Tengah musim panas sekarang ni di Malaysia, paling seronok dapat berjalan tempat sejuk.
Cewah! Musim panas kau.. Bukan musim panas tau, Malaysia sekarang tengah mengalami perubahan monsun. Oleh itu, cuaca sekeliling agak kering dan bahang daripada kebiasaan. Cuaca panas macam sekarang ni ada baiknya kalau kita pergi bercuti ke kawasan tanah tinggi. Ada juga terasa sejuknya berbanding di kawasan tanah rendah kan?
Kawasan tanah tinggi ni disukai ramai orang bukan sekadar suhu atau cuacanya yang sejuk dan nyaman, tapi produk pelancongan yang ada di sana turut menjadi kegilaan pelancong seperti sayur-sayuran tanah tinggi yang segar, pokok bunganya yang mengembang mekar seperti bunga kaktus atau bunga orkid, sentiasa menjadi kegilaan kaum hawa.
Cameron Highland
Tidak perlu diperkenalkan, Little England Malaysia ini adalah pusat peranginan tanah tinggi terbesar dan paling popular di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 27 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah.
Ads
Genting Highland
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya. Jika anda berada berhampiran destinasi ini tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang. Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi di Ladang Strawberi Gohtong Jaya
Bukit Tinggi
Tiga tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale yang dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis, Japanese Tea House & Botanical Garden dan Animal Park. Pengunjung pasti teruja apabila melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke kota seakan berada di Negara Perancis. Bangunan dalam kawasan ini terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga. Berhampiran ini juga terdapat banyak tarikan seperti taman Jepun, kawasan sukan ekstrem dan taman haiwan.
Ads
Bukit Fraser
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda. Di sini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.
Bukit Larut
Terletak di Taiping, Perak lokasi ini juga dikenali sebagai Bukit Maxwell, bersempena nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, William Edward Maxwell. Untuk yang meminati aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle tracking di sini sambil menikmati kehijauan alam. Ambil peluang untuk bersiar-siar sambil melihat pemandangan indah bandar Taiping hingga ke laut Selat Melaka dari ketinggian 1250 meter dari paras laut. Pemandangan di waktu malam dari atas Bukit Larut tidak sama dengan pemandangan di waktu siang. Pada waktu malam cahaya lampu rumah, kilang, jalan raya dan kedai menerangi bandar Taiping. Jika di waktu siang suhunya di antara 15 hingga 25 darjah celsius berbeza pula di waktu malam, kedinginan semakin terasa dan suhunya boleh mencecah sehingga 10 darjah celsius ditambah pula dengan fenomena hujan bukit yang hampir setiap hari berlaku.
Ads
Bukit Bendera
Satu lagi destinasi percutian yang mempunyai panorama menarik terdapat di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Bukit Bendera terletak di seberang pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera. Dari puncak Bukit Bendera, anda akan dapat melihat seluruh negeri ini serta bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar. Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Terbaru, tular di media sosial sebuah kafe unik buat penggemar kopi di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke kafe ini. Kewujudan Kopi Hutan sangat menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang 'perfect' untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh.
Gunung Jerai
Mempunyai keistimewaan suhu sejuk, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Gunung tertinggi di Kedah ini juga menyediakan kemudahan penginapan dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
Jom cuti-cuti Malaysia
image via Google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau turut dikenali sebagai Anjung Spotter kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di lapangan terbang itu.
Manakan tidak, Anjung Spotter ini terletak bersebelahan dengan Runway 32L, bermakna ianya betul-betul bersebelahan dengan landasan tempat turun naik pesawat. Bawa satu kamera DSLR dengan lens 70-200mm, nah anda jadi ‘sniper’ di atas Anjung Spotter ini merakam gambar-gambar terbaik kapal terbang yang berlepas dan mendarat di landasan tersebut.
Libur rasa, lokasi ini amat bersesuaian untuk orang yang ingin belajar teknik panning dalam fotografi. Selama ni kalau nak belajar, kita hanya menggunakan subjek seperti motorsikal, kereta, bas atau lori di atas jalan raya sahaja kan? Okay, kali ini kita tukar subjek, kita gunakan kapal terbang pula untuk praktis panning. Macam mana? Menarikkan idea kalau nak datang ke Anjung Spotter ni?
Sekiranya anda ingin datang ke sini, jangan main terjah sahaja tau. Untuk nigh photograpy, adalah tidak digalakkan kerana Anjung Spotter ini hanya dibuka dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja. Ini bermakna, waktu golden hour pada sebelah pagi dan petang adalah waktu yang sangat bersesuai untuk anda datang merakam gambar-gambar pesawat.
Kenapa waktu golden hour pada waktu pagi dan petang adalah waktu yang Libur cadangkan terbaik untuk anda? Sebab pada kedua-dua waktu ni adalah waktu di mana nature light adalah sangat baik, berwarna kuning keemasan dan ianya akan menjadi satu lighting yang cantik untuk gambar anda.
Untuk anda datang ke Anjung Spotter ni, anda boleh menggunakan aplikasi Google Maps – cari sahaja Anjung Spotter KLIA dan anda akan dibawa terus ke lokasi yang terletak di Jalan Pekeliling, KLIA. Anjung Spotter berkapasiti 40 pengunjung siap menanti anda di sana!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampanya geng jiran sebelah sudah boleh travel dekat-dekat walaupun hanya belayar di atas kapal.
Perkongsian wanita ini Mira Liyana yang berasal dari Malaysia tetapi bekerja di sana memberitahu pengalaman menaiki cruise di Singapura selepas hampir dua tahun tidak pergi ke mana-mana.
Menurutnya kes tempatan Covid-19 di sana tidak begitu tinggi menyebabkan keraajaan melonggarkan untuk pergi bercuti.
Tips & trick naik cruise dengan budget bawah 1k (SGD 296 ~ RM888)
– Dream Cruise Singapore 30/6 – 2/7 (3hari 2 malam) – Cruise to nowhere. Absolutely nowhere. Pusing2 Singapore lalu Indonesia & Malaysia je. – Beli pakej dengan agent Liezel C. Balatbat yang sangat friendly & sabar melayan macam2 soalan. Highly recommended plus murah compared to Klook. Siap bagi diskaun lagi. – Total all in $296 including gratuity, antigen test & port tax. (Gratuity paid onboard) – Price depends hari apa. Ni yang termurah sebab hari rabu – jumaat. If weekend or public holiday lagi mahal. Capacity of the cruise is capped at 50% due to covid. So okay la tak ramai sangat.
Perjalanan:
– Departure from Marina Bay Cruise Center (mrt terdekat ialah Marina South Pier). 9mlm baru kapal gerak. – Check in luggage dibuka dari 10pagi hingga 12 tengahari. Taknak check in pun takpe. Passport jangan lupa bawak. – Antigen rapid test is mandatory. You will be denied boarding if tested positive. Timing is 12.30 but please be there 10 to 20 mins early. Result will be out around 30minutes.
Kemudahan disediakan:
– Food is decent but nothing to shout about. Ada international, malay, india, western & banyak pilihan. Snacks 24hr. Once onboard you can take your snacks. Dinner available from 6pm. – Only 3 restaurants yang free tapi cuma 1 yang halal which is The Lido restaurant. No buffet. Crew yang akan serve food due to covid. – Download Dream Cruise apps before boarding. Situ boleh tengok schedule & booking performance show. Kena cepat sebab capacity limited due to covid control. – Wifi is available tapi cuma untuk connect dengan Dream Cruise apps sahaja. Ada pakej wifi disediakan untuk whatsapp & social media. It’s quite expensive and not worth it. – Once onboard, the first thing yang kena buat book pool & jacuzzi sebab cepat full. Book jacuzzi kat deck 17 untuk view cantik menghadap laut. – Upgrade to palace suite by topping up $700 plus for 2 pax. Sesuai untuk yg nak honeymoon. Ada private jacuzzi, pool & personal butler siap. And you can enjoy unlimited food meals at all restaurants. – Free entertainment like jacuzzi/pool, cinema by the sea, water slides & sports – ping pong, wall climbing, rope course, mini golf. Barely paid for anything else except spa, dreamboy show, virtual game etc. Sila bawak sport shoes untuk sport activities.
Perlu Dibuat:
– Super strict social distancing ambassador. Baru keluar pool seinci dah jerit suruh pakai mask -Check in & check out pun smooth. Just wait in your room nanti they announce when is your turn to disembark. Crew pun akan ketuk pintu panggil. Very well organised.
Keseluruhan:
– Overall it’s a good experience but would be more fun if takde covid sebab this time tak semua bukak. Okay lah since we can’t travel yet kan. – Honestly,3d2n memang tak cukup untuk explore habis semua. Check in around 3pm then 3rd day tu dah kena disembark early morning so not counted la. – Definitely worth the price, but maybe next time kena try Royal Carribean pulak . Cepatlah habis covid ni
Salah satu keseronokan apabila pergi bercuti adalah apabila dapat merakamkan gambar kenangan di mana-mana destinasi menarik.
Walau bagaimanapun ada kalanya agak sukar mencari port betul-betul cantik dan menarik untuk berOOTD.
Namun jika anda seorang kaki OOTD jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Marina Island yang terletak di Lumut, Perak.
Berbeza dengan kebanyakan tempat lain, Marina Island menyediakan port menarik dan cantik untuk mereka yang gemar berOOTD iaitu di InstaLoka Marina Island.
InstaLoka di Marina Island sebagai salah satu destinasi baru untuk pelancong dari seluruh Malaysia yang ingin berswafoto di tepi laut yang cantik pasti dapat memenuhi keperluan media sosial yang berbeza.
InstaLoka ini menampilkan karya-karya seni dalam empat tema yang berbeza dengan pelbagai pemasangan berwarna-warni dan seni mural 2D dan 3D yang direka khas oleh artis tempatan yang berbakat.
Empat tema tersebut termasuklah Pemerkasaan Positif dalam Seni Kreatif Moden (Positive Empowerment in Modern Creative Art) , Kebebasan daripada COVID-19 (Freedom From COVID-19), Budaya Malaysia yang Berdiversiti (Colourful Malaysian Culture) dan Kehidupan Ceria (Vibrant Life).
Antara daya tarikan / hotspot lain yang boleh diterokai; Puncak Wibawa, Sakura Garden, Let’s Kahwin, Pishang arr!, The Dreamy Frame dan Hit The Road.
Penggemar OOTD, kaki fotografi dan videografi pasti dapat menikmati spot OOTD di sekitar Kompleks Jeti Marina Island yang berlatarbelakangkan panorama laut dan langit biru.
Lokasi strategik terletak hanya 10 minit dari Pulau Pangkor Bebas Cukai dengan menaiki Feri dan kurang daripada 5 minit dari bandar Lumut.
InstaLoka ini tentunya adalah tempat yang ideal untuk sesiapa yang ingin beristirahat dari kesibukan bandar dan teroka sesuatu yang unik di Marina Island.
Lebih menarik, pengunjung boleh bergambar di InstaLoka secara percuma dan sepanjang masa.
Selain itu pelbagai aktiviti menarik dan peraduan hadiah sempena pelancaran InstaLoka turut menanti pengunjung yang dijangka akan tiba waktu cuti sekolah bulan Disember ini antaranya cabaran Selfie/Welfie Instaloka @ Marina Island Pangkor!
Mencari dan bergambar dengan 26 Spot Instaloka di Marina Island pada bila-bila masa bermula 21hb hingga 31hb Disember 2021. Daftar Hari Ini! bit.ly/hunt4instaloka atau Imbas Kod QR untuk mendaftar.
Bagi mereka yang berminat untuk ke sini boleh layari www.marinaisland.com/experience/instaloka untuk maklumat lanjut atau cari saja Marina Island di medium sosial lain.