Pantai menjadi destinasi wajib malah tidak pernah sepi daripada kunjungan pelancong kerana ia menjadi lokasi riadah malah sesuai untuk menenangkan fikiran. Berikut disenaraikan sembilan pantai di dunia yang memiliki nilai keunikan tersendiri dan wajar anda jadikan list bila melancong ke luar negara.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Pantai Pink, Bahamas

Terletak di Pulau Harbour, pantai ini dinamakan Pink Sands kerana pasirnya yang berwarna merah jambu. Konon pasirnya ialah hasil dari cangkerang foraminifera yang merupakan organisma unisel yang hidup di bahagian bawah karang, di bawah batu dan di dalam gua dasar laut di sekitar pantai ini.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Pantai Maho, Saint Martin

Pantai Maho terletak di Caribbean, 300 km dari Puerto Rico. Meskipun pantainya yang indah dan air laut berwarna biru cerah, namun orang datang ke sini untuk tujuan lain. Pesawat besar mendarat secara teratur tepat di atas pantai, terbang hanya 10-20 meter di atas kepala. Tarikan ini menjadi ciri khas yang menarik bagi para pengunjung.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Pantai Whitehaven, Australia

Ads

Berlokasi di pulau Whitsunday, pantai ini terkenal dengan pasir yang sangat putih di mana 98% pasirnya terdiri dari silika tulen. Pantai sepanjang 7 km ini sesuai untuk menenangkan fikiran.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Pantai Playa del Amor (Lover’s Beach), Marietas Islands, Mexico

Bertempat di Kepulauan Marietas, Mexico, pantai ini sangat unik dan menarik perhatian. Konon, pantai ini sulit untuk ditemui, jika tidak kerana bunyi ombak pantainya. Disebut sebagai Lover’s Beach kerana hanya sedikit pengunjung yang dapat sampai ke pantai ini dan sekali menemui tempat ini, pengunjung menjadikan pantai ini sebagai tempat peribadi.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Pantai Glass, California, USA

Ads

Sekitar abad ke-20, tempat ini dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah. Namun, siapa sangka pantai ini sekarang menjadi lokasi yang unik. Lokasi ini ia telah dipenuhi dengan batu-batu dan kaca kecil yang sentiasa dihiasi dengan deruan ombak. Pantai ini pun menjadi salah satu pantai unik di dunia.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Pantai Navagio, Greece

Pantai ini menjadi salah satu lokasi penggambaran drama Korea terkenal, Descendants of the Sun. Pesona keindahannya membuat pengunjung dari serata dunia ke pantai untuk merasakan lokasi drama oleh Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Kapal karam di pantai ini menjadi ciri khas yang menarik pengunjung di Zakynthos ini.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Ads

Pulau Ipanema, Brazil

Pantai Ipanema menjadi salah satu pantai di Brazil yang banyak dikunjungi dan paling terkenal. Kebanyakan, pengunjung berkunjung sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya jogging di sepanjang pantai.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Kubah Laut Seagaia (Seagaia Ocean Dome), Japan

Ocean Dome menjadi pilihan ketika bosan dengan pantai tradisional. Pantai ini memiliki pasir putih, lautan dengan gelombang palsu, kolam renang dengan urutan hidro dan spa.

9 Pantai Di Dunia Yang Akan Memukau Pandangan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Sana!

Pulau Vaadhoo, Maldives

Pantai ini sangat indah di malam hari. Kehadiran plankton di pantai ini menjadikan pantai ini sangat unik dan lain daripada yang lain. Gambaran plankton di pantai ini cantik kerana berwarna bioluminescence.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI