Sandakan terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, pantai yang memutih, dan gugusan pulau yang tidak tercemar. Selain itu di sini merupakan rumah untuk hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan dan Proboscis Monkey (monyet belanda) yang boleh ditemui di Borneo dan Sumatera sahaja.

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

Kita bertuah tinggal di Malaysia yang memberi peluang kepada kita untuk menghayati keunikan dan keindahan alam dan budaya pelbagai etnik di negara ini. Sandakan, salah satu daerah di Sabah, bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi terkenal dengan keramahan penduduknya serta kesan sejarahnya.

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

Pengalaman berada di Sandakan pasti cukup mengujakan terutama bagi penggemar sejarah, pencinta alam serta binatang. Pelbagai lokasi menarik harus dilawati jika berada di sini. Bagi industri pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi eko-pelancongan.

Ads

8 Lokasi Mesti Pergi!

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

  • Antara destinasi yang harus menjadi persinggahan ialah Perkampungan Air Sim Sim iaitu perkampungan yang paling lama wujud di Sandakan. Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Sumber lautan seperti mutiara ternak mudah didapati dengan harga yang murah di perkampungan yang menghadap Laut Sulu ini.

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

Ads
  • Monyet Belanda atau Proboscis Monkey hanya terdapat di Borneo. Dikenali Bayau oleh masyarakat tempatan, monyet berhidung panjang itu salah satu spesies terbesar di dunia. Untuk melihat monyet ini tidak mudah, kerana pelancong perlu menyusur sungai dengan bot untuk melihat haiwan itu yang hidup bebas di habitatnya. Monyet itu biasanya hidup dalam berkumpulan dan bersifat nomad. Monyet jantan terkenal dengan panggilan playboy kerana hidup dalam berkumpulan dan ditemani tiga atau empat monyet betina. Ia mempunyai tapak kaki yang besar membolehkan berenang dengan mudah. Namun untuk melihat dengan mudah, anda boleh ke Labuk Bay Proboscis Monkey merupakan pusat pemuliharaan spesies ini.

 

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

  • Tokong Buddha Puu Jih Shih yang merupakan tempat suci masyarakat Buddha yang terbesar di Sandakan. Terletak di atas sebuah bukit dan dikelilingi panorama yang indah, membuatkan kedudukan tokong ini kelihatan sangat strategik.

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

Ads
  • Muzium Agnes Keith iaitu rumah asal seorang rakyat Amerika yang begitu giat untuk memperkenalkan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu di peringkat antarabangsa turut menjadi tempat untuk dilawati. Rumah ini pernah musnah semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibina semula mengikut reka bentuk asal. Agnes Keith mempopularkan Sabah dengan menulis tiga buah buku berjudul Land Below The Wind, Three Came Home, dan White Man Returns.

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

  • English Tea House & Restaurant merupakan lokasi untuk menjamu selera yang cukup terkenal di Sandakan. Terletak beberapa meter dari muzium Agnes Keith, restoran ini menawarkan menu santapan berkonsep Inggeris, sesuai dengan persekitarannya. Terletak di atas bukit, pengunjung dapat saksikan panorama indah lautan terbentak luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa anda.

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’ 8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

  • Tidak lengkap rasanya jika ke Sandakan tanpa menjengah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat habitat semula jadi orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Lokasinya seluas 4300 hektar mempunyai kira-kira 300 ekor orang utan dan 92 hidupan mamalia lain. Waktu kunjungan paling sesuai untuk melihat habitat ini ialah ketika tiba masa orang utan diberi makan.

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’ 8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’ 8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

  • Tambah menarik, jika berpeluang menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan dari Jeti Kampung Bilit. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi di kawasan seluas 26,000 hektar boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi.

8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’ 8 Tempat Menarik Di Sandakan Termasuk Lokasi Lihat ‘Monyet Playboy’

  • Sandakan Central Market merupakan tamu atau pasar yang terkenal di tengah bandar Sandakan. Pelbagai barangan harian, sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering, lauk-pauk, pakaian dan cenderamata boleh didapati di sini. Jangan lupa untuk membawa pulang mutiara berupa hiasan tangan, rantai atau kerongsang yang boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI