7 Destinasi ‘Happening’ Untuk Lepak Santai & ‘Berseronok’ Di Kuala Terengganu

Share

Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman yang indah permai dan cantik menawan dan pernah diangkat menjadi kawasan yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.

Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling ‘menyeronokkan’ untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana. Ini antara lokasi cadangan untuk anda lepas santai sambil ‘berseronok’ di sekitar Kuala Terengganu.

Kontena Uptown


Wow uptwon tepi pantai pertama di Malaysia. Uptown ini juga digelar Dapo Pata Uptown (Dapur Pantai Uptown). Terdapat banyak kafe yang dibuat daripada kontena, rekaan dalamannya juga agak kreatif dan berkonsepkan hipster. Rekaan gerai-gerai di sini memang up-to-date sebab kewujudan Kontena Uptown ini agak baru sebenarnya. Memang menarik kalau dapat makan sambil merasakan tiupan angin Laut China Selatan di tepi pantai.

 

Pantai Batu Buruk


Terletak di Bandar Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk memnag terkenal dengan kemeriahannya. Di sekitar pantai ini terdapat banyak tempat makan menarik terutamanya buat peminat makanan laut. Kalau anda teringin makan sotong celup tepung, keropok lekor, dan sate ikan, datanglah ke Pantai Batu Buruk. Ada banyak aktiviti menarik lain yang tersedia di sini jika anda datang berkeluarga atau bersama teman-teman.

 

Taman Awam Lagun Kuala Ibai

Taman ini terletak di teluk Sungai Ibai yang memiliki banyak aliran sungai yang menjadi tarikan bagi kaki pancing. Lokasi ini juga terletaknya Masjid Terapung kebanggaan rakyat Terengganu. Jika ingin membawa anak kecil mandi-manda di sini sambil berkelah juga dibenarkan.

 

Bukit Panorama


Seperti namanya, dari puncak bukit ini anda berpeluang menikmati keindahan panorama sekitar Terengganu sambil menikmati juadah enak di kafe yang terdapat di sini.

Jambatan Angkat


Jambatan angkat yang menjadi struktur ikon kepada Kuala Terengganu. Jambatan angkat itu mula dibina pada tahun 2014, membabitkan kos RM248 juta dan pembinaannya melibatkan laluan utama jambatan, empat menara, dan dua ‘sky bridge’. Dengan panjang keseluruhan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut, jambatan itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.

Pulau Warisan


Pulau Warisan dihiasi dengan lampu-lampu pokoknya yang berwarna-warni, dan sangat meriah dengan kunjungan ramai pada malam hari.Terdapat banyak pilihan kedai makan di sini untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan Sungai Terengganu.

China Town Kuala Terengganu


Seperti ada dikebanyakkan negeri lain, di Kuala Terengganu juga ada ‘China Town’ nya sendri. Kedai-kedai di China Town ini memiliki aura klasik yang tersendiri. Ada sahaja hasil seni yang menarik perhatian dengan warna-warninya di setiap lorong di celah deretan kedai. Seni lukisan yang dihasilkan di China Town ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza seperti Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan, dan Lorong Penyu. Di sini juga merupakan kawasan ideal untuk bergambar!

Water Front Kuala Terengganu


Terletak berhampiran Hotel Felda Residence, Waterfront Kuala Terengganu lokasi ideal untuk bersantai pada petang atau malam hari. Terdapat pelbagai pilihan kafe dan restoran untuk anda menjamu selera. Destinasi ini juga terletak berdekatan dengan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia memasarkan hasil-hasil tangkapan laut mereka. Bolehlah singgah kalau anda teringin nak beli atau makan hasil laut segar.

Oleh
Husna