Tidak kira, sama ada hotel yang dimahukan itu berada dalam skala mewah ataupun murah, perincian perlu dilakukan sebelum tempahan dibuat. Ini beberapa tip mudah atau simple guideline untuk anda memilih tempat penginapan.
Nilai
Boleh ditafsirkan sebagai faedah yang diperoleh hasil daripada menetap di hotel yang dipilih. Ia melibatkan banyak faktor seperti servis yang efisien, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan dan jaminan keselamatan.
Kemudahan
Cari hotel yang menawarkan kemudahan yang menguntungkan seisi keluarga ketika bercuti seperti Wifi, sarapan pagi, perkhidmatan teksi, ruang parkir, dobi, perubatan, kolam renang dan gimnasium.
Dapatkan hotel mengikut keselesaan dan keperluan bajet anda menggunakan OYO Rooms. OYO Rooms merupakan platform yang membantu mencari penginapan yang bersih dan berpatutan. Klik sini untuk muat turun sekarang.
Kedudukan
Hotel yang dipilih mestilah berada dekat dengan produk-produk pelancongan seperti pantai, air terjun, taman tema, restoran atau pusat membeli-belah. Ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi membantu mengurangkan kos pengangkutan.
Mesra keluarga
Pilih hotel yang mesra keluarga seperti adanya kemudahan kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak. Cara ini membantu memanjangkan lagi keseronokan anak-anak ketika berada di hotel.
Aktiviti
Penyediaan aktiviti yang ditawarkan pihak hotel turut memainkan peranan dalam proses pemilihan hotel. Banyak hotel kini menyediakan pelbagi jenis aktiviti dengan bayaran yang ditetapkan. Seperti hotel yang berdekatan dengan pulau, aktiviti seperti island hopping dan snorkeling ada ditawarkan kepada pelanggan.
Komen
Pandangan dan komen pelanggan yang menginap di sesebuah hotel itu amat penting. Ia membantu anda membuat penilaian dari pelbagai sudut terutamanya melibatkan harga, kedudukan, keselamatan dan kemudahan. Semua pandangan dan komen boleh dilihat menerusi laman web hotel atau sistem tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan Booking.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kaki Backpack Ni Kongsikan Info Dan Tip Ke Lahaul, India Waktu Balik Rumah Mertua Dia Yang Best Gila!
Siapa kata waktu travel tak boleh jumpa jodoh? Artikel ni Syu Azis membuktikan cinta tak kenal backpackers tau. Sudahlah dapat husband oversea, rumah mertua dia best pulak. Argh! Geram.
okay takpa-takpa. Apa-apa pun, kita baca kisah Syu Azis ni first time ke rumah mertua beliau di Lahaul, India.
Ada info dan tips juga yang beliau kongsikan
Selamat membaca
Salam semua.. Saya nak share trip bulan 10 tahun lepas ke rumah mentua saya di Lahaul, Himachal Pradesh, India. Ini first time post dekat group di media social, segan sikit rasanya ?.
Terletak di daerah Gondhla & ini kali pertama saya kesana walaupun dah hampir setahun berkahwin. Bagi yang tahu Lahaul Spiti, mesti dapat agak tempat dia macam mana. Saya share sedikit gambar-gambar yang bagi saya in real tersangatlah indah. Sedikit cerita seperti berikut ya, maaflah kalau panjang sangat :
Bahasa Lahauli:
? Ding antanchi, di jaga nishi tochi (i dekat hujung tu tak bunyi)
? Jemput datang, tempat ini sangat cantik
Dari mata turun ke hati
? Sedikit coretan macam mana saya kenal husband. Saya jumpa dia pada tahun 2015, trip kedua saya ke India, half solo half with geng, Iena & Raha.
Saya jumpa dia sebab charger saya hilang. Dan kedai dia dekat main road, dia ada kedai phone & accessories di Manali Mall Road.
Saya mulanya tak suka dia sebab dia cas saya mahal, yela saya kan tourist. Masa tu dia tak pandang saya, busy kemas kedai tertonggeng tonggeng, pagi sangat time tu.
Cousin dia yang handle saya. Lepas dia pandang, adoi saya pulak yang terkesima jadi tak tentu arah. Sampailah phone saya pulak buat hal, tinggal kedai dia.
And lepas handphone elok saya dapat Whatssap dari dia say hi.. Rupanya dia ambik nombor saya masa phone rosak. Saya tak layan tapi lepas tu jadi kawan baik.
Sampailah dia propose kahwin. Walaupun ramai girl termasuk foreigner taruh hati pada dia, tapi dia pilih saya dan walaupun saya gemuk masa tu sekarang kecik sikitlah, dia sayang terlampau sayang. Bangga kejap ?
Buka tingkap nampak gunung, tutup tingkap nampak cinta ?
? Rumah mertua berhadapan dengan beberapa ketul gunung ganang yang cantik gila. Bukak pintu rumah or dari dalam bilik kami nampak gah sangat. Seriously terpegun & takjub dengan kuasa Allah SWT.
Rumah mentua juga sangat bersih dan terjaga, tersusun. Sejenis saya yang suka benda kemas ni memang happy lah. Hari hari depa sapu, mop lantai especially dapur.
? Sudah masuk winter jadinya tanah, gunung botak tapi sangat cantik dengan autumn yang hampir ke penghujung nampak lawa semuanya. In summer memang hijau, tersangat cantik dan kurang sejuk.
? Walaupun saya dan suami menetap di Manali, gunung jugak tapi tak sama dengan Lahaul. Tiada pencemaran langsung, bersih, jalan raya berturap cantik, penduduk tak ramai, sunyi, selamat sampaikan masa reach Lahaul ni terpesona sekejap, semacam datang je dunia lain aje, rare.
Seronoknya kehidupan tenang macam ni
? Low crime rate disini atau boleh katakan tiada langsung.
? Tiada line telefon, kalau ada pun Telco BSNL yang ada 2G je. Maybe next year akan ada 3G, 4G dan lain lain telco like Airtel, Jio dan Idea pulak. Takde line pun saya rasa okay sebab sini tenang, damai walaupun kekadang tu pishang ?.
? Air percuma, klinik kerajaan pun percuma kos rawatan & ubat ubatan.
? Air minum fresh, sumber dari glasier atas gunung sedap sangat-sangat dan minum terus aje, tak perlu masak.
? Dari atas bukit rumah mentua boleh nampak sungai jernih warna biru hijau bak mata Missworld 1994 Aishwarya Rai ? yang mengalir dari sungai Chandra dari asalnya Chandratal Lake mengalir ke utara.
? Tak banyak kenderaan atas jalan raya, bunyi horn juga hampir tiada. Privacy at its best.
Nak makan apa-apa, cabut sendiri dari tanah
? Emak, ayah mertua & adik ipar perempuan petani, jadi keliling rumah penuhlah dengan pokok sayur macam salad hijau, salad kuning & purple, kobis hijau & purple, carrot, brokoli, kentang merah, tomato, cauliflower, bawang besar, epal, pokok bunga lily, gardenia, rose etc.
Agak agak nak makan, pergi cabut salad & carrot makan gitu je sedap sungguh sebab tak gunakan racun perosak. Bawang besar semua size gedabak. Katanya bawang jenis hybrid, patut ler besar pun. Masa nak balik Manali, berguni guni kami dapat bekalan stok sayur, bawang, kentang, butter, ghee, gandum.
? Susu nak minum perah sendiri. Minum susu fresh setiap hari. Butter dan ghee pun mentua buat sendiri. Thanks to lembu comel 4 ekor kesemuanya ?
? Mertua sekeluarga cakap bahasa dialek Lahauli, jadinya memang saya blur kejap bila depa sembang. Tapi depa tahu hindi so dekat situ bolehlah sembang jugak sebab saya boleh lah jugak cakap hindi. Blur kalau hari hari dengar zong seng toch noch macam bahasa Korea pun ada, cina pun ada, Russia pun ada ?.
Diorang amalkan gaya hidup sihat
? Kehidupan mereka sederhana & sihat walafiat. Nenek mentua yang saya panggil Dadi masih sihat, tiada penyakit, tak bertongkat, tak pakai spek mata mcm saya walaupun umur nak cecah 90 tahun. Sekali Dadi cengkam tangan saya adoi kuat betul dia ni, agaknya sekali dia lesing berpusing kau ?.
Dadi sangat manja dan selalu usik saya. Dia perfectionist and tak boleh tengok pinggan mangkuk lama dok atas meja, sure dia ambik & basuh. Tu belum tengok dia siapkan tempat tido (winter depa tido dapur sebab ada tandoor heater tu).
? Walaupun berbeza agama, adat tradisi, fahaman dan sebagainya saya sangat hormati & sayangkan mereka. Bab makan juga Alhamdulillah kena dengan selera saya walaupun makan sayur saja. Sedap, simple dan tak terlalu berempah macam tempat lain di India.
Sedapnya makanan lokal diorang ?
Mereka banyak makan sup, dhaal, momo (sejenis macam dimsum inti sayur atau ayam/mutton), sayuran hasil tanaman sendiri & roti yang dibuat sendiri. Makan kentang rebus pun dah sedap bagi tekak saya.
? Air teh tempatan depa panggil ‘Namkeen Tea’ yang diperbuat dari kayu apa saya tak sure, rebus campur dengan susu, butter & garam. Walaupun dengarnya pelik kan tapi rasa dia sedap. Mentua kalau bagi minum sampai 4-5 gelas sampai kembung perut ni.
? Sini memang kampung habis. Orang perempuannya memang duduk rumah saja dan tak kemana mana melainkan kawasan rumah, tanah sendiri or jalan utama saja. Saya ni excited, so jalan-jalanlah kerumah jiran nak explore siap sembang bagai nak rak. Dah adik ipar kejar suruh balik dan dia kata jangan suka suka pergi rumah orang. Nanti jadi gossip sebab sini kampung ?.
? Kaum perempuannya dididik dengan sangat baik. Hormat orang tua, rajin yang amat rajin, sopan santun, pandai masak, pandai mengait, pandai bertani, kemas rumah dan sentiasa memuliakan tetamu. Mereka jugak tak boleh tergedik gedik depan orang yang tak dikenali apatah lagi orang lelaki asing. Ni baru contoh hantaran tinggi melangit kan ooppsss ?.
Siapa nak datang sini jangan datang time winter ☃️
? Dekat sini angin tiup macam duduk tepi laut tapi tahulah kan sejuknya macam mana. Suhu winter boleh cecah ke -17. Access road ditutup dari November to April coz snow tebal boleh cecah 6 ft. Kalau bukan winter saya dah stay sebulan dua dekat sini, tapi
InsyaAllah next year in summer saya nak duduk sini. Boleh tolong mentua bercucuk tanam, masak & perah susu lembu ke. Summer adalah busy time bagi depa. Time tu lah upah pekerja untuk bercucuk tanam sayur, so pagi-pagi lagi dah kena masak capati beratus keping nak bagi makan pekerja.
? Mentua sangat-sangat rajin, buat kerja dari pagi sampai malam, sebab tu fit dan kuat. Walaupun mereka tua, rasa malu sebab tenaga mereka hebat. Ayah mentua pemalu, emak pula tak tahu nak sembang apa tapi dia cukup suka kalau tengok saya berhias. Lepas mandi tengok saya sikat rambut nanti dia puji lawa, kemas. Tak kemas nanti dia tegurlah. Saudara mara datang pun kena tengok saya dah lawa ke belum, then baru lepaskan saya jumpa ?.
First time diorang jumpa orang gemuk ?
? First time jumpa saya, emak & adik ipar terkejut sebab saya gemuk. Belum pernah dalam sejarah keturunan depa ada yang gemuk. Tersentap sekejap! ? Atas nasihat diorang yang cakap dengan penuh berhemah, kita pun ambil inisiatif untuk turunkan berat badan. Padahal time tu dah lost 12kg kot. Skang total weight lost dah 28kg. Berhasil kau??. Nasihat yang berguna saya ambil. Lagipun sekarang banyak faedahnya saya dapat bila makin mengecil.
? Amalan bersila pulak amalan kaum diorang so aku duduk bersimpuh aje lah dah bersila tak boleh hahaha lantakkan ?. Yelah peha besar dulu mana boleh nak bersila bagai, bersimpuh pun sopan apa? ? Sekarang alhamdulillah boleh bersila dengan sempurna.
Jom melancong ke sini 2020
? Tahun ini or 2020 tunnel akan dibuka dari Solang Valley terus ke Lahaul. Memudahkan kami lawat family mentua dan memandangkan tunnel hampir siap, ramai penduduk tempatan yang balik semula ke Lahaul kerana daerah ini akan membangun dan jadi golden area untuk tourist.
Mereka akan start buat guesthouse dan husband mungkin akan komersialkan tempat ni dengan buat homestay rumahnya sendiri InsyaAllah. Husband jugak dalam plan nak tambah beli tanah di daerah ini. Menariknya, orang luar yang bukan penduduk asal Lahaul tidak boleh beli tanah di sini.
? Budaya di sini berbeza, disebabkan depa dari suku kaum yang lain. Pakaian pun berbeza. Dengar kata saya kena pakai baju tradisional depa kalau majlis resepsi belah husband jadi buat, buat saya senyum aje. Tapi atas dasar hormat, pakailah juga kot nanti. Sopan je pun. Orang perempuan ada pakai tudung jugak tau jenis ikat macam orang zaman dulu, boleh tengok gambar.
? Dari sampai rumah mertua, saya dihidangkan dengan makanan tradisi diorang yang macam rasa kuih tiram kita, cuma tak ada gula. Sedap sangat sampai habis kena buat lagi. Bertuah punya menantu. Nama kuih tu marchu. Saya pun belajar buat, bawak balik Manali.
Chai, susu segar dan namkeen chai
? Sebelum sarapan wajib minum 3 gelas chai (teh susu), lepas tu 3 gelas susu segar, petang pulak namkeen chai 4-5 cawan cina kecil. Memang ulang alik ke toilet selalu ?
? Masakan, okay seingat saya lah kan, depa masak guna bawang putih, bawang merah, kunyit dan garam sahaja untuk dhaal, sayur. Tapi sedap, simple. Stor simpanan makanan berpeti peti, size gedabak pulak tu macam untuk setahun. Rupanya untuk 6 bulan winter saja, perghhh.
? Masa waktu makan, emak mertua & adik ipar akan hidangkan kami makan macam tuan, puan besar. Berhidang setiap seorang, selagi kami makan tak kenyang selagi tu depa tak makan. Makan pulak dalam pinggan macam emas, harganya mahal! Sebiji pinggan cecah RM50.00. Tapi hanya akan hidang makan dalam pinggan tu sahaja. Berat pulak tu.
? Husband tak pernah cerita lebih-lebih pasal tempat dia dibesarkan ni. In fact dia tanya suka tak? Dia takut bini dia tak suka. Apa hilang akal ke punya lah cantik tempat ni sampai aku berlari lari dengan bawak backpacknya, berat pun beratlah masa tu dah sampai rumah mentua. Sebab teruja. ?
? Lupa saya nak tambah. Mentua saya dan adik ipar saya tidak pernah keluar dari Himachal Pradesh dan tidak pernah ke Delhi. In fact, diorang pun tak suka tempat yang sesak, kotor dan udara tidak sihat. Banyak jugalah diorang tanya saya Delhi tu macam mana? Hehe siapa yang asal India sebenarnya ni? ?
? Akhir kata, dari nak stay 3 hari aje dekat sini, terlajak ke 16 hari. Sampaikan mama dekat Malaysia jatuh sakit menangis setiap hari dok kenang manalah anaknya ni? Risau dia. Yelah line takde nak call lagu mana habaq mai? Mama mertua pulak kalau dapat delay sehari ke sehari bukan main happy dia. Adoilah dedua mama aku ni ?.
Terima kasih baca sampai habis. ?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sri Lanka Antara Negara Yang Perlu Anda Lawati. 10 Destinasi Yang Best Di Sri Lanka
Sri Lanka menawarkan banyak pilihan untuk sebuah pulau yang ukurannya hampir sebesar wilayah Sumatera Utara. Di Sri lanka terdapat empat warisan dunia yang termasuk dalam bandar bersejarah, tempat-tempat tinggalan kerajaan Buddha di masa lampau.
Sigiriya
Sigiriya ini sebuah temple yang berbentuk sangat unik, bentuknya ialah sebuah bongkahan batu besar yang berwarna hitam kejinggaan. Anda boleh naik ke atas batu ini hingga ke puncaknya dan melihat pemandangan yang sangat menarik dari atasnya.
Anuradhapura
Anuradhapura adalah bekas ibukota pertama Sri Lanka, di sini terdapat banyak sekali patung-patung besar yang letaknya tersebar di seluruh penjuru kota lama. Untuk menjangkau patung-patung ini anda boleh menyewa tuk-tuk/bajaj , selama tiga hinga empat jam.
Polonnaruwa
Polonnaruwa ialah ibukota Sri Lanka sesudah Anuradhapura, di sini terdapat banyak runtuhan kota kuno seperti royal palace, library, audience hall serta pahatan patung-patung Buddha yang sangat terkenal. Untuk menjangkau tempat-tempat di sini sama seperti di Anuradhapura anda boleh menyewa bajaj.
Dambulla
Dambulla terletak hanya sejam perjalanan dari Sigiriya , kunjungan ke Sigiriya rugi jika tidak dikombinasikan dengan Dambulla. Dambulla sendiri merupakan gua yang dengan lukisan mural Buddha dan figura Buddha. Di Dambulla terdapat lima gua.
Hill Country
Kalau anda memilih pergi ke kota-kota dengan alam pergunungan dan bukit bukau, hutan atau taman nasional, kebun teh,sungai dan air terjun atau ingin melakukan trekking maka hill country di Sri Lanka adalah tempat yang tepat.
Kandy
Kandy ialah kota terbesar kedua di Sri Lanka, Kandy merupakan base yang sangat ideal untuk menuju ke kota-kota bersejarah atau menuju kota-kota di hill country. Kandy sendiri merupakan kota yang cuacanya cukup sejuk, dengan lokasi utama adalah Temple of Sacred Tooth yang terletak di tepi danau buatan Kandy Lake.Di Kandy sendiri pada bulan Ogos terdapat perayaan Kandy Pesahera yang sangat fotogenik dan menarik.
Adam’s Peak
Adam’s Peak ialah gunung yang sangat suci untuk penduduk Sri Lanka, gunung ini merupakan tempat ibadat pada bulan Disember hingga Mac. Pada bulan ini, anak tangga menuju ke puncak gunung akan diberi lampu, sehingga pelancong mahupun penduduk dapat naik ke puncak dan melihat pemandangan Hill country dari puncak Adam’s Peak yang sangat lagenda. Selain itu juga terdapat fenomena alam Shadow of Adam’s Peak di mana akan muncul siluet bayangan gunung pada ketika matahari terbit. Perjalanan naik hingga ke puncak Adam’s Peak memerlukan waktu sekitar dua hingga empat jam dan turun sekitar dua jam. Salah satu itinerary wajib Srilanka.
Ella
Ella sendiri merupakan kota yang hanya terdiri dari satu jalan kecil, akan tetapi Ella merupakan tempat yang sangat ideal untuk berehat dan menikmati udara bukit atau kebun teh, selain itu anda juga boleh melakukan hiking untuk melihat persekitaran Ella dengan berjalan ke Little Adam’s Peak (dua jam pulang pergi) atau Ella Rock ( empat jam pulang pergi) atau pergi ke air terjun Rawana serta Gua Rawana.
Haputale
Haputale sendiri merupakan kota perbukitan yang menjadi base ideal untuk mengunjungi Horton Plains National Park (salah satu taman nasional terbaik di Srilanka) juga beberapa ladang teh sekitar seperti yang paling popular iaitu Dambatenne Tea Factory, di mana teh Lipton terdapat di sana. Perjalanan dengan kereta dari Haputale ke Ella menawarkan salah satu pemandangan terbaik di Sri Lanka.
Nuwara Eliya
Selain itu ada beberapa tempat di Sri Lanka seperti Nuwara Eliya yang terkenal sebagai The Scotland of Srilanka di mana tempat ini merupakan tempat rehat orang-orang Inggeris pada zaman kolonial dulu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis, Tempat Unik Orang Berniaga
Di Perlis dan Kedah, ‘nat’ merujuk kepada pasar sehari dan Nat Pokok Getah ini antara pasar yang kerap dikunjungi khususnya warga tempatan.
Tempat ini agak unik berbanding kebanyakan pasar sehari di Malaysia kerana terletak di ladang getah.
Singgah Nat Pokok Getah Di Perlis
Di pasar yang terletak di Jalan Arau-Pauh ini, pengunjung boleh melihat aktiviti masyarakat di sini dan turut menyertai dalam aktiviti jual beli.
Selain aneka makanan yang dimasak panas, di sini juga terdapat barang basah, sayuran, barangan keperluan harian dan macam-macam lagi.
Turut ada dijual ialah buah-buahan, pokok bunga, haiwan peliharaan, alatan tukang, barangan elektrik malah produk-produk terpakai seperti pakaian dan kasut.
Dalam seminggu hanya 2 hari sahaja Nat Pokok Getah ini dibuka iaitu pada hari Jumaat dan Ahad dari pukul 7 pagi hingga 2 petang sahaja.
Jadi kepada anda yang sudah sampai ke Perlis, cubalah singgah sini. Ambil peluang tengok barang rare dan merasa tempat orang berniaga macam-macam. Baru syok jalan-jalan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI