Aktiviti candat sotong, di perairan Terengganu sentiasa popular, bukan sahaja buat kaki pancing tetapi juga bagi orang awam biasa yang ingin merasai sendiri pengalaman 'menangkap' haiwan laut ini.
Musim mencandat di perairan Terengganu, kebiasaannya bermula dari April hingga Julai. Sejak aktiviti berkenaan dijadikan produk pelancongan, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini sepanjang tempoh musim mencandat sotong dilaporkan meningkat berkali ganda. Sebahagian besar daripada pelancong akan mengambil pakej mencandat sotong biarpun ramai dalam kalangan mereka tidak pernah melakukan aktiviti itu. Mereka tetap berasa teruja meskipun ada di antara mereka tumbang kerana mabuk laut.
Aktiviti candat sotong biasanya bermula, ketika matahari mula terbenam, kira-kira jam 7 malam dan berterusan hingga jam 5 pagi. Aktiviti candat sotong juga sangat ideal dilakukan ketika 'bulan terang'. Suasana di lokasi candat sotong sungguh meriah, kerana terdapat deretan puluhan pelbagai saiz bot pencandat, ada yang bersaiz besar, sederhana dan kecil, masing-masing memasang lampu, seolah-olah satu pesta air sedang berlangsung.
Jika anda bercadang untuk mencuba aktiviti ini, dicadangkan untuk memilih operator yang berlesen dan memiliki kepakaran mengajar anda mencadat sotong. Ini antara port popular mencandat sotong di Terengganu: