Pernah cuba percutian alam ke taman negara di Malaysia? Jika belum, anda dicadangkan untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang sesuatu yang tidak mengecewakan.
Ini tip dan panduan ringkas buat anda yang bercadang ke Taman Negara Kuala Tahan:
Ads
Ads
Ads
Jika anda menaiki kenderaan sendiri, buat pemanduan terus ke Jeti Kuala Tahan, dan letakkan kereta di kawasan parkir disediakan. Anda dicadangkan untuk parkin di kawasan lebih tinggi dan bukan berhampiran sungai.
Kemudian naik bot untuk menyeberangi sungai dengan bayaran RM1 membabitkan perjalanan selama dua minit.
Setibanya di sana anda akan diberi penerangan dan diminta memilih jenis penginapan yang diinginkan. Untuk lebih menghayati alam, dicadangkan untuk memilih penginapan membina khemah di kawasan yang disukai.
Jika memilih membina khemah diingatkan tidak meletakkan barang di luar khemah kerana terdapat banyak haiwan liar berkeliaran di kawasan itu terutama pada sebelah malam. Tapak perkhemahan turut dilengkapi kemudahan asas seperti bilik air, dapur untuk memasak dan kawasannya diterangi dengan lampu malap.
Namun, jika membawa anak kecil atau mementingkan keselesaan, anda boleh memilih untuk menginap di Mutiara Resort. Terdapat puluhan resort atau chalet yang menarik hati untuk dihuni.
Ambil masa mengunjungi Lata Simpon untuk mandi-manda. Jangan risau meredah denai di sini kerana hutan dijaga dengan baik dan setiap denai disediakan pelantar pejalan kaki.
Jangan lupa juga singgah di titian kanopi terpanjang di dunia iaitu sepanjang 550 meter pada ketinggian 45 meter dari tanah. Hanya seorang dibenarkan menaiki titian kanopi ini pada satu-satu masa untuk menghayati flora dan fauna yang berusia ratusan tahun.
Waktu malam, ambil peluang untuk ke 'Bumbun' iaitu sebuah rumah kayu ala menara tinjau untuk menjenguk perilaku haiwan liar seperti rusa, tapir, landak menjilat garam galian di jenut. Di Taman Negara ini terdapat beberapa bumbun antaranya Bumbun Tahan, Bumbun Tabing, Bumbun Cagar Anjing, Bumbun Blau, Bumbun Yong dan Bumbun Kumbang.
Luangkan masa ke Lata Berkoh dengan menaiki bot panjang. Pengunjung akan dibawa singgah ke santuari kelah di Lubuk Tenor untuk memberi ikan makan selain melihat pokok tualang terbesar yang direkodkan di Taman Negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bercuti itu memang menyeronokkan. Terbaru kerajaan telah memperkenalkan ‘gelembung pelancongan’ untuk kawasan yang sudah dibenarkan. Jadi ambillah kesempatan ini untuk bercuti dan melancong untuk merancakkan lagi ekonomi dan industri pelancongan.
Apabila bercuti salah satu perkara yang sering kita risaukan ialah terlebih bajet. Lebih mengerikan kita jika ia berlaku ketika kita berada di luar negara.
Ada banyak sebenarnya tips untuk menjimatkan wang bila waktu bercuti ni. Kalau nak diceritakan semuanya, artikel Libur no boleh dibuat buku atau majalah. Tapi kali ini Libur listing kan 10 di antaranya seperti:
Jangan menginap di kawasan terpencil
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih mudah dan jimat tapi sistem pengangkutan luar bandar tidak serancak di bandar. Oleh demikian, anda mungkin akan berbelanja lebih untuk kos pengangkutan. Sebaiknya, tinggal di hotel yang berhampiran dengan bandar, supaya anda berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik dengan hanya berjalan kaki tanpa perlu membuang masa untuk pulang semula ke hotel.
Baca review
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana tempat makan seperti resotran atau hotel, dapatkan dahulu review daripada pengunjung yang pernah datang sebelum ini berkenaan tempat tersebut. Berbuat demikian mungkin dapat menghindarkan anda daripada pengalaman yang tidak menyeronokkan. Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah Trivago, Foursquare atau Yelp.
Jangan lupa untuk bawa ubat-ubatan peribadi anda ketika bercuti seperti ubat demam, selsema, minyak angin dan sebagainya. Senarai lengkap barang keperluan perubatan peribadi ada Libur tulis pada entri yang sebelum ini. Dengan cara anda membawa ubat-ubatan peribadi sendiri, anda tidak perlu membazir wang untuk ke klinik dan sebagainya sekiranya ditimpa sakit yang biasa-biasa.
Bawa sedikit makanan ringan
Perkara ini agak leceh sebenarnya tapi sangat membantu untuk anda yang sukar mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah biskut, buah-buahan, mi segera dan paket minuman segera seperti teh. Dengan cara ini, anda dapat jimatkan wang dan lebihan wang itu tadi boleh beli buah tangan untuk keluarga di Malaysia.
Jangan bawa terlalu banyak barang
Kita selalu rasa tak cukup barang sewaktu mengemas bagasi. Itu yang jadi, satu almari kita bawa nak pergi melancong. Jangan begitu sebab akhirnya beg akan jadi kembung dan berat. Pastikan anda hanya bawa barang yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tudung malah boleh digunakan sebagai selimut atau kain lapik untuk berkelah.
Lantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seseorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Dengan adanya ketua yang boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan percutian anda akan menjadi lebih selamat dah menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
Jangan takut untuk berkomunikasi
Semasa mengembara di luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Berkawanlah dengan mereka dan pelancong yang lain supaya memudahkan anda untuk meminta bantuan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti London, anda harus membuat tempahan tiket dengan lebih awal. Caranya? Gunakan perkhidmatan atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu tunggu lama dan berbaris panjang untuk membeli tiket.
Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu yang selalu beli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang tidak beli apa-apa lalu menyesal apabila pulang ke negara asal. Libur cadangkan supaya anda berkunjung ke kedai cenderamata atau pasar-pasar lambak untuk mendapatkan cederamata sebagai kenang-kenangan dengan harga istimewa yang murah. Kebanyakkan barangan yang dijual hasil buatan penduduk tempatan kebiasaanya murah dan ia adalah benda wajib untuk anda bawa pulang.
Cuba makanan tempatan
Setiap individu mempunyai citarasa yang tersendiri dan segelintir kita tidak suka dan takut untuk mencuba sesuatu menu baru. Jika anda seseorang yang sebegini, anda sememangnya manusia yang rugi. Bukankah lebih baik jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan anda kenangan sewaktu pengembaraan anda ke negara orang. Bagi non-musim, kalau rasa was-was dengan status halal sesuatu makanan, elakkan la ya. Libur maksudkan anda patut mencuba makanan yang tidak dirahui status halalnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak rugi pun seandainya setiap orang berusaha mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa utama di dunia. Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.
Menurut kajian pakar bahasa, terdapat lebih 6,500 bahasa di seantero dunia ini. Namun kajian yang dijalankan oleh NVTC dan Foreign Service Institute, antara banyak-banyak bahasa yang ada di dunia, Bahasa Jepun adalah bahasa yang paling sukar untuk dipelajari oleh sekumpulan penceramah yang memahami Bahasa Inggeris. Diikuti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, dan kemudian Bahasa Korea.
Tetapi kalau diikutkan di negara kita, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin ramai yang berjaya menguasainya dengan begitu baik.
Kalau anda individu yang dapat menguasai 4 bahasa paling susah ini, kira memang anda ‘power ‘ la! Kelebihan menguasai bahasa asing boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam alam pekerjaan. Kelebihan tersebut membolehkan individu itu menceburkan diri dalam kerjaya seperti penterjemah atau sebagai jurubahasa dalam bidang kehakiman mahupun sektor pelancongan. Gaji jangan cakap la, orang luar yang mahir bertutur dalam bahasa tempatan memang sentiasa mendapat permintaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, sebenarnya pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda.
Ramai yang berkunjung ke Fraser Hill mengatakann, destinasi bukit tinggi ini agak bosan. Tidak sama sekali ya! Di sini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.
Ini perkongsian daripada saudari Ayu Hasman yang berkesempatan mencuba banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Fraser Hill.
Selain daripada menikmati udara sejuk dan makan strawberi, ini 5 aktiviti menarik di Fraser’s Hill yang kadang-kadang ramai terlepas pandang:
1. Flying fox di Allan’ Water
Kawasan ni dulu merupakan sebuah kolam tadahan air yang digunakan untuk supply air di kawasan Fraser’s Hill semasa zaman kolonial. Kini, kawasan tasik ini telah ditukar menjadi sebuah tasik rekreasi.
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke Allan’s Water.
Ada beberapa aktiviti menarik yang korang boleh buat kat sini antaranya trekking di sekitar tasik, naik paddle boat, bagi ikan makan(banyak gila ikan kat tasik ni), dan yang paling best adalah menaiki flying fox merentas tasik.
2. Menunggang kuda di The Paddock
Harga yang dikenakan agak berbaloi. Sepanjang pusingan di trek, anda akan dibantu oleh crew operator. Kalau nak best, pusing la beberapa kali di trek.
3. Memanah di The Paddock
Selepas menunggang kuda, korang juga boleh try memanah. Kat sini, turut disediakan crew yang akan membantu dan mengajar teknik memanah yang sebenar. Nampak macam senang, tapi nak habiskan 10 kali panahan tu memang agak lenguh tangan dibuatnya.
4. Trekking
Di Fraser’s Hill, terdapat kira-kira 8 Trail yang sesuai untuk di explore seisi keluarga. Kalau rajin, boleh juga trekking ke Air Terjun Jeriau.
5. Minum petang di GlassHouse Fraser’s.
Glasshouse ni merupakan sebuah cafe yang turut menjual succulent / cactus yang comel. Sekiranya berkunjung kesini, wajib cuba burnt cheesecake!
Walaupun Fraser’s Hill tidaklah semeriah Cameron Highlands, namun keadaan disini sangatlah tenang dan mendamaikan. Part paling best, setiap lokasi menarik tu terletak berhampiran satu sama lain dan trafik disini tak sesak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...