Aktiviti candat sotong, di perairan Terengganu sentiasa popular, bukan sahaja buat kaki pancing tetapi juga bagi orang awam biasa yang ingin merasai sendiri pengalaman 'menangkap' haiwan laut ini.
Musim mencandat di perairan Terengganu, kebiasaannya bermula dari April hingga Julai. Sejak aktiviti berkenaan dijadikan produk pelancongan, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini sepanjang tempoh musim mencandat sotong dilaporkan meningkat berkali ganda. Sebahagian besar daripada pelancong akan mengambil pakej mencandat sotong biarpun ramai dalam kalangan mereka tidak pernah melakukan aktiviti itu. Mereka tetap berasa teruja meskipun ada di antara mereka tumbang kerana mabuk laut.
Aktiviti candat sotong biasanya bermula, ketika matahari mula terbenam, kira-kira jam 7 malam dan berterusan hingga jam 5 pagi. Aktiviti candat sotong juga sangat ideal dilakukan ketika 'bulan terang'. Suasana di lokasi candat sotong sungguh meriah, kerana terdapat deretan puluhan pelbagai saiz bot pencandat, ada yang bersaiz besar, sederhana dan kecil, masing-masing memasang lampu, seolah-olah satu pesta air sedang berlangsung.
Ads
Jika anda bercadang untuk mencuba aktiviti ini, dicadangkan untuk memilih operator yang berlesen dan memiliki kepakaran mengajar anda mencadat sotong. Ini antara port popular mencandat sotong di Terengganu:
Ads
Ads
Perairan Pulau Perhentian, Besut
Pulau Chepu, Setiu
Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus
Pulau Gemia, Marang
Pulau Kapas, Marang
Kg. Gong Balai, Marang
Rantau Abang, Dungun
Kuala Dungun, Dungun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penduduk di sekitar pantai Kuala Pelis semalam gempar seketika apabila melihat rupa seakan ‘puting beliung’ muncul petang semalam.
Fenomena tersebut dikenali sebagai ‘belalai air’ disebabkan peralihan monsun timur laut ke monsun barat daya yang lazimnya berlaku pada Mei.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Perlis, fenomena garis badai (squall line) yang membawa hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah. Lazimnya, corak cuaca akan sering menunjukkan kejadian ribut petir khususnya pada sebelah lewat petang dan malam.
Ia terhasil daripada awan Kumulonimbus (Cb) yang boleh menyebabkan hujan lebat, langkisau, kejadian kepala air, hujan batu dan kejadian belalai air.
Untuk mereka yang sering turun ke laut dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya berlaku fenomena sebegini di pantai. Ia bahaya kepada bot kecil dan lazimnya kejadian ini berlaku ketika musim peralihan monsun.
Sebelum ini tular beberapa rakaman dan foto yang dimuat naik pengguna di media sosial berikutan fenomena belalai air yang berlaku di persisiran pantai Kuala Perlis kira-kira 7 petang itu
Zoo Negara memerlukan lebih banyak sumbangan bahan mentah dalam bentuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan bekalan makanan di taman haiwan itu.
Ia berikutan makanan haiwan berkenaan sebelum ini diperoleh melalui hasil penjualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai. Tetapi hari ini berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan ekoran kekangan kewangan
Makanan utama iaitu daging, sayur dan buah amat diperlukan dengan jumlah yang banyak untuk bekalan makanan haiwan jenis herbivor dan karnivor di zoo ini. Zoo Negara sangat mengalu-alukan sumbangan pihak luar pada ketika ini.
Orang ramai atau pihak luar yang ingin menyalurkan sumbangan berbentuk bahan mentah boleh terus e-mel ke veterinar@zoonegaramalaysia.my atau sumbangan wang tunai melalui https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Anda juga boleh menyalurkan sumbangan dengan cara mengambil haiwan yang ada di sini sebagai haiwan angkat.
Sebelum ini Zoo Negara dikatakan terpaksa menggunakan tabung kecemasannya yang hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja untuk meneruskan operasi. Tabung kecemasan tersebut adalah peruntukan yang telah diwujudkan khusus oleh pihak pengurusan Persatuan Zoologi Malaysia (MSZ) untuk keadaan seperti di luar jangka ini.
Acara paling ‘stres’ untuk dirancang adalah majlis-majlis berkaitan dengan orang yang kita sayang samada sambutan hari lahir keluarga atau majlis perjumpaan bersama kenalan rapat. Rasanya semua orang tahu betapa rumitnya tugas tersebut, terutamanya untuk mencari lokasi dan tempat sesuai tetapi pada harga berpatutan.
Sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan perlaksanaan sesebuah percutian, majlis, atau program tak sah kalau anda tak pening kepala! Sebenarnya tugas ini boleh dipermudahkan jika anda bijak memilih lokasi sesuai.
Nah! Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur adalah lokasi yang dicadangkan. Terletak di Jalan Abdullah, lokasi penginapan ini berada di tengah kota betul-betul di kawasan Kampung Baru. Penginapan bertaraf empat bintang ini pasti memberi kepuasan buat pengunjung terutamanya yang mencari lokasi percutian untuk kapasiti besar atau bilangan tetamu yang ramai.
Nak buat gathering, reunion, sambutan hari jadi atau ‘pit stop’ untuk majlis bertandang kenduri kahwin, di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur mengalu-alukan kunjungan anda.
Bilik Selesa & Moden
Terdapat 276 bilik disediakan buat pengunjung, bermula dari unit kamar Standard Room, Deluxe Room, Junior Suite, Executive Suite hingga suite jenis apartment yang dilengkapi satu, dua dan tiga bilik tidur berserta wifi percuma.
Suite jenis apartment sangat dicadangkan jika anda mencari lokasi penginapan ‘port’ untuk berkumpul beramai-ramai. Di Tamu, keselesaan tetamu adalah keutamaan mereka.
Apartment 1 Bilik
Apartment 2 Bilik
Apartment 3 Bilik
Setiap suite jenis apartment ini dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, kabinet dapur, dapur untuk memasak, peralatan asas kulinari, ruang makan, ruang tamu dan balkoni persendirian.
Tetamu yang menginap di suite jenis apartment akan ditempatkan diaras 28 hingga aras 39. Dari ketinggian ini, ambil kesempatan hirup ‘udara bandar’ di ruang balkoni sambil melihat pemandangan panorama Kuala Lumpur yang indah. Jangan lupa hadirkan secawan kopi panas sebagai pelengkap aktiviti santai anda itu.
Lain-lain kamar mempunyai sudut pemandangan yang menarik dan berlainan dari jendela. Pemandangan dari tingkap bilik nampak seluruh bandar Kuala Lumpur, memang cantik tambahan pemandangan pada waktu malam. Bagi tetamu Muslim, setiap kamar turut dilengkapi dengan kemudahan sejadah.
Kolam Infiniti View Kuala Lumpur
Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur juga menyediakan pelbagai kemudahan lain serta memberi lebih ruang peribadi kepada pengunjung supaya anda sentiasa berasa selesa dan santai sepanjang penginapan. Antara kemudahan yang disediakan seperti pusat kecergasan (gym), bilik mesyuarat, restoran, lounge dan kolam renang infiniti.
Kolam renang infiniti adalah bonus istimewa buat pengunjung menikmati suasana santai dan pada masa sama dapat menyaksikan pemandangan kota raya Kuala Lumpur. Begitu juga dengan ruang kecergasan atau gym, tetamu boleh menggunakan kemudahan ini tidak kira masa mengikut ketahanan diri masing-masing.
Makan Tradisi Menggamit Selera
Untuk pengalaman makan dan minum pula, Suasana@27 menyediakan hidangan enak sepanjang hari dengan pilihan makanan pelbagai. Pengunjung pasti teruja menjamu selera dan berada di ketinggian tingkat 27 menyaksikan pemandangan menarik di sekitar sambil menikmati hidangan pilihan.
Ruang makan peribadi turut disediakan untuk anda yang ingin merancang untuk membuat majlis hari lahir atau reunion di Sky Lounge, terletak di aras 40.
Selain daripada menghidangkan makanan berasaskan buffet, nikmatilah juadah Hidangan Nasi Dulang berkonsepkan makanan Timur Tengah dan juga tempatan. Untuk peminat makanan barat, di Sky Lounge juga menyajikan menu Stik Wagyu dan Angus yang disediakan khas oleh tukang masak berpengalaman.
Untuk majlis besar pula, tersedia pilihan dewan dengan kemudahan teknologi terkini.
Untuk pertanyaan dan tempahan whatsapp 011-63883599 (Pn Mia) atau 016-2266844 (En Shaik)
Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur | 120 Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu 50300, Kuala Lumpur | No Telefon : +603 2603 1999 | Email : enquiry@tamuhotel.com | www.tamuhotel.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!