9 Perkara Best Boleh Buat Kalau ‘Check-In’ Di Hutan Royal Belum, Gerik

Share

Hutan Royal Belum tidak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi ini sememangnya lokasi pelancongan negara yang terulung bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Umum mengetahui keindahan dan kemasyhuran kawasan hutan hijau itu membuatkan ia sering menjadi bualan dan mendapat banyak pengiktirafan.

Hutan Royal Belum terletak di Gerik, Perak pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda. Untuk ke destinasi ini, anda boleh memilih samada menggunakan jalan darat atau melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum. Ini perkara menarik ada di Hutan Royal Belum:

  • Bunga Refflesia – Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii.

  • Salt Lick – Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan berkumpul menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
  • Santuari Ikan Sungai Ruok – Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Jangan lepaskan peluang memberi ikan ini makan sambil ‘berenang manja’.
  • Air Terjun Sungai Kooi – Hanya setengah jam masa diambil untuk mendaki naik ke kawasan air terjun tinggi yang sangat cantik ini. Jangan lupa ambil gambar sebagai gambar kenang-kenagan.

  • Burung Enggang – Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum.
  • Perkampungan Orang Asli – Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito.

  • Kem Royal Belum – Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
  • Rainforest Resort – Antara penginapan yang selesa dan pilihan ramai untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Resort mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang.

  • House Boat – Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di atas House Boat ini seperti BBQ, memancing, berkayak, berakit dan karaoke.

Menarik betul Hutan Royal Belum ini. Jom cuti-cuti Malaysia~

Oleh
Admin