengenali K-Culture dan K-Goods mengenai Korea yang terkenal di seluruh dunia. Bahkan ada spot bergambar yang sangat cantik di sini.
Bayaran masuknya hanya RM12. Sesi dua jam termasuk gelanggang luncur, kasut roda, dan peralatan keselamatan adalah RM50 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
.
.
Untuk penyewaan satu hari, bagi dewasa ialah RM80 dan kanak-kanak RM70. Jika ada kasut luncur sendiri, ada diskaun RM3 ya.
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, korang bolehlah berseronok di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Santa Grand Signature Kuala Lumpur Di Buka Secara Rasmi, Penginapan Selesa Di Tengah Kota, Dekat Dengan Tarikan Lain!
Santa Grand Signature Kuala Lumpur dibuka Sabtu lalu menandakan hartanah Malaysia kedua untuk Santa Grand Hospitality Sdn Bhd. Terletak berhampiran dengan Stesen LRT Dang Wangi di sepanjang Jalan Ampang dan dalam jarak berjalan kaki ke Pusat Beli-belah Suria KLCC dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Alami pesona Peranakan kerana bahagian dalam bangunan dipenuhi dengan reka bentuk Peranakan di tengah-tengah bangunan tinggi moden mengekalkan jenama warisan dari Singapura. Sama ada untuk datang bercuti atau lawatan perniagaan, keduanya sesuai untuk anda.
Santa Grand Signature Kuala Lumpur menyambut tetamunya dengan gabungan reka bentuk dalaman Peranakan yang menarik. Semasa anda melangkah ke lobi, Hiasan perabot moden dan mempesonakan serta dekorasi rekaan Peranakan yang cantik mengembalikan nostalgia warisan Nyonya.
Turut dilengkapi kemudahan lain, hotel ini juga mempunyai gim, kolam renang dengan pemandangan KL Tower, Sky Lounge, Café, Sauna dan banyak lagi.
Paling best kedudukan hotel ini yang berdekatan dengan tarikan-tarikan lain di KL. Hanya berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas, Pusat Beli-belah Suria KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Hutan Eko KL dan Menara KL. Boleh diakses dengan pengangkutan awam seperti LRT dan Monorel. Penginapan di sini memang berbaloi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI