Bagi sesetengah wanita, tempoh kehamilan adalah proses yang amat sukar. Perubahan hormon yang berlaku pada tubuh menyebabkan mereka merasakan 1001 rasa yang tidak pernah dialami sebelum ini. Oleh sebab itu, sokongan suami amat penting kepada isteri dalam membantunya menghadapi semua ini.
Selain itu, orang selalu cakap, lepas bayi lahir nanti masing-masing tak cukup tidur, sibuk mengurus si kecil, dan masa menjadi sangat terhad. Hal ini sememangnya benar kerana kelahiran bayi bakal mengubah jadual seharian anda.
Maka, inilah masanya untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama sebelum memikul peranan sebagai ibu bapa. Dengan merancang ‘babymoon’, ia juga menjadi tanda keprihatinan anda terhadap isteri.
- Colmar Tropical Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang
Jika si ibu hamil mengimpikan pengalaman seperti berada di perkampungan Eropah, rasanya boleh terus ke Bukit Tinggi yang tidak jauh dari Bentong, Pahang. Menginap di Colmar Tropicale Berjaya Hills semestinya bagaikan berada di luar negara tanpa perlu menaiki pesawat berjam-jam lamanya. Reka bentuk bangunan hotel berkenaan unik persis perkampungan Perancis. Sesuai dengan ‘mood’ atas bukit yang berkabus dan sedikit dingin, kurang lengkap rasanya jika tidak mencuba kopi dan roti di sebuah kafe di sini iaitu La Boulangerie.
- Pulau Kapas, Terengganu
Jika terasa ingin membawa si mak buyung ke pulau yang cantik tetapi risau faktor perjalanan yang jauh menaiki bot, anda boleh memilih untuk ke Pulau Kapas sahaja. Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang.
Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat. Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa wanita hamil, warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
- Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan
Teringin berendam dalam kolam renang, tetapi risau akan ‘penampakan’ perut yang membulat? Anda boleh meilih untuk bercuti ke rangkaian Hotel Lexis di Port Dickson, sama ada Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Hibiscus Port Dickson
Grand Lexis Port Dickson – Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
Lexis Hibiscus Port Dickson -Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka.
Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
- Pangkor Laut Resort, Perak
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort indah ini pengunjung perlu menaiki bot laju persendirian yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Makan, anda tidak perlu berebut-rebut untuk menaiki feri biasa untuk ke Pulau Pangkor bersama pengunjung lain. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin babymoon bersama dengan yang tersayang, lagi menarik kalau hadiahkan sekali pakej urutan dan spa yang disediakan di sini. Namun jangan lupa beritahu tukang urut si isteri sedang hamil ya, mungkin ada teknik khas yang lebih sesuai untuk urutan ibu hamil.
- Pondok-Pondok Melaka
Bagi yang suka pada keindahan alam semulajadi, Pondok Pondok adalah penginapan yang sesuai untuk anda dan pasangan. Terletak di Ayer Molek, Melaka, penginapan di Pondok Pondok ini terdiri daripada 5 buah rumah kecil dengan loteng. Memang menarik persekitarannya sebab terasa dekat sangat dengan nature. Dikelilingi pokok-pokok, macam main tree house tu! Harga bermula dari serendam rm180 untuk semalam.
- Villa Embun, Janda Baik Pahang
Villa Embun, Janda Baik di Bentong Pahang sering menjadi destinasi pilihan percutian jangka pendek hujung minggu. Tarikan alam semula jadi menjadikan ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota. Selain itu lokasi Janda Baik juga tidak terlalu jauh, hanya terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari ibu negara menggunakan susur keluar Genting Sempah.
Villa Embun menampilkan reka bentuk ala Bali. Untuk ke vila ini , pengunjung dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri hingga ke kawasan khas sebelum dibawa ke kawasan vila di puncak bukit menggunakan kenderaan buggy. Selain memudahkan pengunjung ke vila, cara itu adalah antara polisi Embun untuk mengelak gangguan bunyi, pencemaran asap, kesesakan trafik serta menjaga privasi pengunjung.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI