
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meminta kerajaan untuk bekerjasama dengan industri mengenai langkah-langkah meningkatkan kepercayaan diri dalam kalangan pelancong kemungkinan menghadapi pemulihan permintaan udara yang perlahan.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menganggarkan kira-kira 25 juta pekerjaan dalam industri penerbangan dan berkaitan, termasuk sektor pelancongan, menghadapi risiko dalam krisis yang berlaku sekarang.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa turut yakin penumpang akan merosot dua kali ganda walaupun wabak itu dibendung kerana wujudnya kebimbangan ekonomi peribadi dalam menghadapi kemelesetan selain daripada keselamatan melakukan perjalanan.

Tinjauan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa terhadap pelancong baru-baru ini mendapati bahawa 60 peratus menjangkakan orang ramai akan kembali melakukan pengembaraan dalam satu hingga dua bulan selepas COVID-19 tetapi 40 peratus menyatakan bahawa mereka akan menunggu enam bulan atau lebih lama untuk mengembara, dan 69 peratus memberitahu mereka boleh menangguhkan pengembaraan sehingga keadaan kewangan peribadi mereka kembali stabil.
Sumber: Bernama | Foto: pexels.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tawan Gunung Kinabalu Lengkap Bersut & Kasut Pejabat, Saba Nobutaka Pendaki Dari Jepun Raih Perhatian. Memang Rare!

Tawan Gunung Kinabalu dengan memakai pakaian pejabat lengkap dengan kasut sekali. Itulah yang dilakukan oleh seorang pendaki dari Jepun yang dikenali sebagai Saba Nobutaka.
Merupakan seorang content creator dan juga pemilik syarikat sut yang diberi nama OrdersuitSada, lelaki ini dilihat suka melakukan aktiviti lasak seperti menyelam, bermain ski dan meluncur air lengkap memakai sut. Mungkin juga itu salah satu cara lelaki ini untuk mempromosikan jenama sutnya kepada umum.
Klip video menunjukkan Saba Nobutaka mendaki di Tik Tok tular kerana keunikannya mendaki lengkap berpakaian seakan mahu ke pejabat. Percubaan menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara itu seolah-olah sesuatu yang mudah bagi lelaki ini.
Apa yang dilakukan memang rare dan cukup unik. Kalau nak tahu apa lagi yang telah dibuat oleh lelaki ini boleh ke chanel youtubenya yang diberi nama ordersuitSADA.
Kredit: Sabahnews & Tiktok rogonnabalu_25
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syarikat Penerbangan Berisiko Tutup, 25 Juta Bakal Hilang Kerja – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa

Sekurang-kurangnya 25 juta pekerjaan di peringkat antarabangsa termasuk 11.2 juta di rantau Asia Pasifik berisiko hilang kerja susulan kemerosotan permintaan mendadak bagi perjalanan udara akibat krisis penularan COVID-19.
Dalam keadaan sekatan perjalanan serius selama tiga bulan, penyelidikan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menunjukkan bahawa kira-kira 25 juta pekerjaan bidang penerbangan dan sektor berkaitannya di seluruh dunia kini berisiko selain Asia Pasifik manakala 5.6 juta pekerjaan di Eropah, Amerika Selatan (2.9 juta), masing-masing 2 juta di Amerika Utara dan Afrika serta 0.9 juta di Timur Tengah.
Malah, dalah senario sama, syarikat-syarikat penerbangan dijangka menyaksikan hasil penumpang bagi tahun penuh merosot sebanyak US$252 bilion (US$1 = RM4.34) (- 44 peratus) pada 2020 berbanding 2019.
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa lagi, tempoh suku kedua 2020 adalah yang paling kritikal apabila permintaan merosot 70 peratus yang merupakan paras terburuknya selain kerugian tunai sebanyak US$61 bilion.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa yang mewakili kira-kira 290 syarikat penerbangan merangkumi 82 peratus aliran udara global, turut menumpukan aspek pendekatan komprehensif bagi pemulihan industri itu selepas dibenarkan untuk berbuat demikian oleh pihak kerajaan serta pihak kesihatan umum.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata syarikat-syarikat penerbangan turut meminta kerajaan masing-masing menyalurkan bantuan kewangan segera untuk membolehkan perniagaan kekal bertahan dan mampu pulih selepas wabak COVID-19 dapat dibendung.
“Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan betapa meruncingnya impak COVID-19 terhadap industri penerbangan. Malah, kesukaran ekonomi itu akan dikongsi oleh 25 juta pekerja yang bergantung hidup dengan syarikat penerbangan. Ia sepatutnya menjadi perniagaan yang berdaya maju agar dapat kembali pulih selepas COVID-19 dapat dibendung. Bantuan terhadap syarikat penerbangan adalah sesuatu yang kritikal pada masa ini. Kita tidak pernah menjangkakan industri ini akan mengalami impak sedemikian besar. Kita juga tiada pengalaman untuk membantunya bangkit semula. Keadaan akan menjadi sukar. Dari segi praktikalnya, kita memerlukan pelan luar jangka untuk tujuan lesen dan pensijlan yang mungkin telah tamat,” kata Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac.
- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menggesa supaya bantuan dalam bentuk sokongan secara langsung disalurkan selain pinjaman, jaminan pembiayaan dan sokongan terhadap pasaran bon korporat serta pengecualian cukai.
- Selain bantuan kewangan utama, industri itu juga perlu melakukan perancangan dan penyelarasan secara terperinci bagi memastikan syarikat-syarikat penerbangan benar-benar bersedia untuk beroperasi apabila COVID-19 itu dapat dikekang.
- Industri juga perlu melaksanakan operasi dan proses bagi mengelak kemungkinan jangkitan semula virus itu menerusi kes yang diimport.
- Industri perlu mengenal pasti pendekatan yang berkesan untuk menguruskan sekatan perjalanan yang perlu ditarik balik sebelum dapat menyambung semula kerja-kerja. Ini adalah antara beberapa cabaran utama yang menanti sektor penerbangan. Bagi memastikan kejayaannya, pihak industri dan kerajaan perlukan pelarasan dan saling bekerjsama.
- Di peringkat global misalnya, kehidupan 65.5 juta orang bergantung dengan industri penerbangan, termasuk sektor seperti pengembaraan dan pelancongan dan daripada jumlah itu turut membabitkan 2.7 juta pekerjaan dalam syarikat penerbangan.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tahu Cara & Plan Betul-Betul Mesti Puas Hati Datang Cameron Highland Tak Sesak’ – Penduduk CH

Cameron Highland yang terletak di Pahang mempunyai aura tersendiri. Destinasi tanah tinggi ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk datang ketika cuti hujung minggu, cuti persekolahan atau cuti umum. Walaupun dikhabarkan lokasi ini semakin sesak jika tiba waktu cuti, orang ramai tetap tidak ‘serik’ untuk memeriahkan industri pelancongan bukit tinggi itu.
Seperkara yang menarik, penduduk lokal Cameron Highland juga seakan menerima dengan ikhlas kunjungan tetamu ke jajahan mereka. Siap bagi tip dan info menarik untuk pengujung luar.
Nah! Ini ada panduan lengkap yang diberikan oleh penduduk Cameron Highland untuk anda. Save ni tau!
1) Laluan ke Cameron Highlands
Dari Kuala Lumpur boleh ikut Tapah, dari Penang ikut Simpang Pulai.
Dari Terengganu boleh ikut jalan Kuala Berang – Felda Aring – Gua Musang.
Dari Raub ikut Sungai Koyan pon boleh
2) Bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin Lambat confem jem oiiii
3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat-tempat menarik CH
-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29
-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari-hari dibuka untuk cuti sekolah)
4) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
Harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
Sukar untuk dapat parking kereta.
Kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
Kurang privasi.
5) Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands. Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis. Harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain, Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak tawar-menawar.
6) Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
7) Cari hotel di sekitar Tanah Rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
Ladang teh.
Bharat Valley Tea House
Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
Ladang Teh Boh Sungai Palas.
Boh Tea Garden
Masuk Percuma
Buka 9.00am- 4.30pm
Nikmati tea, cake dll desert
Tempat menarik yang FREE.
YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi – 6 ptg)
KHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi – 6 ptg)
Cactus point
(9 pagi – 6 ptg)
Big Red Strawberry Farm
(8 pagi – 6 ptg)
Ladang Lebah
(8 pagi – 7 mlm)
Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi – 5 ptg)
Kea Farm
(8.30 pagi – 6 ptg)
Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Tempat menarik yang BERBAYAR.
Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi – 5 ptg)
Lavender Garden
Dewasa RM10, Kids RM7
(9 pagi – 6 ptg)
Butterfly Garden
Dewasa RM7, Kids RM5
(9 pagi – 6 ptg)
Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6
(9 pagi – 6 ptg)
Makanan yang wajib cuba.
Aiskrim Malaysia Strawberry
Aiskrim Strawberry
Scone
Strawberry coklat
Nasi Lemak Sambal strawberry
Sayuran goreng
Steamboat cheese highlands
Jagung mutiara rebus
Ubi rebus
Ole-oleh wajib beli.
Strawberry
Jambu epal (merah dan hijau)
Sayuran segar (10 sayur RM10)
Buah-buahan Kering
Coklat buah-buahan
Kordial buah-buahan
Extra info Suhu di Cameron Highlands.
Pagi – 17*C
Siang – 24-26*C
Malam – 18*C
highland steamboat cheese
dewasa-RM 35
kanak2- RM 20
(5 ptg – 12 mlm)
The stone valley steamboat
dewasa – RM 35
kanak2- RM 18
(5 ptg – 12 mlm)
INFO
POMEN/WOKSHOP
Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel – 24 hours- 019-3992888
Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel).
Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.
Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)
Cameron Highlands Tyre Auto Centre.
Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. – 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)
Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. – 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)
Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang – 019-5295151
Ah Boy Bengkel – 016-5058738
Kedai Tayar (Tringkap) – 05-4961430
Awie (Kg Raja) – 019-9086694
Liu Pomen – 019 392 1166
Lenchai Pomen – 016 505 8735
Kama Koi Pomen – 012 542 4201
Rosli Pomen – 017 5777047
FARMASI
Tigas Cameron Pharmacy;
58-a Persiaran Camellia 3, Tanah Rata – 05-491 4791
Watson
L ot 7,8, Grd. Floor, Marigolds Square, Tanah Rata.
KLINIK/HOSPITAL
Hospital Tanah Rata – 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448)
Klinik Dr Ayob Tanah Rata – 05-4911654
Klinik Wong, Brinchang. (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) – 05-491 1478
Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074)
BALAI POLIS / PONDOK POLIS.
Tanah Rata – 05 491 5443
Brinchang – 05 491 1222
Kg. Raja – 05 498 1222
Ringlet – 05 495 6222
PP Tringkap – 05-496 2222
PP Lembah Bertam – 05-4956373
Sumber: Homestay @Cameron Highlands
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI