Kita sambung artikel ini dengan apa yang saya kongsikan berkenaan sikap sesetengah traveller dari Malaysia yang kadang-kadang culas mengenai travel insurance. Siapa yang masih belum membaca artikel tersebut boleh klik di sini.
Artikel ini saya nak kongsi dan mudahkan kepada pembaca untuk mencari syarikat yang menyediakan produk travel insurance khususnya kepada mereka yang suka melancong.
Ada pelbagai syarikat yang menyediakan produk travel insurance kepada pelanggan dan ini adalah sebahagian daripada apa yang ada di Malaysia;
1. Etiqa TripCare 360 Takaful
Kelebihan yang ada pada produk daripada Etiqa TripCare 360 Takaful ini adalah;
a) Perlindungan Kematian dan Cacat Kekal.
b) Pampasan Kehilangan atau Kelewatan Bagasi.
c) Perlindungan Perubatan sehingga RM100,000.
d) Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 jam.
e) Perlindungan Keganasan (Terrorism Coverage).
f) Hadiah Belas Ehsan sehingga RM5,000.
g) Elaun Perjalanan Tergendala sehingga RM1,000 (minima 2 jam tergendala).
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
2. Kurnia Insurance Kurnia Travel
Kelebihan yang ada pada produk daripada Kurnia Insurance Kurnia Travel ini adalah;
a) Perlindungan Rampasan (Hijacking) sehingga RM16,500.
b) Perlindungan Kemalangan sehingga RM300,000.
c) Perbelanjaan Perubatan sehingga RM300,000.
d) Elaun Hospital RM100 sehari, boleh mencecah RM4,500.
e) Perlindungan Bagasi sehingga RM2,500.
f) Wang Saku sehingga RM500.
g) Perlindungan Dokumen Perjalanan sehingga RM7,500.
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
3. Maybank Lifestyle Travel Care
Kelebihan yang ada pada produk daripada Maybank Lifestyle Travel Care ini adalah;
a) Khidmat Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam.
b) Perlindungan Termasuk Isteri dan Anak.
c) Perlindungan Perubatan sehingga RM1 juta.
d) Perlindungan Perubatan Susulan sehingga RM30,000.
e) Perlindungan Perubatan Alternative RM1,000.
f) Hadiah Belas Ehsan RM5,000.
g) Elaun Penjagaan Anak RM5,000.
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
4. AIG Travel Insurance
Kelebihan yang ada pada produk daripada AIG Travel Insurance ini adalah;
a) Perlindungan Perubatan sehingga RM1 juta.
b) Perlindungan Perubatan di Malaysia sehingga RM100,000.
c) Elaun Hospital sehingga RM7,000.
d) Perlindungan Pemindahan Perubatan Tiada Had.
e) Kos Penghantaran Balik Jenazah Tiada Had.
f) Hadiah Belas Ehsan sehingga RM8,000.
g) Penjagaan Kanak-Kanak sehingga RM8,000.
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
5. AXA Overseas Travel Protection
Kelebihan yang ada pada produk daripada AXA Overseas Travel Protection ini adalah;
a) Perlindungan Kemalangan/Kematian sehingga RM500,000.
b) Perlindungan Kemalangan dan Cacat Kekal sehingga RM500,000.
c) Perlindungan Kehilangan Anggota Badan atau Hilang Penglihatan sehingga RM250,000.
d) Dana Pendidikan Anak (Dibayar Kepada Mangsa Yang Mempunyai Anak Masih Belajar) RM20,000.
e) Pembelajaan Perubatan sehingga RM300,000.
f) Perlindungan Rawatan Perubatan Alternatif sehingga RM1,000.
g) Hadiah Belas Ehsan sehingga RM8,000.
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
6. MSIG Travelright Plus
Kelebihan yang ada pada produk daripada MSIG Travelright Plus ini adalah;
a) Perlindungan Kematian sehingga RM350,000.
b) Dana Pendidikan Anak sehingga RM15,000.
c) Perlindungan Perubatan sehingga RM400,000.
d) Perlindungan Rawatan Perubatan Alternatif sehingga RM1,000.
e) Perlindungan Rawatan Perubatan Susulan di Malaysia sehingga RM75,000.
f) Perlindungan Pemindahan Perubatan Kecemasan RM1 Juta.
g) Perlindungan Membawa Pulang Jenazah dari Luar Negara RM1 Juta.
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
7. Tune Protect Travel Easy
Kelebihan yang ada pada produk daripada Tune Protect Travel Easy ini adalah;
a) Perlindungan Kemalangan sehingga RM300,000.
b) Perlindungan Kerosakan atau Kehilangan Bagasi sehingga RM15,000.
c) Perlindungan Rawatan Susulan di Malaysia sehingga RM150,000.
d) Perlindungan Pemindahan Perubatan Kecemasan sehinggan RM1.5 Juta.
e) Pembayaran Balik Kos Rawatan Perubatan Kemalangan atau Sakit sehingga RM300,000.
f) Perlindungan Kehilangan Wang Saku atau Dokumen Perjalanan sehingga RM5,000.
g) Elaun Hospital sehingga RM31,500.
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
8. SOMPO Travel Plus
Kelebihan yang ada pada produk daripada SOMPO Travel Plus ini adalah;
a) Perlindungan Kemalangan sehingga RM350,000.
b) Dana Pendidikan Anak sehingga RM10,000.
c) Perlindungan Perubatan atau Hospital sehingga RM350,000.
d) Perlindungan Rawatan Perubatan Alternatif sehingga RM1,000.
e) Bayaran Belas Ehsan Hospital sehingga RM7,500.
f) Perlindungan Rawatan Susulan di Malaysia sehingga RM30,000.
g) Elaun Hospital sehingga RM10,000.
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
9. Allianz Travel Care
Kelebihan yang ada pada produk daripada Allianz Travel Care ini adalah;
a) Perlindungan Kemalangan sehingga RM500,000.
b) Perlindungan Perubatan sehingga RM350,000.
c) Perlindungan Pemindahan Perubatan Kecemasan sehingga RM10 Juta.
d) Perlindungan Rawatan Susulan sehingga RM50,000.
e) Perlindungan Kehilangan Deposit atau Pembatalan Trip sehingga RM25,000.
f) Elaun Hospital RM350 sehari dan boleh mencecah RM15,000.
g) Elaun Jagaan Anak RM7,500.
*apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
So? Macam mana? Masih lagi tak mahu ambil travel insurance? Percayalah, banyak kelebihan yang ada sekiranya kita mengambil insurance sewaktu bercuti.