7 Campsite Kat Selangor Yang Best, Sesuai Camping Sambil Kenal Alam Sekitar

Share

Selain bercuti di destinasi pilihan, ramai yang memilih untuk camping di camp site yang ada. Selain dapat kenal alam sekitar, suasana tenang dan nyaman berdekatan dengan sumber air seperti sungai juga menjadi faktor pemilihan camp site.

Kat Selangor pun banyak port camp site untuk korang yang suka berkhemah datang pacak khemah. Dengan sedikit bayaran untuk sewa tapak, tempat-tempat ini juga turut menyediakan fasiliti bagi korang yang berkhemah.

Ini 7 camp site yang ada kat Selangor korang boleh try!

  1. Air Terjun Sungai Chilling

Air terjun Sungai Chiling adalah tempat yang bagus untuk berkhemah pada waktu hujung minggu bersama keluarga dan rakan anda. Jika anda sampai awal, anda boleh mendapatkan spot 

yang bagus untuk berkhemah. Di sini juga terdapat tandas yang bersih untuk digunakan.

Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

  1. FRIM Camping Ground

Tapak Perkhemahan Perah merupakan salah satu kawasan yang popular di FRIM untuk melakukan aktiviti berkumpulan terutamanya aktiviti alam sekitar berkaitan alam.

Malah, ia juga dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan untuk aktiviti rekreasi luar seperti dapur, dewan, chalet, tandas, bangku dan larian berhalangan. FRIM juga menawarkan pelbagai peralatan untuk disewa seperti khemah, beg tidur, teropong, dan kompas di tapak perkhemahan.

Alamat: 343, Jalan Foxworthy, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52100 Kuala Lumpur, Selangor.

  1. Taman Alam Kuala Selangor

Jika anda berada di sini, anda akan melihat sendiri pelbagai spesies burung liar. Terdapat 156 spesies burung dan 57 daripadanya adalah burung dari luar negara seperti Rusia dan Siberia. Nikmatilah udara yang segar dan tenang sekiranya anda bermalam di sini.

Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, 45000, Kuala Selang

  1. Rumah Kebun Camping Ground

Bagi anda yang baru saja berjinak dalam dunia perkhemahan, apa kata anda cuba ke Rumah Kebun Camping Ground ini. Tempat ini terdapat banyak kemudahan seperti tandas yang selesa dan hot shower ala-ala hotel, malah khemah yang disediakan turut mempunyai tilam dan bantal.

Alamat: Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor.

  1. Pusat Rekreasi Sungai Congkak

Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk berkhemah, berkelah, BBQ dan mandi-manda. Tempat ini juga sesuai jika anda bersama kumpulan kecil (keluarga & rakan-rakan) mahupun dalam kumpulan besar.

Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor.

  1. Resort Taman Rimba Komanwel

Selain berkhemah, resort ini juga menawarkan aktiviti BBQ dan berperahu, dan terdapat juga kafe yang menyajikan hidangan tempatan.

Suasana hening dengan kicauan burung dalam kehijauan rimba di kawasan yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Kanching itu, tentunya berupaya menghilangkan kekusutan dan membawa pengunjung melupakan seketika tekanan dan hiruk-pikuk di kota tanpa perlu memandu jauh.

Alamat: Kilometer 23, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, 48000 Rawang, Selangor.

  1. The Nest @ MAEPS

Ini adalah tapak perkhemahan terdekat yang anda boleh dapatkan dari Kuala Lumpur. Terletak di Serdang, dalam Lembah Klang, tapak perkhemahan ini adalah permulaan yang baik jika anda ingin mencuba perkhemahan bersama anak-anak anda tanpa perlu risau. Mereka menganjurkan semua jenis bengkel, sangat berpengetahuan, oleh itu anda akan belajar banyak dari sana.

Alamat: UPM, 43400 Seri Kembangan, Selangor.

Sumber: Says

 

 

Oleh
SAHR