80 peratus responden kajian itu adalah dari Malaysia dan tiga perempat responden dari Singapura mendedahkan ‘mencuba makanan baru’ adalah sebab dan pendorong utama mereka keluar bercuti dan melancong.
Pelancong dari China dan Taiwan mengembara kerana memilih untuk merasai pengalaman gaya hidup yang lebih ringkas manakala pelancong Jepun dan Hong Kong pula mahu lari dari persekitaran yang sangat mendesak di tempat sendiri sebagai sebab keluar melancong.
Bagi pelancong dari Indonesia, India dan Filipina pula, pendorong utama mereka keluar melancong adalah untuk membuktikan status sosial mereka di tempat masing-masing.
Kajian yang dijalankan pada Oktober dan November lepas itu melibatkan 53,492 pelancong dari 31 buah negara.
Sumber: Astro Awani