6 Wabak Pandemik Paling Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Di Dunia

Share

Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

Wabak pandemik selalunya akan melumpuhkan aktiviti normal manusia dan ekonomi sesebuah negara itu jatuh merudum disebabkan pelbagai sekatan demi mengawal penularan wabak penyakit ke tahap lebih serius. Ini enam pandemik terbesar dalam lipatan sejarah manusia akan diingati sampai bila-bila.

1. Black Death

Black Death

Wabak yang dipercayai bermula pada sekitar tahun 1346-1353 ini dikatakan meragut jumlah yang paling ketara dari populasi dunia ketika itu iaitu sekitar 200 juta mangsa. Mangsa korban Black Death ini meliputi lebih separuh dari jumlah populasi warga Eropah. Ia berpunca daripada sejenis bakteria dikenali ‘Yersinia pestis’ yang dipercayai sudah pupus pada zaman ini dan disebarkan oleh kutu. Pesakit akan menunjukkan gejala-gelaja seperti tempelan hitam yang tumbuh pada kulit yang kemudian bernanah sehingga mengeluarkan darah.

2. Cacar Air (Small Pox)

Small Pox

Wabak cacar air dikatakan bermula sejak zaman Empayar Mesir dan menyerang sekitar 56 juta populasi dunia. Merujuk kefahaman dari info kesihatan, virus cacar air yang dikenali sebagai virus Varicella menjangkiti melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin. Difahamkan, seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh. Ia boleh merebak dengan menyentuh atau bernafas masuk partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh. Hari ini, dengan kecanggihan teknologi perubatan moden, cacar air mampu dicegah dengan suntikan vaksin.

3. Selesema Sepanyol (Spanish Flu)

Spanish Flu

Wabak yang direkodkan mula merebak pada tahun 1918 ini dianggar mengorbankan nyawa melebihi 40 juta mangsa. Meskipun diberi nama ‘Spanish Flu’, asal-usul penyakit ini bukan berasal dari negara itu. Sebaliknya, ketika kemunculan wabak itu, undang-undang penapisan akhbar Sepanyol tidak ketat lantas penyebaran maklumat terlalu bebas. Kesannya, penyakit itu disalah anggap berpunca dari negara itu sehingga kini namanya kekal pada nama Sepanyol.

4. Wabak Justinian

 

Difahamkan, jumlah kematian akibat wabak yang telah menyerang pusat pentadbiran Empayar Byzantine ini masih menjadi perdebatan. Walau bagaimanapun, ramai mempercayai bahawa ia berpunca daripada kehadiran tikus dalam kapal yang datang dari Mesir ke sebuah pekan pelabuhan bernama Pelusium. Oleh kerana ia berlaku sekitar 541 tahun masihi (AD), banyak perkara yang tidak diketahui tentang wabak ini. Menurut sejarah, Maharaja Justinian juga turut dijangkiti wabak itu dan berjaya sembuh. Bagaimanapun, empayarnya jatuh dan lumpuh ketika wabak itu merebak.

5. AIDS

AIDS

Umum mengetahui terma HIV yang membawa makna bagi singkatan ‘Human Immunodeficiency Virus’. Virus ini akan menyerang badan seseorang dan menyebabkan penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS dan kesannya memusnahkan sistem ketahanan badan. Menurut portal UNAIDS, sejak kes pertama direkodkan 35 tahun lalu, terdapat 78 juta mangsa dijangkiti HIV dan 35 juta daripadanya meninggal dunia. Fakta sejarah pula mengatakan virus yang wujud sehingga kini itu berpunca daripada monyet di Afrika. Beberapa dekad berlalu, vaksin untuk menghapuskan virus berjangkit ini masih belum ditemui.

6. COVID-19

Dunia ketika ini juga berdepan dengan pandemik COVID-19, virus baharu yang berasal dari kumpulan koronavirus dipercayai mula dikesan di wilayah Hubei, China. Cara penularan COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia mencecah 4,708,415 pada 24 Mei 2020, seramai 314,950 pesakit maut, menurut data Johns Hopkins University. Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 1,486,375 kes dan korban seramai 89,549. Sementara itu Rusia, Britain, Brazil, Sepanyol dan Itali mencatatkan kes melebihi 200,000.

 

 

Sumber: astroawani

Oleh
Husna