Ada Bran? Try Via Verrata & High Zip Line Flying Fox Di Muse Ecopark Gua Musang

Share

Ramai menyukai aktiviti lasak termasuk memanjat gunung yang merupakan kepuasan buat individu yang sukakan cabaran. Tidak kenal erti takut atau penat tapi asal hati suka, kaki akan melangkah menuju tempat disukai.

Bagi korang yang ada plan nak cuti-cuti ke Kelantan, apa kata singgah sebentar di Gua Musang hujung minggu nie kerana ada satu port pelancongan baru dibuka iaitu Muse Ecopark.

Muse Ecopark merupakan nafas baru pelancongan di Gua Musang, Kelantan. Dan ia merupakan one-stop center untuk aktiviti rekreasi semulajadi, ruang makan dan penginapan dan bakal dibuka sepenuhnya selepas Raya nanti.

Untuk mencuba aktiviti flying fox perlu naik ke gua batu kapur ini dahulu guna laluan via verrata
Keberanian diperlukan untuk mencuba aktiviti ini kerana semasa flying fox boleh nampak bandar Gua Musang

Apa yang menariknya di sini

Untuk korang yang hormon adneralinnya tidak gentar mencuba sesuatu yang mustahil, bolehlah mencuba aktiviti mendaki gua batu kapur untuk melakukan aktiviti Zipline / Flying Fox yang tertinggi di Kelantan dan ia adalah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan elemen via ferrata. 

Menurut Pengurus Muse Ecopark, Mohd Ruzuke Abd Aziz, sebelum mencuba aktiviti flying fox dari ketinggian 40 meter itu, mereka perlu mendaki gua batu kapur melalui via verrata sebelum mencapai platform tersebut.

“Bagi kumpulan 2-3 orang, masa diperlukan cuma setengah jam sahaja tapi kalau kumpulan ramai mungkin lebih masa diperlukan. Masa yang sama untuk keselamatan pengunjung, tiga orang instructor akan menjaga keselamatan iaitu dari depan, belakang dan dari platform,”katanya memaklumkan, selain pada ketinggian 40 meter, aktiviti juga flying fox pada ketinggian 15 meter katanya memaklumkan tempat ini baru dibuka 19 Mac lalu.

Laluan via verrata mengambil masa setengah jam bagi yang sudah biasa mendaki
Pose dulu sebelum terbang pada ketinggian 40 meter ya

Untuk pra pembukaan, untuk mencuba aktiviti ini hanya perlu membayar RM50 sehingga 15 Mei ini sebelum kembali ke kadar asal iaitu RM90. Dari ketinggian 40 meter ini, korang boleh tengok seluruh bandar Gua Musang ya.

Aktiviti daki gua kapur Gua Musang juga ada dan sampai ke puncak dalam tempoh 3-4 jam. Harganya cuma RM35 saja
Boleh nampak seluruh view Gua Musang dari puncak gua ini
Inilah Masjid Buluh yang termasuk dalam kawasan Muse Ecopark ini

Dalam selepas hari raya nanti, Muse Ecopark ini akan dibuka sepenuhnya dengan penginapan menarik dilengkapi kolam mandi. Tidak hanya aktiviti via verrata dan flying fox, orang ramai boleh mencuba aktiviti mendaki gua batu kapur Gua Musang hingga ke puncak pada harga RM35 seorang untuk melihat pemandangan yang sangat indah.

Tempoh mendaki antara 3-4 jam melalui tangga besi dan tali sebelum sampai ke puncak. Nak solat mudah di sini kerana adanya Masjid Buloh yang sangat terkenal di Kelantan kerana diperbuat sepenuhnya dari buluh dan ia termasuk dalam kawasan ecopark ini.

Oleh
almaswa Haji Che Ros