7 Taman Tema Air Pilihan ‘Rakyat Marhaen’ Berlibur. Tahap Keseronokkan Sangat Memuaskan!

Share

Taman tema kini bernyawa dan kembali merancakkan semua sektor pelancongan negara yang teruk terjejas ekoran penularan wabak COVID-19.

Inilah waktunya untuk anda dan keluarga bersuka-ria. Walau apa cara percutian sekalipun, jika tidak melibatkan keseronokan bermain air, seperti tidak sempurna. Di negara kita terdapat pelbagai pilihan taman tema berkonsep tersendiri, pilih sahaja mana yang kena dengan bajet anda.

Untuk anda yang mencari lokasi taman tema air bersaiz 'mini' atau tiket yang ditawarkan berbaloi untuk kunjungan keluarga. Ini destinasi yang dicadangkan:

The Carnivall Water Park, Kedah

  • Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 11.00am hingga 6.00pm / Sabtu dan Ahad 10.00am hingga 7.00pm
  • Bayaran:Isnin hingga Jumaat: Dewasa RM20 / Kanak-kanak, OKU, Warga Emas RM18 / Sabtu dan Ahad: Dewasa RM28 / Kanak-kanak, OKU, Warga Emas RM20

Wet World Shah Alam, Selangor

  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Rabu 10.00am hingga 6.00pm
  • Bayaran: Dewasa 130cm dan keatas RM30 / Kanak-kanak 90cm hingga 130cm RM25 / Kanak-kanak bawah 90cm percuma

Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka

  • Waktu Operasi: Selasa hingga Jumaat 11.00am hingga 7.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 9.00am hingga 7.00pm
  • Bayaran: Selasa hingga Jumaat: Dewasa RM37.90 / Kanak-kanak RM30.80 / Warga Emas, OKU RM23.70 / Sabtu dan Ahad: Dewasa RM42.65 / Kanak-kanak RM36.75 / Warga Emas, OKU RM23.70

Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang

  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Rabu: 2.00pm – 7.30pm / Cuti Sekolah, Sabtu & Ahad, Cuti Umum 9.00am hingga 7.30pm
  • Bayaran: Dewasa RM10 / Kanak-kanak 2 hingga 12 Tahun RM8 / OKU, Warga Emas RM5 / Kanak-kanak 1 tahun kebawah percuma

Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor

  • Waktu Operasi: Setiap Hari 8.00am hingga 7.00pm
  • Bayaran: Dewasa 12 Tahun dan Keatas RM25 | Kanak-kanak 2 hingga 11 Tahun RM15

Waterworld @ I-City, Selangor

  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa 11.00am hingga 7.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum 10.00am hingga 7.00pm / Cuti Sekolah 10.00am hingga 7.00pm
  • Bayaran: RM25

Wet World Air Panas Pedas Resort, Negeri Sembilan

  • Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat kecuali Rabu 10.00am hingga 6.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 10.00am – 6.00pm
  • Bayaran: Dewasa 130cm dan keatas RM15 / Kanak-kanak 90cm hingga 130cm RM12 / Kanak-kanak bawah 90cm percuma

image via google

Oleh
Husna