Bulan madu menjadi momen yang sangat diimpikan bagi setiap pasangan yang baru berkahwin. Tempat-tempat indah nan eksotik menjadikan momen malam pertama ada yang sukar dilupakan.

Kyoto

Menikmati bulan madu di Kyoto rasanya tidak lengkap jika tidak menjelajahi bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya. Sebut saja Kinkaku-ji atau kuil paviliun emas, Ginkaku-ji atau kuil paviliun perak, kuil Ryoan-ji, kawasan studio filem di Toei Kyoto Studio Park.

Selain itu, jangan lupa untuk kunjungi bangunan lama tempatnya geisha di distrik Gion. Di Gion juga ada En, tempat minum teh tradisional. Buat yang menyukai komik, Kyoto International Manga Museum wajib dikunjungi kerana memiliki ratusan ribu koleksi komik

Cappadocia

Cappadocia ialah wilayah bersejarah yang ada di Turki dan menjadi destinasi popular bagi para pengembara di seluruh dunia.

Anda akan menemui bentuk batu-batu yang indah serta unik. Indahnya di sini anda boleh menaiki belon udara untuk melihat pemandangan di sekeliling Cappadocia.

Ads

Kota-kota lain yang wajib dikunjungi di Cappadocia ialah Urgup, Goreme, Ihlara Valley, Selime, Guzelyurt, Uchisar, Avanos dan Zelve. 

Machu  Picchu, Peru

Machu Picchu berdiri 2430 meter di atas paras laut di tengah-tengah hutan gunung tropika dalam suasana indah yang sungguh luar biasa. Ia mungkin penciptaan bandar purba yang paling menakjubkan pada zaman empayar Inca di zaman kemuncaknya.

Machu Picchu telah diisytiharkan sebagai Peruvian Historical Sanctuary pada tahun 1981 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983. Panoramanya yang menarik menjadi pilihan buat mereka yang ingin berbulan madu.

Ads

Sri Lanka

Tidak ramai yang memilih Sri Lanka sebagai destinasi bulan madu mereka. Padahal negara yang terletak di utara Maladewa ini memiliki iklim dan panorama yang tak kalah indahnya dengan Maladewa.

Sri Lanka memiliki beberapa pantai dan resort yang indah. Ada banyak perkara yang boleh diterokai dari negara ini. Mulai dari kota-kotanya, pelbagai makanan halal, pasar-pasar tradisional juga masyarakatnya yang ramai Muslim.

Ads

Maldives

Vila apung di atas laut dan pemandangan alam yang indah ialah sebuah paduan bulan madu yang sempurna. Maka tak hairanlah jika Maldives yang terletak di Lautan Hindi, menjadi salah satu destinasi bulan madu pasangan dari seluruh dunia. Ada banyak resort yang boleh menjadi pilihan, semuanya mempesonakan anda dengan interior menawan yang selesa untuk mengabadikan  kisah kasih bersama pasangan.

Dubai

Sebagai salah satu destinasi dunia yang paling menyenangkan, mewah dan menakjubkan, Dubai memiliki pelbagai pilihan terbaik untuk bulan madu. Di sini anda boleh bersantai, memanjakan diri dan menikmati kebahagiaan pengantin baru. Dari kamar-kamar spa mewah hingga safari padang pasir kelas atas, berbagai resort dan aktiviti ini merupakan yang terbaik untuk bulan madu yang tidak boleh dilupakan di Dubai.

Marrakech, Maroko

Marrakech yang identik dengan rempah-rempah berhasil menarik banyak pasangan yang baru berkahwin untuk menghabiskan bualn madu di sana. Kota ini memberikan kesempurnaan untuk berlibur dan menawarkan pelbagai masakan lazat. Jika anda pencinta teh, jangan ketinggalan memesan mint tea.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI