9 SOP Khas Buat Penganut Hindu Sambut Perayaan Deepavali. Stay Safe Ya!
November 6, 2020
Share
Sama seperti perayaan-perayaan besar lain di negara kita yang lalu ketika pandemik, sambutan Deepavali yang bakal disambut minggu hadapan juga perlu secara bersederhana sahaja tahun ini.
Prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan Deepavali yang akan disambut pada 14 November 2020 akan datang telah pun diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berdasarkan penilaian Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, beberapa penambahbaikan dilakukan dan semua penganut Hindu yang bakal menyambut sambutan Deepavali perlu mematuhi beberapa SOP yang dikeluarkan. Antaranya:
MKN setuju benarkan penganut Hindu di kawasan PKPP dan PKPB ikuti upacara sembahyang pada hari pertama sahaja dengan SOP ketat
Tiada pergerakan rentas mukim,daerah atau negeri dari kawasan PKPB dan PKPD
Sambutan rumah kediaman (atas tanah) dibenarkan daripada kalangan keluarga terdekat dan tidak dibenarkan melebihi 20 orang satu-satu masa
Kehadiran ke rumah ibadah maksimum 30 orang, guna aplikasi mySejahtera
Sesi sembahyang dari 7 pagi hingga 12 tengah hari
Penganut berisiko, kanak-kanak 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir ke rumah ibadat
Sambutan di rumah kediaman strata dengan keluasan kurang 1,500 kaki persegi maksimum 10 orang, dan bagi yang lebih luas maksimum 15 orang pada satu-satu masa
Upacara sembahyang di kuil tidak dibenarkan sama sekali di kawasan PKPD
Sambutan di rumah kediaman (landed) dibenarkan keluarga terdekat, tidak lebih 20 orang satu-satu masa.