Labuan digelar Mutiara Borneo dan menjadi sebuah pusat perdagangan dan kewangan disegani.
Terletak kira-kira 10 kilometer dari pantai Sabah, Labuan diletakkan dalam Wilayah Persekutuan diisytiharkan pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan menjadi pelabuhan bebas cukai sejak 1956.
Labuan mempunyai pelbagai daya tarikan istimewa, dengan panorama pantai yang indah untuk menyaksikan matahari terbenam dan aktiviti rekreasi air, snorkeling dan lawatan ke pulau-pulau.
Kedai Bebas Cukai
Tahu tak Labuan turut menjadi destinasi percutian tumpuan pelancong kerana zon bebas cukainya bebas cukai yang menyediakan pelbagai jenis barangan antaranya coklat, makanan dan tembakau yang dijual murah.
Walaupun coklat banyak dijual di tempat lain, istimewanya produk di kedai bebas cukai itu jarang ditemui di tempat lain. Malah, ada antaranya memang boleh ditemui di situ saja.
(War Cemetery Labuan) Memorial Perang Dunia Kedua
Ads
Memorial Perang Dunia Kedua di Labuan ini adalah yang terbesar di Malaysia dan menjadi saksi kepada persemadian 3,908 askar yang terkorban pada Perang Dunia Kedua.
Ia adalah tempat utama bagi sambutan Hari Peringatan dan upacara tahunan bagi menghormati wira perang, dijalankan dengan penuh tradisi ketenteraan.
Peace Park (Taman Damai)
Merupakan salah satu tempat wajib bagi pengunjung jika datang ke Labuan. Taman Damai yang tenang di Kampung Layang-Layangan ialah simbol keamanan dan harmoni yang diserikan dengan jambatan gaya Jepun, kolam dan landskap menarik. Taman Damai ialah tanda penghormatan bagi mereka yang bertarung nyawa di Borneo ketika Perang Dunia Kedua.
Surrender Point (Tugu Penyerahan Jepun)
Di sebelahnya ialah Tugu Penyerahan Jepun iaitu tempat Angkatan Tentera Jepun ke-37 menyerah kepada Angkatan Tentera Diraja Australia pada 10 September 1945. Penyerahan penuh bersejarah itu menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua di Borneo. Tugu itu dilancarkan semula pada 2011 dan ia didirikan bagi memperingati askar yang berjuang untuk kebebasan Borneo, sekali gus menamatkan perang.
Ads
Muzium Chimney
Ia adalah bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang berusia lebih seabad.
Muzium itu agak unik kerana berdasarkan namanya ramai menganggap ia berfungsi sebagai cerobong asap. Namun, tiada kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam.
Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil & Pulau Kuraman
Pulau Rusukan Besar merupakan salah satu daripada pulau yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Labuan sejak tahun 1994. Terdapat tiga buah pulau yang telah digazetkan oleh kerajaan Labuan iaitu Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman. Ketiga-tiga pulau ini terletak berdekatan antara satu sama lain.
Ads
Memandangkan pulau ini dikategorikan sebagai taman laut, segala aktiviti yang mengancam dan mengganggu gugat kesejahteraan hidupan marin seperti memancing, memukat dan menangkap ikan adalah tidak dibenarkan.Persekitaran yang cantik dengan suasana yang menyegarkan serta air laut membiru serta jernih menjadi antara daya penarik kepada orang ramai untuk datang ke pulau-pulau ini.
Pulau Rusukan Besar juga dikenali sebagai lokasi pemuliharaan penyu sejak 2011, manakala pemulihan batu karang di sini pula bermula sejak 2015. Antara aktiviti yang menjadi perhatian pengunjung ialah berenang, snokerling serta menikmati keindahan panorama yang ada.
Jika di Pulau Kuraman Besar pula, pengunjung juga boleh berjalan mengelilingi pulau yang mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. Selain daripada pelbagai aktiviti, terdapat juga banyak kemudahan yang disediakan buat pengunjung seperti tandas awam, calet, tapak barbeku dan balai informasi pulau.
Pantai Pancur Hitam
Pasti tidak lengkap rasanya jika datang ke Labuan jika tidak menikmati panorama matahari terbenam yang sungguh mempesonakan. Persekitaran Labuan dikelilingi laut menyebabkan kawasan pantai sering menjadi tumpuan pengunjung terutama di hujung minggu untuk menyaksikan fenomena semula jadi itu. Antara pantai terkenal di Labuan ialah Pantai Pancur Hitam.
Pantai Layang-Layang
Pantai Layang-Layangan mempunyai air yang jernih dan pantai yang bersih. Pantai Layang-Layangan turut menjadi tumpuan untuk bergambar kerana di hujung pantai itu terdapat sepohon pokok yang tumbuh di atas batu dan hanya dapat dilihat dengan lebih dekat ketika air surut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Wilayah Satun satu daripada 76 wilayah yang terletak di Selatan Thailand. Wilayah Satun dengan Malaysia tidaklah jauh mana kerana hanya bersempadanan dengan negeri Perlis sahaja.
Ada apa di Satun? Ini ada perkongsian menarik daripada rakyat kita, Nur Aina Zulkifli yang berkesempatan bercuti ke wilayah ini bersama dengan keluarga tercinta. Kalau ada yang teringin nak buat ‘short vacay’ atau ‘weekend getaway’ ke Satun, Thailand, boleh follow trip percutiaan ini.
Hari ini kami berkesempatan untuk menjelajah daerah Satun (oghang utara panggil “Setoii”)
Perjalanan dari hatyai ke satun mengambil masa kira-kira hampir 3 jam untuk melihat bunga matahari bertempat di Khao Tanom, Thung Bu Lang, Thung Wa District. Dengan cuaca yang sangat baik kami menghabiskan masa disini untuk bergambar.
Kemudian kami dibawa untuk makan tengahari di Nava Seafood Pak Bara. Fuhhh..sedap betul makan kat sana ditambah dengan harga yang sangat berpatutan.. Mai satun pi cari kedai tu na hangpa…
Seterusnya kami dibawa ke PakBara View Point untuk sesi fotografi..last but not least kami singgah ke pasar malam (org utara panggil pasar = nat) yang terbesar di Satun nama dia “Nat Duson, Khuan Don” (nat ni buka Sabtu dan Ahad je)
Untuk merasai keenakan laksa siam dengan harga 30baht je..Memang healthy sangat sebab banyak betul ulam-ulaman yang dsediakan dan kuah hijau (lemak) campur kuah pedas. So rasa dia macam makan laksam cuma versi bihun..
Overall kami sangat berpuas hati dengan layanan dari @cikgujoesatun a.ka. Karlisa Travel dan in shaa allah akan repeat Satun untuk pusing pulau depa ( Koh Bulone) one day..In Shaa Allah..
We love Satun! @ Satun City – Thailand
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Untuk merasai pengalaman percutian berada di negara beriklim dingin seperti di luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk ke sana. Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, jom ke destinasi peranginan tanah tinggi yang bertempat di Pahang.
Genting Highland, Pahang
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya.
Peluang Petik Strawberi
Terletak berhampiran dengan Genting Highland, terdapat sebuah taman strawberi di Gohtong Jaya. Pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang. Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi. Selain dapat melihat taman strawberi yang bersaiz sederhana, pengunjung juga boleh memetik sendiri buah yang hendak dibeli.
Cameron Highland, Pahang
Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Terletak di Pahang, ia mendapat nama setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menjumpai kawasan ini pada tahun 1885. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Jangan lupa juga untuk ke Lavendar Garden!
Minum Teh Panas
Tarikan utama Cameron Highland sudah tentulah ladang tehnya. Terdapat dua buah ladang teh yang terkenal untuk dikunjungi, iaitu Ladang Teh Boh dan Ladang Teh Bharat. Bawa keluarga anda memetik sendiri daun teh sambil merakam gambar kenang-kenangan disekitar ladang menghijau itu. Jika ingin menikmati teh panas dan segar singgahlah di Hentian Teh Bharat sambil melihat keindahan panorama ladang teh yang terbentang luas dan cukup menakjubkan.
Bukit Tinggi, Pahang
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran untuk beriadah sekitar bandar mini ini sambil menghirup udara yang nyaman. Bagi yang menginap di sini, bayaran masuk ke sini akan dipulangkan kembali ketika daftar masuk hotel di sini.
Pengalaman Indah
Pengunjung pasti teruja apabila melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke kota seakan berada di Negara Perancis. Bangunan dalam kawasan ini terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga. Berhampiran ini juga terdapat banyak tarikan seperti taman Jepun, kawasan sukan ekstrem dan taman haiwan.
Jangan lupa rakam gambar kenang-kenangan di sini!
Bukit Fraser, Pahang
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda.
Menakjubkan di Bukit Fraser ini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Empangan Tasik Linggiu mula dibina 1988 dan siap pada 1994. Ia adalah empangan Sungai Johor yang terletak berhampiran dengan Linggiu, Felda Linggiu dan lain-lain lokasi berhampiran di Johor, selatan Malaysia. Empangan ini terletak di hulu Sungai Linggiu , iaitu anak Sungai Johor. Sungai Johor secara umumnya mengalir dari arah Utara ke Selatan iaitu dari Gunung Gemuruh mengalir ke Selat Johor sepanjang 122.7 km.
Kawasan tasik ini dikelilingi 4 gunung, 55 bukit dan kawasan hutan simpan. Jumlah kawasan tadahan air ialah 21,600 hektar. Kapasiti kubik simpanan air ialah 763 juta.
Video pemandangan udara Tasik Linggiu
Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang telah tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061.
Perjanjian Air 1961 Empat kawasan yang pernah diuruskan PUB Singapura iaitu Empangan Pontian Kechil, Rumah Pam Tebrau, Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai Skudai, telah dikembalikan kepada Johor berikutan kontrak bekalan air Johor-Singapura selama 50 tahun tamat.
Empangan Pulai & Loji Air Gunung PulaiEmpangan Pontian Kechil
Perjanjian Air 1962
Empangan Tasik Linggiu milik Kerajaan Negeri Johor, dikendali Public Utilities Board of Singapore / Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB)
Singapura menanggung kos pembinaan serta semua kos operasinya . Ini adalah tambahan kepada RM320 juta bayaran pampasan yang dibayar Singapura kepada Johor pada 1990.
Singapura masih terus menguruskan operasi Empangan Linggiu sehingga tahun 2061 kerana Perjanjian Air 1962 sah untuk tempoh 100 tahun.
Mengikut perjanjian, PUB dibenar guna sehingga 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor. Sebagai balasan, Johor menerima air yang sudah dirawat sekitar 5 juta gelen dari jumlah penggunaan air harian Singapura. Rawatan air ini dilakukan di Loji Rawatan Air Sungai Johor juga diuruskan PUB mengikut perjanjian.
Johor kini mengurus 43 dari 44 loji rawatan air.
Kawasan ini difahamkan bukan kawasan pelancongan meskipun ada potensi. Juga dikatakan dilarang masuk, namun ada sahaja gambar mereka yang pernah masuk berkhemah dan memancing di sini. Harap ada penjelasan lanjut.Menara aras empangan. Foto: Chan Cheow Pong
Toman Tasik Linggiu. Konfirm ramai yang nak ke sana Foto: Mohd Khairul SalihanToman Tasik Linggiu lagi. Foto: razlansjourneyAda je masuk berkhemah dalam ni. Siap masuk 4wheel lagi. Foto: FB Forest Life
Lokasi Papan tanda pertama yang menunjukkan lokasi kawasan takungan itu ditemui selepas kira-kira 40km di jalan utama Kota Tinggi-Kluang. Ia terletak berhampiran pekan kecil Tenggara. Dari sana, terdapat jalan ke kawasan skim Felda Linggiu dan di situ kelihatan papan tanda kedua. Kawasan takungan itu terletak 11 kilomter dari jalan masuk ke kawasan Felda tersebut. Terdapat papan tanda melarang orang luar memasuki kawasan takungan tersebut.
Paras air susut semasa kemarau di Tasik Linggiu pada April 19, 2016. Foto: Raj Nadarajan/TODAY
Sumber air Singapura 1-takungan air sendiri 10% 2-air import (dari Johor) 60% 3-NEWater (air kitar semula) 30% 4-Loji tapis garam air laut 25%
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...