![Untitled design (5)](https://cdn.libur.com.my/libur/ea043427284ec2143d3e68487803ee4a/Untitled-design-5-696x522.jpg)
Hasil carian pantas di Google berjaya menemukan tujuh pocket wifi yang anda boleh gunakan sekiranya ingin kekal dalam talian semasa travel ke luar negara.
Dengan adanya pocket wifi ini, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk mencari wifi hotspot di hotel atau tempat tumpuan awam ketika berada di luar negara.
Pocket wifi ini penting terutamanya kepada mereka yang keluar negara atas urusan kerja. Harga untuk menyewa pocket wifi ini berbeza mengikut negara yang ingin dilawati dan tempoh berapa hari sewaan.
Jadi di sini adalah senarai kesemua tujuh syarikat yang menawarkan pakej pocket wifi yang anda boleh dapati di KLIA atau KLIA2.
1. Travel Recommends2. Visiondata
3. WiFibaby
4. Roaming Man
6. Wiyo
7. Samurai WiFi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guideline Yang Boleh Dijadikan Panduan Dalam Pemilihan Kasut Travel Pertama Anda
![](https://cdn.libur.com.my/2019/07/untitled-design-16_10_090855.jpg)
Isi Kandungan
ToggleRamai selalu buat silap dalam pemilihan kasut, lebih-lebih lagi kasut yang nak digunakan untuk travel. Banyak kes kaki lenguh, melecet malah tercabut kuku kaki pernah berlaku.
Ini semua gara-gara kasut yang tak sesuai dengan kaki kita. So, Libur nak kongsi tips pemilihan kasut apa yang sesuai untuk keluar travel.
Kasut atau sandal?
Kasut atau sandal ini subjektif ikut keselesaan pemakai dan jenis aktiviti yang nak dilakukan. Kalau tanya pendapat Libur, Libur cadangkan kasut.
Sebab kasut lebih selamat berbanding sandal. Sandal ni, kadangkala benda asing boleh terselit masuk ke celah tapak kaki.
Saiz kasut
Saiz kasut ni punca utama kasut ‘makan’ tuan. Sebelum beli kasut, periksa dulu saiz kaki dan jenis kaki kita.
Jenis kaki ini yang selalu orang fail. Dia tak tahu sama ada kakinya lebar atau panjang.
Punca kasut ‘makan’ tuan terjadi bila orang berkaki lebar pakai kasut orang berkaki panjang. So, kasut itu ketat di bahagian hujung jari kaki.
Bila berjalan, kasut akan squeeze jari kaki. Itu yang buat kuku kaki tercabut.
Ada pelbagai jenis saiz dan lebar kasut. Pasaran negara kita selalu mengikut rujukan daripada USA dengan menggunakan jenis A, B, C, D, E, EE, EEE atau EEEE.
Tapi orang asia macam rakyat Malaysia ni selalu jenis A atau B je. A ni untuk kasut yang memanjang manakala B untuk kasut yang jenis melebar.
Kaki gedabak besar gajah macam Libur ni pilih jenis B jela.
Material kasut
Ada bermacam material kasut yang dijual di pasaran. Ada kulit, getah, kanvas, suede, dan mesh. Material mesh ni sama macam kasut sukan atau jogging yang biasa kita tengok. Libur cadangkan pilih daripada jenis ini sebab kasutnya lebih ringan, lebih selesa malah lebih senang dicuci.
Kusyen kasut
Pilihan kasut yang berkusyen mampu memberi keselesaan yang lebih selesa. Jangan buat main bab keselesaan ni sebab kita nak berjalan jauh. Pastikan kaki dalam keadaan selesa sepanjang trip. Kalau pilih yang kurang berkusyen ni takut belakang buku lali cepat melecet.
Tapak dalam kasut pilih yang lembut. Ada pengeluar cipta teknologi kasut ikut bentuk tapak kaki kita. Seolah-olah ada gel di tapak kasut dan memberi rasa selesa yang baik untuk pemakai.
Berat kasut
Jangan pilih kasut yang berat. Nanti kaki cepat lenguh dan kita mudah penat. Nanti mula nak cari kerusi je.
Tahan lasak
Nak travel, kasut kena tahan lasak. Kalau sekali dua pakai dah tercabut macam mana nak pakai pergi travel kan? Kebiasaannya, kasut-kasut hiking tahan lasak. Nak pakai berjalan dalam bandar pun nampak kemas. Tapi harga, kena standby duit lebih sikit. Libur pernah beli satu jenama kasut hiking, daripada tahun 2012 sampai tahun 2018, baru tercabut tapak kasut. Enam tahun oh Libur lanyak!
Kalis air
Perlu ke kasut kalis air atau GORE-TEX? Libur rasa, ikut bajet poket masing-masing. Sebabnya, kasut GORE-TEX ni mahal sikit berbanding biasa. Libur selalu beli kasut, tak nak yang kalis air atau GORE-TEX sebab dia cepat berbau.
Tapak luar kasut
Cuba dapatkan tapak luar kasut tebal berbanding nipis. Tapak tebal ni lambat haus dan memberi cengkaman yang lebih kuat. Bunga tapak luar kasut itu cuba dapatkan bentuk yang boleh menolak air keluar supaya di kawasan berlopak pun kasut mampu mencengkam dengan baik.
Ini antara beberapa tips yang Libur rasa boleh kongsikan dengan semua. Kalau pembaca ada pendapat yang lain, kongsikan di facebook Majalah Libur. Nanti kita sama-sama kongsikan pendapat.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fenix 5S: Jam Untuk Wanita Stylo & Aktif
![](https://cdn.libur.com.my/libur/Cover-insta-artivle_fenix.png)
Bagi wanita yang stylo dan aktif, Garmin Fenix 5s kini hadir dengan 3 varian warna; Rose Goldtone, Frost Blue dan Pink Meringue. Tali jam boleh ditukar ikut warna kegemaran anda.
Antara ciri hebat Fenix 5s ialah heart-rate monitor di pergelangan tangan dan bagi mereka yang aktif dalam sukan larian, hiking, berenang, berbasikal atau golf. Mod catatan rekod harian maka sesuai dipakai setiap hari secara santai atau mod sukan. Model ini juga datang dengan permukaan kaca kalis calar; Sapphire.
Fenis 5s kalis air sehingga 100m dalam. Hadir dengan navigasi terbina dalam dengan ciri 3-axis kompas, gyroscope, dan barometric altimeter. Ditambah pula dengan sokongan GLONASS bagi pengesanan lebih baik di kawasan lebih mencabar seperti gunung atau hutan tebal.
fēnix 5S mampu bertahan hingga 9 hari dalam mod smartwatch, 12 hari mod GPS, dan 28 jam dalam mod UltraTrac™ dengan heart rate monitor dibuka.
Harga Frost Blue dan Pink Meringue RM3,149.00 manakala RM3,499.00 bagi Rose Goldtone.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Info & Tip Pelancongan: Penggunaan Dron Di Jepun Diperketatkan Syaratnya
![](https://cdn.libur.com.my/2019/06/dronn-14_42_083660.jpg)
Penggunaan dron masa kini seakan menjadi satu trend bagi pelancong terutama mereka yang mahir dalam penggunaan gajet dan fotografi dalam siri pengembaraan yang dipilih. Ia satu khabar yang baik dalam industri pelancongan dan fotografi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Cuma, sejak akhir-akhir ini, sering kedengaran kisah yang membabitkan penyalahgunaannya sama ada membabitkan kes di dalam dan luar negara. Penggunaan dron secara meluas telah banyak mendatangkan ancaman, pengintipan dan juga mampu membunuh. Di Malaysia sendiri ada akta yang diperuntukan untuk salah laku penggunaan dron.
Undang-Undang Penggunaan Dron Di Malaysia
- Penggunaan dron termaktub bawah Civil Aviation Regulation 2016 (CAR 2016) atau Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 bawah Kaedah 140 hingga 144.
- Bagi pengendali dron yang melanggar undang-undang, hukuman bawah Peraturan 206 (3)(a) atau 206 (3)(b) CAR 2016 boleh dikenakan iaitu individu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
- Syarikat yang didapati bersalah pula boleh didenda tidak lebih RM100,000.
- Bagi dron yang digunakan untuk mengambil gambar atau merakam video, ia tertakluk Akta.
- Rahsia Rasmi 1972 bawah Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 iaitu Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat.
- Pengendali dron yang ingin menjalankan kerja mengambil gambar atau video dan kerja ukur perlulah memohon permit bagi menjalankan aktiviti.
- Sekiranya pengendali dron melakukan kesalahan dengan mengambil gambar di kawasan larangan dan sensitif tanpa permit, pengendali boleh disabitkan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 bawah Seksyen 4 iaitu larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu kawasan larangan yang membolehkan hukuman iaitu dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun.
- Pengguna yang menerbangkan dron di kawasan sensitif yang digazetkan, mereka boleh didakwa bawah Seksyen 7 iaitu larangan membawa perkakasan fotografi yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Jepun Perketat Syarat Baru Penggunaan Dron
Di Jepun pula, indidividu yang mengendalikan dron tidak kira warganegara atau pelancong luar, anda perlu mengikut peraturan baru yang diperkenalkan. Undang-undang pengendalian dron telah diperketatkan hingga melaksanakan hukuman penjara buat pesalah. Dewan Rakyat meluluskan undang-undang baru itu, susulan siri kemalangan membabitkan peranti terbang berkenaan meningkat.
Jepun juga berdepan isu berkait penerbangan dron oleh pelancong di kawasan sesak atau tumpuan pelancong asing seperti Kyoto. Ia boleh membahayakan keselamatan.
Pada tahun 2017 di Jepun, sebuah dron bersaiz industri diterbangkan pada satu festival robot di bandar Ogaki di tengah Jepun dan sepatutnya menjatuhkan gula-gula kepada kanak-kanak kecil. Bagaimanapun, peranti yang dikendalikan oleh individu berkelayakan mencederakan enam orang selepas terjatuh ke tanah dari ketinggian 10 meter.
Antara undang-undangnya:
- Tindakan menerbangkan dron seberat 200 gram dalam keadaan mabuk boleh menyaksikan pesalah didenda sehingga 300,000 yen (RM11,520).
- Tindakan melakukan aksi berbahaya menggunakan dron seperti membuatkannya menjunam pada sudut berbahaya juga boleh menyebabkan seseorang itu didenda sehingga 500,000 yen (RM19,200).
- Jepun meluluskan beberapa undang-undang untuk mengharamkan penerbangan dron di lokasi Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan fasiliti Tentera Amerika Syarikat selain melarang penggunaan peranti kawalan jauh itu di Pejabat Perdana Menteri dan istana.
Sumber: Japancheapo
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI