Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
POKHARA, Nepal
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
Ads
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
Ads
DA NANG, Vietnam
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
Ads
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina
Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River.
Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7 Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila berkunjung ke Sabah, Kota Belud bukan antara destinasi pelancongan popular seperti Kundasang atau Kota Kinabalu.
Namun ia mula popular selepas lanskap banjir mengubah keadaan kebun menjadi aliran air sungai yang sangat jernih dan peluang itu dilihat oleh penduduk setempat untuk membina tapak perkhemahan dan chalet percutian di Polumpung Melangkap Camp Site yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Tidak hanya sungainya sangat jernih, kesegaran mandi air sungai di sini menjadikan Polumpung Melangkap Camp Site destinasi pilihan sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang.
Sebenarnya bila menyebut tentang Kota Belud, selain mandi manda air sungai yang sungguh menyeronokkan itu, Kota Belud yang mendapat jolokan Jelajah Koboi Timur turut terkenal dengan Kampung Sangkir milik masyarakat Dusun yang mana sawah padinya mengadap Gunung Kinabalu. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk joging, berbasikal dan lain lagi.
Namun Kota Belud juga tidak terlepas dari lautnya yang indah terutama Pulau Mantanani. Harganya juga agak murah dan buka saja pintu chalet sudah mengadap laut.
Baca catatan perkongsian dari Khairul Zek Sidek (fb Hotel Preview Malaysia) yang berkesempatan menginap di Sutera @Mantanani Kota Belud yang mana semuanya mendapat 4/5 bintang.
Mana tahu kalau bercuti ke Sabah, bolehlah jadikan Kota Belud destinasi pilihan kerana ada banyak aktiviti boleh dilakukan di sini.
3 hari 2 malam di Sutera@Mantanani ,Kota Belud, Sabah.
Kumpulan Sutera memang tidak pernah mengecewakan.
– Saya book package RM 600++ untuk 3 hari 2 malam untuk 2 orang dewasa beserta dengan sea transfer. Harganya sangat berbaloi.
– Pada hari pertama, kami dikehendaki berkumpul di Jetty Sutera di KB. Alhamdulilah bot ontime, walau pun saya ada dengar jugak boat menepati masa.
– check in agak pantas sebab tak ada orang. Penerangan ringkas juga diberikan dan diberikan check in awal.
– Makanan untuk pakej 3 hari- 2 lunch, 2 dinner, 2 breakfast and 2 hi-tea disediakan. Makan secar buffet, sedap dan cukup lengkap.
– Bilik untuk katil king agak besar dan bilik bersih siap ada sofa. Segala kemudahan memang lengkap. Tetapi alangkah bagus kalau ada bath tub.
– Banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan seperti mandi di pantai, ATV Ride, layang layang dan lain lain. Tak bosanlah kiranya.
– Suasana sangat tenang, pantai yang bersih. Memang sesuai untuk tenangkan fikiran.
– Waktu balik boat rosak, sepatutnya 30 min tapi jadi 1 jam 30 minit. Sangat tidak selesa.
Overall sangat puas hati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan.
Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19. Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM 20
Kanak – Kanak ( 6 – 12 tahun ) : RM 10
Kanak – Kanak ( bawah 6 tahun ) : PERCUMA
Lokasi : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah restoran kecil diberi nama Wolfgat yang terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan dinobatkan sebagai restoran terbaik di dunia pada Anugerah Restoran Sedunia Terbaik yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.
Persekitaran yang sederhana dan konsep masakan kembali kepada asal yang diamalkan oleh pemiliknya juga chef di situ, Van Der Merwe berjaya menambat hati panel hakim Anugerah Restoran Sedunia.
Restoran Wolfgat ini terletak di tepi sebuah pantai menghadap Lautan Atlantik di Cape Barat dan baru dibuka dua tahun lalu. Bangunan asal restoran ini adalah sebuah kotej berusia 130 tahun dan dikendalikan Van Der Merwe sendiri serta dibantu oleh enam pekerja, yang kebanyakannya wanita.
Di restoran ini hanya mampu memuatkan 20 orang pelanggan sahaja untuk menjamu selera pada satu masa. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian dalam restoran, balkoni atau dibahagia luar menghadap pantai.
Set menu di restoran ini mengandungi hanya tujuh hidangan sahaja berharga sekitar AS$60(RM245), jauh lebih murah berbanding harga di restoran lain berhampirannya.
Antara hidangan istimewa di restoran Wolfgat termasuk rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain serta sayuran laut. Van Der Merwe mencipta resipi uniknya berdasarkan masakan masyarakat Melayu Cape Town di Afrika Selatan.
Pada setiap hari, Van Der Merwe akan keluar mencari ramuan asli berhampiran restorannya sebagai bahan sampingan untuk masakannya. Antaranya bunga lavendar, rumpai laut segar dan kepah. Beliau juga dikatakan begitu mahir membuat roti yang sedap dan menteganya sendiri.