Ada Lebih 1500 Tasik Di Switzerland, Tasik Blausee Antara Yang Tercantik. Lokasi Wajib Singgah, Ini Sebabnya!

Share

Switzerland terkenal dengan keindahan setiap pelusuk negaranya, antara tarikan di sana termasuklah tasik-tasik yang indah dan cukup mengujakan. Terdapat kira-kira 1500 tasik atau lebih di Switzerland. Setiap tasik yang ada di sana mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Dari tasik yang popular untuk berenang pada musim panas hinggalah ke tasik Alpine yang jernih. Antara yang terkenal adalah Tasik Blausse. Mudah untuk diakses dan tidak memerlukan pendakian yang agak ektrem membuatkan tasik biru ini menjadi tumpuan pelancong.

Jika berpeluang melancong dan bercuti ke Switzerland, Tasik Blausse adalah tempat wajib dikunjungi. Nak tahu apa sebabnya, Mohd Anas Anas berkongsi di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Lokasi wajib sekiranya berkunjung ke Bumi Switzerland. Lake Blausse

1- Perjalanan dari Interlaken Ost dengan menggunakan keratapi dan bas akan mengambil masa 1 jam 46 minit. keratapi dari Interlaken akan transit di Stesen Speiz kemudian tukar keretapi menuju ke Frutigen. Di Frutigen terus menuju ke stesen bas berhampiran stesen keratpi dan menggunakan bas no 230 untuk terus ke Lake Blausee. Bas akan turun betul2 di hadapan pintu masuk tasik. sekiranya menggunakan kereta dan memandu sendiri masa perjalanan hanya mengambil 37 minit.

2- Sekiranya kita dari bandar Zurich, perjlanan dengan keretapi akan mengambil masa 2 jam 44 minit dan dengan memandu sendiri masa diambil 2 jam 26minit.

  1. Tiket masuk akan dikenakan sebanyak 10chf. tetapi seandainya keadaan air tasik keruh, pihak pengurusan akan memberikan diskaun 5chf.
  2. Untuk menaiki bot di dalam tasik adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
  3. Di dalam kawasan persekitaran tasik terdapat cafe dan restoran untuk menikmati kopi dan juga makanan lain.
  4. Pemandangan yang paling cantik ketika kemuncak musim luruh iaitu penghujung Oktober dan awal November dengan keadaan daun2 kekuningan berlatarkan air yang sangat biru. Pada musim panas air sedikit berwarna hijau dan kurang jernih.

7.Usai sahaja menikmati keindahan tasik ini, boleh terus menunggu bas untuk ke lokasi seterusnya iaitu Kendersteg. Perjalanan dengan bas hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja..satu laluan dan arah yg sama.

  1. Di Kendesteg kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam untuk ke atas sana dan ke Tasik Oeschinen dan bermain gelongsor.
  2. Justeru memadai seharian untuk 2 lokasi ini agar masa tidak terbuang dengan begitu sahaja.

Kredit: Mohd Anas Anas 

 

 

 

Oleh
SAHR