Tugasan hakiki setiap hari tidak akan pernah habis dan berhenti. Kadangkala rutin penting yang saban hari dilakukan seakan bosan dan hilang arah.
Bukan setakat ketika melakukan pekerjaan atau sedang belajar sahaja tumpuan anda telah hilang, malah rutin lain seperti makan, tidur atau berparti. Boleh jadi anda sudah hilang selera makan, waktu tidur makin kurang atau keseronakkan berparti tidak seperti biasa.
Jika ini yang dialami, itu petanda anda memerlukan percutian dengan segera untuk merehatkan badan dan mencari sesuatu yang segar. Apabila anda sudah kembali segar, percayalah otak akan cuba memformat sesuatu yang positif.
Cuba emak ini. Jika ada satu ‘point’ di bawah berkaitan dengan anda, jom segera kemaskan pakaian anda dan segera keluar bercuti dan melancong.
Jangan membiarkan situasi itu berlanjutan kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih bahaya. Rasa penat menyebabkan anda senang untuk terpengaruh melakukan perkara negatif seperti menjadi seorang pemarah.
Kesibukan boleh membuatkan anda lupa menjaga hal yang penting iaitu merawat diri. Mana tidaknya, dengan kesibukan dihadapi, masa dirasakan begitu cepat berlalu sehingga tidak sempat merawat diri. Maka anda akan mula mengambil makanan segera dek kerana kesuntukan masa dan tidak mempedulikan diri sendiri.
Anda merupakan individu yang bersemangat waja dan bekerja keras, tetapi semakin hari anda merasa seakan sukar untuk melakukan apa sahaja walaupun ia perkara mudah. Setiap hari bangun daripada tidur anda sudah mula berasa bosan untuk ke pejabat atau universiti, seakan kanak-kanak kecil ‘mengelat’ untuk ke sekolah.
Ini berbalik kepada point di atas kemungkinan anda sudah terlampau penat. Maka amarah anda sangat mudah untuk meletus. Pantang tersilap sikit habis dimaki. Anak-anak tertumpahkan makanan, habis dimarah dengan begitu keras sekali. Ok, tenangkan diri sendiri seketika dan pergilah bercuti caj kembali aura positif.
Yang ini susah nak cakap juga. Ada sesetengah individu terkejut dan merasakan seakan duit terlampau banyak dan tidak terusik di dalam akaun bank. Selalu setiap bulan tak pernah pula cukup. Pelik! Boleh jadi itu menandakan anda terlampau sibuk sehingga terlupa untuk menjaga diri sendiri. Dah ada banyak duit kan? Ajaklah kawan-kawan pergi melancong, kalau baik hati boleh belanja mereka sekali alang-alang duit anda tengah banyak.
Semua yang terjadi sudah tertulis. Setiap manusia memang dikurniakan perasaan sedih, namun jangan lama-lama ya. Ubat terbaik untuk tenangkan diri anda pastinya dengan bercuti atau melancong.
Percayalah, pulang daripada bercuti nanti, anda pastinya lebih bahagia dan tenang.
image via pexels.com