Lupakan pulau mahupun pantai yang menjanjikan anda pasir putih dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Lokasi-lokasi seperti itu sudah terlalu biasa. Jadi buat anda yang tercari-cari lokasi lain dari yang lain, Libur mengajak anda menikmati suasana baru yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan dan membuatkan kita berkata ‘ada berani?’
Yunessun Spa Resort, Jepun
Bersedialah untuk basah dan ‘gila-gila’ di taman air Yunessun Spa Resort ini. Menariknya, basah yang dialami bukan sekadar mandi biasa tetapi anda boleh mandi bersama air minuman kegemaran. Ya, air minuman. Anda boleh mandi dengan air teh hijau, kopi, anggur atau apa saja. Apabila berada di sana, ingatkan pada bukan ‘dont drink and drive’ tapi ‘please drink and dive!”
Bubblegum Alley, California
Meskipun sejarah dinding ini tidak diketahui, namun gula-gula getah tersebut mula ada sejak tahun 70an. Ramai penduduk mahu pihak berkuasa membersihkan dinding tersebut kerana memberi bau yang kurang selesa dan kelihatan kotor. Namun pelancong seluruh dunia tetap tertarik akan dinding yang melekit dan berwarna-warni gula getah ini. Jadi tunggu apa lagi? Kita juga berpeluang menampal gula-gula getah di dinding sepanjang 21 meter ini.
Ads
Inveraray Jail, Scotland
Mahu meluangkan masa di penjara tanpa melakukan kesalahan? Inilah tempatnya. Dengan bantuan pakaian berkarakter, anda boleh merasai sendiri realiti kehidupan banduan di dalam penjara. Anda juga berpeluang melihat peralatan-peralatan dan teknik-teknik yang pernah digunakan oleh pengawal dan banduan ketika itu.
Isla de Las Munecas, Mexico
Ads
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Las Munecas atau lebih dikenali sebagai pulau yang penuh dengan patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. Menurut cerita 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Terganggu dengan tragedi ini, mereka mula menggantung patung-patung kononnya untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.
Karni Mata Temple, India
Mana-mana tempat seluruh dunia sekalipun, tikus dianggap binatang yang kotor dan boleh mendatangkan penyakit. Tetapi tidak di India. Jika anda mempunyai tahap keyakinan tinggi dan mahu ‘bermanja’ dengan tikus, lokasi ini mungkin boleh memberi pengalaman berharga. Jangan terkejut kerana hampir 200,000 tikus hidup jinak, dipelihara, dihormati dan dianggap suci di sini.
Ads
Battle of The Orange, Italy
Tidak mungkin anda berani lakukan pertarungan makanan di negara sendiri melainkan di Italy. Jika selama ini anda merasakan membaling buah oren terhadap orang yang tidak dikenali adalah menyeronokkan, tempahlah tiket setiap hujung bulan Februari ke Carnevale. Inilah masanya anda bermandi dengan kesegaran sitrus!
Bran Castle, Romania
Populariti filem ‘Vampire Diaries’ dan ‘Twilight,’ menjadikan destinasi vampire sangat popular terutamanya tatkala sambutan Halloween. Castle Bran di Romania, atau dikenali sebagai ‘Castle Dracula’ adalah istana Eropah kuno yang telah dibina sekian lamanya. Menurut laman web Muzium Istana Bran, Dracula merupakan hasil gabungan daripada legenda dan sejarah pemerintahan ‘Vlad the Impaler’s’ bersama watak fiksyen Bram Stoker iaitu Dracula pada tahun 1897. Kisah sebenar di antara legenda Dracula dan Vlad masih tidak jelas, tetapi pelancong dan penduduk tempatan terus menghidupkan cerita itu sehingga kini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila cari port nak bercuti tentulah yang selamat dan sesuai untuk bawa anak-anak terutamanya yang masih kecil. Lagi seronok dan best bila lokasi yang menjadi pilihan juga mempunyai persekitaran dan suasana yang cukup indah.
Lata Air Deru yang terletak di Besut, Terengganu antara pilihan destinasi nak bercuti bersama keluarga. Airnya yang jernih dan ada tempat yang cetek untuk anak-anak bermain memang sesuai untuk berkelah.
Kalau rasa nak spend masa lebih sedikit boleh juga bermalam di sini. Kalau nak rasa adventure boleh memilih untuk tidur di dalam khemah dan kalau tiada kelengkapan, anda boleh menyewa chalet yang ada di sini.
Perkongsian daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Daten Gweng tentang air terjun ini cukup mengujakan. Melihat perkongsian gambar-gambar sahaja sudah buatkan hati tak sabar nak sampai sendiri ke sini. Cantik dan menarik untuk diteroka.
Lata Air Deru, Besut Tempat healing seisi keluarga
Ada tempat kita pergi berkali kali pun tak pernah jemu..
Dalam perjalanan balik rumah pun kita masih teringat keindahan dan tenangnya tempat itu..
Inilah tempatnya Lata Air Deru ,Besut.
Ni baru betul betul…Tenang..ribut jiwa
Ada pilihan untuk berkhemah atau sewa chalet.
Kami pilih berkhemah.Khemah sendiri rm15 sorang.
Ada 2 pengkalan untuk berkhemah atau berkelah mandi manda-Pengkalan Suri dan pengkalan dua.
untuk kanak kanak mandi -Pengkalan suri -air cetek dan kawasan landai
Tandas bersih
coverage telefon ada.
plugpoint -ada boleh sewa .
Tips:
Untuk keluarga dan ada anak kecil lebih sesuai berkelah dan berkhemah di Pengkalan Suri. Meriah dan banyak lampu.
Air cetek untuk kanak kanak
Yang penting elakkan nak healing healing pacak khemah hari jumaat kerana hari jumaat adalah HARI KELUARGA RAKYAT TEGANUNG…bermakna..penuhhhhh orang berkhelah bersama keluarga di mana saja..bukan sekadar di tepi sungai,di tepi tepi pantai pun penuh orang hampar tikar bawak bekal.
Ramai rakyat Malaysia sebenarnya teringin untuk bercuti ke negara kuasa utama dunia iaitu Amerika Syarikat (USA). Namun, impian tersebut sedikit terbantut kerana untuk memohon visa ke negara tersebut dikatakan agak susah.
Duta Amerika Syarikat di Malaysia banyak kali sudah mengeluarkan kenyataan, bahawa untuk rakyat Malaysia memohon visa ke USA tidak begitu sukar. Tidak perlu mendengar kata-kata yang diprovok oleh sesetengah pihak.
Ini ada perkongsian daripada rakyat Malaysia, Ayu Hasman di laman sosialnya tentang 4 langkah mudah untuk memohon visa USA.
1. Masuk ke website http://www.ustraveldocs.com/my. Korang kena tahu jenis visa yang korang nak apply. Kalau untuk bercuti, korang perlu apply " B2-tourist / Non Immigrant". Click option nonimmigrant.
Harga visa B1/B2 adalah $160. Lebih kurang RM700. Visa sah sehingga 10 tahun.
2. Buat pembayaran untuk visa. Ada 2 cara untuk buat pembayaran visa
a) Cash deposit di Ambank
b) pembayaran melalui jompay
Untuk pembayaran cara (a), korang kena download US Visa Application Slip Deposit di website. Pilih AmBank Deposit Slip – $160 MRV Fee"
Deposit slip ni valid untuk 5 hari je. So lepas download, cepat-cepat lah korang pergi buat payment di Ambank.
Setiap deposit slip, ada receipt number yang berbeza. So masa nak buat pembayaran di ambank, jangan lupa bawa deposit slip ni.
Lepas bayar, korang akan dapat resit pembayaran. Make sure Bill A/C number di resit pembayaran sama dengan "AmBank Deposit Slip-Receipts Number"
Untuk cara pembayaran cara (b), korang boleh buat secara online. Nanti hanya perlu masukkan reference number “Ref-1”. Pembayaran yang dilakukan selepas jam 4:30pm atau pun pada hari sabtu, ahad atau public holiday akan diproses pada the next business day.
3. Isi Online Application Form DS 160 – jawab semua soalan dengan jujur. Di bahagian akhir form, korang boleh set date untuk interview. Antara soalan yang korang perlu jawab:
a) personal details , address, phone, passport info
b) Travel info : purposes of the trip to US, date arrival, length of stay in US
c) Family info : Father & Mother’s name & date of birth
d) Work/Education/Training info : Name of your employer, monthly salary, address, occupation, description of your occupation.
f) Security & Background info : mostly asking on your health condition. *Untuk gambar visa, saiz gambar mestilah bersaiz 2” x 2” (background putih). Softcopy gambar passport kena upload di Online Application Form DS 160.
Tips untuk wanita yang bertudung:
Pakai tudung plain yang berwarna gelap
Pastikan tudung ditarik kebelakang supaya muka kelihatan jelas, takde shadow.
4. Set date untuk interview. Masa interview kena datang awal 30 minit.
Selepas interview, biasanya masa yang diambil untuk process visa lebih kurang seminggu hari bekerja. Soalan yang biasanya ditanya ketika interview:
Nak pergi USA buat apa
Pergi dengan siapa
Nak pergi area mana
Dah beli tiket flight dan book hotel ke belum
Korang ni kerja apa, nama company dan details mengenai pekerjaan
Apa yang paling penting sekali, masa interview kena confident dan sentiasa bermuka manis. Jangan la pulak buat muka macam nak makan orang ataupun blur-blur.
Semoga berjaya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019 ini. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Orang ramai dijemput untuk menghadirkan diri dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
Sebanyak 4,000 tempat duduk bertingkat atau kemudahan ‘Human Terrace’ disediakan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk orang awam yang hadir bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 pada 31 Ogos ini. Ini adalah kemudahan baharu yang kita sediakan pada tahun ini untuk para pengunjung selain ruang tontonan lain yang disediakan sepanjang laluan perbarisan dan persembahan pada sambutan hari bersejarah itu.
Kemudahan tempat duduk lima tingkat itu terletak dari Menara Prisma ke bulatan Kementerian Kewangan dan disediakan untuk memberi keselesaan kepada orang ramai yang hadir.
Sambutan hari kemerdekaan ke-62 itu, juga menyediakan kemudahan human terrace 12 tingkat untuk dif-dif kehormat dengan kapasiti kira-kira 1,500 orang.
Bagi pengunjung yang membawa kenderaan, terdapat 3,000 ruang parkir di kawasan sekitar Presint 2,3 dan 4 disediakan.
Selain itu terdapat perkhidmatan bas percuma dari Putrajaya Sentral, Ayer8 dan MyFarm ke kawasan acara berlangsung yang disediakan bermula jam 7 pagi hingga 2 petang, katanya.
Bagi menyemarakkan semangat sambutan bulan kemerdekaan, PPj mengedarkan sebanyak 11,750 bendera kepada semua Majlis Perwakilan Penduduk di Putrajaya untuk dipasang di semua kawasan perumahan.