Lokasi 'Miami Terengganu' menjadi pemandangan biasa bagi pengunjung di Kuala Terengganu bersantai ditepian tebing laut berlatar belakangkan jambatan angkat 'Drawbridge'.
Sejak jambatan tersebut dibuka kepada umum, orang ramai mula menggunakan laluan tersebut sebagai laluan utama untuk ke Seberang Takir dan pusat bandar. Bukan sahaja kerana rekaan jambatan tersebut yang menjadi mercu tanda tarikan pelancongan terbaharu di Kuala Terengganu, tapi juga kerana jambatan yang menghubungkan kedua kawasan tanjung itu memendekkan jarak perjalanan pengguna jalan raya lebih kurang 10 minit untuk ke kedua-dua kawasan.
Sempena sambutan hari kemerdekaan ini ada sesuatu yang menarik bakal berlangsung. ‘Bascule Drawbridge’ akan diangkat dan jalan di sepanjang Drawbridge akan ditutup kepada lalu lintas dari pukul 10 pagi pada 31 Ogos 2020. Penutupan jalan ini sempena perarakan lintas hormat kapal dan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang akan melalui arus pelayaran utama muara sungai di Terengganu Drawbridge.
Aset-aset APMM yang akan terlibat adalah kapal KM PEKAN, KM TOK BALI, KM GEMIA, KM BEGAHAK, PENGALANG 16, PENGALANG 45 dan PENGAWAL 16. Selepas perarakan ini, akan disusuli dengan demonstrasi kapal bot dan aksi kecekapan pegawai-pegawai APMM. Orang ramai DIJEMPUT untuk bersama-sama menyaksikan dan memberi sokongan kepada wira-wira APMM yang berjuang menjaga kedaulatan perairan negara Malaysia tercinta. Pengunjung boleh menyaksikan aset-aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ini akan berada di sekitar Drawbridge pada 30 dan 31 Ogos 2020. Selain itu ada banyak lagi tarikan menarik yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ini di peringkat Negeri Terengganu.
image via google | Sumber: FB Amazing Terengganu