Kalau gayat, lupakan niat tersebut. Kata orang pandang saja gambar dan nyatakan rasa kagum. Tapi kalau korang sukakan cabaran dan mencari kelainan, bolehlah cuba bermalam di Sky Lodge Hotel Purwakarta.
Diiktiraf sebagai tertinggi di dunia selepas mengalahkan Skylodge Adventure Suites di Peru yang terkenal ekstrem di kalangan traveler dunia yang ketinggian 122 meter, Sky Lodge Purwakarta lebih tinggi iaitu sekitar 400 hingga 900 meter dan berdiri kukuh di puncak Gunung Parang. Sky Lodge ini terletak di Desa Sukamulya, Tegalwaru, Purwakarta, Jawa Barat dan untuk pergi ke sini cukup mudah kerana Gunung Parang sememangnya amat terkenal di kalangan masyarakat di sini.
Mula dirasmikan pada 28 Oktober 2017, ramai menyatakan rasa kagum dengan konsep percutian memukau ini. Untuk sampai ke hotel ini, setiap tetamu wajib memanjat tebing setinggi 500 meter dan menyeberang menggunakan cara menggantungkan badan pada tali (tyrolean) atau menggunakan tangga besi (via ferrata) untuk mendaki sebelum boleh sampai ke tempat penginapan masing-masing. Bahkan ketika mula dirasmikan lima tahun lalu, warga tempatan berpusu-pusu meneroka tempat ini untuk merasai lokasi ekstrem ini sendiri. Untuk satu lodge, ia boleh memuatkan seramai 4-5 orang dalam satu-satu masa.
Ditawarkan pada harga semalam sebanyak Rp5,000,000 (lebih kurang RM1464.00) reka bentuk hotel ini menjadi perhatian kerana diperbuat keseluruhannya daripada kaca yang membolehkan penginap menyaksikan keindahan dari puncak gunung selain pepohon yang menghijau di sekeliling kawasan tersebut. Waktu malam, udaranya sangat sejuk.
**media[]**
Lantainya diperbuat dari kayu yang kukuh, setiap lodge dilengkapi katil, tv, bilik mandi, meja makan, tandas portable, microwave, walkie talkie, air minuman, penghawa dingin selain tirai untuk menutup kawasan sekelilingnya dan terdapat 11 sky lodge sahaja
.
Bagi yang menyukai perkara ekstrem, bermalam di hotel tergantung Purwakarta ini harus dilakukan seumur hidup.