Selain melakukan aktiviti senaman, anda boleh membawa seisi keluarga anda untuk beriadah sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Tourism Selangor menyenaraikan 8 tempat rekreasi untuk anda kunjungi di Negeri ini serta meneruskan gaya hidup sihat!
1) Taman Tasik Shah Alam
Taman Tasik Shah Alam terletak berdekatan dengan tarikan popular di Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz atau dikenali dengan Masjid Biru. Taman Tasik Shah Alam menawarkan hiasan landskap yang sangat indah dan menghijau, yang berkeluasan lebih dari 43 hektar serta telah direka oleh arkitek landskap terkenal, Fumiaki Takano.
Taman awam pertama yang dibuka di Negeri Selangor pada tahun 1985 ini sudah menjadi habitat kepada hidupan air tawar. Keluasan dan keindahan seperti ini akan memberi ketengan kepada anda untuk melakukan aktiviti senaman atau berjoging apatah lagi di pagi hari.
2) Maya Park Eco Ardence, Setia Alam
Ramai yang menyukai tempat ini, Maya Park Eco Ardence yang terletak di Bandar Setia Alam ini. Dengan ruang terbuka dan sangat luas, tempat rekreasi ini sering menjadi pilihan pengunjung bagi menyaksikan pemandangan matahari terbenam, diiringi suasana tasik yang tenang.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, antaranya adalah berjoging dan berbasikal di trek yang mengelilingi tasik tersebut. Sekiranya anda tidak mempunyai basikal, jangan risau kerana anda boleh menyewa basikal di sini!
3) River Track Cycle Park, Klang
River Track Cycle Park terletak di Klang, merupakan kawasan yang dikelilingi kehijauan yang memberikan ketenangan minda, badan dan jiwa. Nikmati panorama hutan bakau semula jadi yang berfungsi untuk meningkatkan persekitaran yang sihat dan lestari.
Ads
Laluan sepanjang 1.8 kilometer di tebing Sungai Chandong Besar adalah tempat yang sesuai untuk berjoging. Nikmati juga aktiviti berbasikal di trek sepanjang 3 kilometer yang dikelilingi dengan pemandangan yang menarik. Persekitaan yang tenang ini akan menjadikan pengalaman berbasikal dan berjoging anda tentunya lebih menyeronokkan!
4) Elmina Central Park, Shah Alam
Elmina Central Park terletak di Bandar Elmina di Shah Alam, kira-kira setengah jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Trek joging dan berbasikal yang dibuka kepada umum terletak di pintu masuk Bandar ini untuk pengunjung yang datang dari Guthrie Corridor Expressway.
Selain aktiviti senaman, anda juga boleh membawa anak anda untuk bermain di taman permainan dan berjalan di kawasan pejalan kaki sambil menikmati pemandangan yang cukup indah!
5) Perdana Lake, Jogging Track, Sunrise Point, Cyberjaya
Habiskan waktu pagi anda dengan bersenam di taman ini kerana ianya menenangkan di samping memberi keselesaan kepada anda untuk melakukan aktiviti senaman mahupun riadah bersama keluarga.
Ads
Di sini anda boleh berjoging sambil melihat keindahan tasik yang sangat luas, seluas pemandangan sambil menghirup udara segar. Trek joging dan berbasikal yang sangat luas ini akan memberi keselesaan kepada anda seisi keluarga. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berkelah di tepi trek tersebut!
6) Ara Damansara Park, Petaling Jaya
Terletak di pinggir Bandar Ara Damansara, taman rekreasi ini memiliki pelbagai kemudahan termasuk gelanggang badminton, bola keranjang dan taman permainan. Ara Damansara Park yang menawarkan trek joging sepanjang 1.9 kilometer akan memberikan kepuasan untuk anda bersenam mahupun berbasikal. Selain itu, ramai pengunjung yang membawa anak kecil mereka untuk bermain di taman permainan yang telah disediakan di sini.
7) Dragonfly Park, Eco Grandeur, Puncak Alam
Dragonfly Park ini terletak di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam. Ianya merupakan sebuah lokasi yang sangat cantik untuk melalukan aktiviti riadah di waktu petang. Taman awam ini bakal memukau anda dengan pemandangan kawasan padang yang luas dipenuhi dengan kehijuan dan kawasan rumah urban yang sangat cantik.
Laluan trek joging nya mungkin tidak sepanjang trek-trek taman awam yang lain, namun ia tetap memberi kepuasan, di samping anda dapat menikmati keindahan sekeliling. Taman yang tidak terlalu ramai pengunjung ini sesuai sekiranya anda ingin membawa anak kecil untuk berbasikal di persekitaran Dragonfly Park ini.
Ads
8) Taman Jaya, Petaling Jaya
Terletak di lokasi yang sangat strategik, anda boleh pergi ke sini dengan menaiki pengangkutan awam iaitu LRT dan turun di Stesen Taman Jaya. Taman rekreasi ini merupakan sebuah lokasi yang popular dalam kalangan penduduk Petaling Jaya untuk melakukan aktiviti berjoging dan beriadah.
Taman yang tenang suasananya dan dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan sebuah tasik yang cantik ini juga menjadi tempat anak-anak muda meluangkan masa mereka bermain skateboard.
Tidak kira di waktu pagi mahupun petang, lazimnya ramai yang meluangkan masa dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam, berjoging dan berbasikal di taman-taman awam dna tempat rekreasi.
LIBUR REWARDS is cominggg!!
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila sebut rumah hantu, pasti peminat dunia imaginasi ini akan terkenangkan rumah hantu di Sunway Lagoon. Sentiasa mendapat sambutan setiap kali ia diadakan, hormone andrelin ketakutan pasti merembes setiap kali melewati spot-spot jeritan.
Jika di Sunway menggunakan “hantu tipu-tipu” dan sudah membuat orang menjerit, tapi rumah hantu di Japan, Super Scary Labyrinth of Fear memberikan pengalaman paling menarik buat peminat advanture ini. Ini kerana lokasi rumah hantu ini adalah hospital lama dan ada “hantu real” dicampur hantu tipu di dalamnya. Dek kerana itulah rumah hantu ini digelar rumah hantu paling seram oleh World Guinness Book Of Records.
Baca catatan dikongsikan oleh Zunita Ramli dalam catatannya dari Jepun.
Siapa peminat rumah hantu dekat sini?
Super Scary Labyrinth of Fear adalah rumah hantu yang terletak di Taman Tema Fujikyu di wilayah Yamanashi.
Dianugerahkan sebagai Rumah Hantu Paling Menakutkan di dunia oleh World Guinness Book of Records, ianya memerlukan pengunjung berjalan sepanjang 900 meter dalam masa 40-50 minit untuk keluar dari situ.
Berbeza dengan rumah hantu biasa, Rumah Hantu Labyrinth ini adalah seperti jalan sesat atau “maze”. Pengunjung boleh masuk ikut mana-mana jalan yang diingini, tanpa sebarang manual.
Rumah hantu Labyrinth ini sebenarnya mengambil latarbelakang sebuah hospital lama di mana hospital itu asalnya digunakan sebagai “human experimentation”.
Mangsa-mangsa dari hasil eksperimen itu membalas dendam dan membunuh semua doktor dan jururawat di situ. Tidak cukup dengan itu, roh mereka tetap tidak tenang dan menyebabkan hospital itu dihantui hingga ke hari ini.
Rumah hantu ini sememangnya direka secara terperinci. Pencahayaan, bau dan hantu manusia yang disolek dengan “special effect” adalah sangat real, ditambah dengan pengunjung perlu buka sendiri beberapa pintu menjadikan susana di situ amat menakutkan.
Tak cukup dengan itu, jururawat dengan muka yang berdarah-darah membawa kepalanya sendiri berlegar-legar, hantu yang tiba-tiba muncul dari entah mana dan pelbagai lagi efek menyebabkan hampir kesemua pengunjung yang keluar dari rumah hantu ini akan menjerit ketakutan. Tapi kan.. jangan terkejut dalam ramai-ramai hantu “orang” tu, memang ada hantu betul ye
Menariknya, di situ juga ada dijual seluar dalam (underwear) kerana terdapat banyak kes pengunjung yang masuk ke dalam rumah hantu ini keluar ketakutan sehingga terkencing dalam seluar! Oh my !
. #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Fenomena air pasang besar yang melanda persisiran pantai di Port Dickson sejak bebehari lepas dilaporkan terkawal susulan cuaca panas dan tiada sebarang limpahan air yang berlaku sehingga boleh mengakibatkan kejadian banjir.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku hujan lebat yang berpanjangan, beberapa kawasan berkemungkinan akan ditenggelami air terutama di kawasan rendah.
Untuk info anda yang ingin bercuti di Port Dickson, air pasang besar ini biasanya berlaku dalam tiga hari dan sepanjang bulan akan ada, ia bergantung kepada ketinggian air pasang. Kalau tengok air pasang kali ini agak tinggi berbanding bulan sebelumnya tetapi buat masa ini keadaan terkawal kerana cuaca panas.
Sekiranya berlaku hujan lebat, APM akan menempatkan anggota bagi memastikan keadaan pengunjung dan penduduk setempat selamat, namun pada masa ini tiada keperluan untuk menempatkan anggota untuk tujuan pemantauan.
Namun ada sedikit hikmah, fenomena air pasang besar ini dikatakan membantu memudahkan kerja pembersihan tumpahan minyak yang berlaku di Pantai Cermin, Port Dickson sejauh dua kilometer tempoh hari. Ombak yang kuat, membantu kerja pembersihan pantai dengan baik kerana minyak akan cepat terurai selain turut dibantu cuaca panas.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berita baik untuk korang yang lahir pada bulan Ogos! Pusat peranginan terkenal, Resort World Genting memberikan tiket percuma kepada 57 orang setiap hari untuk memasuki Taman Tema terbaru dan terbesar di Asia, Genting Skyworlds.
Untuk korang yang dilahirkan pada bulan kemerdekaan ini jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket percuma bagi tempoh lawatan sehari dan boleh dituntut di kaunter masuk yang terletak di Genting Highlands.
Tunjuk sahaja kad pengenalan atau pasport korang di kaunter tiket, 57 pengunjung pertama yang bertuah dan lahir pada bulan Ogos akan diberikan tiket percuma.
Terma & Syarat
Promosi ini sah dari 01 – 31.08.2022 sahaja.
Promosi ini terhad kepada 57 tetamu pertama setiap hari yang menebus promosi ini di Kaunter Tiket yang terletak di Taman Tema Genting SkyWorlds.
Untuk menebus Tiket 1 Hari Genting SkyWorlds (Tiket) percuma, tetamu mesti lahir pada bulan Ogos. Tunjukkan NRIC/pasport anda yang sah di Kaunter Tiket.
Promosi ini terhad kepada satu (01) penebusan bagi setiap kad pengenalan/ pasport.
Ride tertentu, tarikan, hiburan, restoran atau tawaran lain mungkin tidak tersedia, diubah suai atau beroperasi pada kapasiti yang dikurangkan dalam tempoh ini.
Untuk mengikuti perkembangan terkini waktu operasi, jadual hiburan secara langsung, ride dan tarikan yang tersedia, muat turun aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds.
Sebarang penukaran tarikh untuk tiket percuma tidak akan dilayan.
Tiket tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dijual semula, ditukar dan/atau tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan, termasuk faktor di luar sebarang keadaan termasuk faktor luar kawalan munasabah (cth.: jerebu, cuaca buruk, rusuhan atau mogok) dan akan batal jika diubah, dicemari dan/atau diusik.
Semua pengunjung mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan dalam www.gentingskyworlds.com/rules-regulations.
Terma dan syarat operasi lain mungkin dikenakan.
Promosi yang dijalankan ini sah sepanjang bulan Ogos ini, jadi yang lahir pada bulan ini jangan lepaskan peluang ya! Cepat pergi redeem tiket boleh lah korang main sampai puas sempena bulan ulang tahun korang!