99 Wonderland Park, Tarikan Menarik Untuk Anak-Anak Bercuti. Harga Tiket Serendah RM20

Share

Kanak-kanak merupakan golongan paling gembira bila dibawa bercuti. Ini kerana ia memberikan keseronokan buat mereka untuk meneroka dunia luar.

Bagi ibu ayah yang tengah merancang percutian anak-anak dan inginkan suasana ala-ala bercuti ke luar negara, bolehlah bawa anak-anak bercuti ke 99 Wonderland Park di Selayang. Dekat pun dekat tapi suasananya sangat meriah.

Untuk pengetahuan, taman unik dengan tarikan menarik ini dibuka bermula seawal jam 9 pagi hingga 12 tengah malam. Nak pergi siang cantik, malam lagi cantik.

Namun kena tahu jadual masuk kerana ia berbeza mengikut hari atau waktu-waktu cuti.

Jika hari biasa (hari bekerja), 99 Wonderland Park ini dibuka bermula jam 5.00 petang hingga 11 malam. Tapi di hujung minggu iaitu Jumaat – Ahad, serta cuti sekolah ia dibuka seawal jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.‍‍‍‍‍‍

Apa yang menarik di sini?‍‍‍‍‍

‍‍‍‍‍Pada waktu malam, taman ini diterangi dengan lampu led yang sangat menarik. Bahkan terasa seperti berada di Universal Studio di luar negara. Sangat sesuai untuk yang suka bergambar di mana dapat merakam kenangan bersama seisi keluarga.

‍‍‍‍‍Antara tarikan di taman rekreasi berkenaan adalah Gelang T Rex, Zon 12 Zodiak, Air Terjun Emas, Arca 1 Malaysia, Air Pancut Tinggi, Taman burung kasawari dan rusa, rumah Arnab dan banyak lagi.

Di sini ia dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti :-

‍‍‍‍ 99 Dinosaur Park

99 Panda Street

99 Wild Island

99 Zoo Lights

99 LED Eiffel Tower dan banyak lagi.

‍‍‍‍‍Ada jugak aktiviti yang best macam Petting Session, 99 Train, 99 Cruise, 99 Paddle Boat, 99 Carousel Madagascar dan Lampu LED pada waktu malam dekat tempat ni.

‍‍‍‍‍Lokasi: 99 Wonderland Park (Wildlife in The City)

Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

 

Oleh
Almaswa Che Ros