Puasa sebulan tidak mengehadkan anda untuk melakukan aktiviti termasuk melancong. Jika anda berdaya dan tubuh mempunyai kekuatan, anda boleh meneruskan niat itu namun perlu diingatkan tentang beberapa perkara yang penting.
Perhatikan tempat tujuan perjalanan
Jika perjalanan anda ke Indonesia tentu tidak sukar kerana majoritinya Muslim meskipun dalam jumlah yang berbeza. Cubalah cari jadual waktu berbuka dan waktu imsak sebelum memulakan perjalanan jadi boleh masukkannya dalam penyusunan itinerary selama melakukan perjalanan.
Begitu juga jika melakukan perjalanan ke luar negara, ketahui waktu imsak dan buka puasa daerah atau negara tersebut. Cari di daerah mana terdapat masjid. Biasanya kawasan sekitar masjid adalah tempat tinggal kaum muslim. Selain itu mudah untuk anda mendapatkan makanan halal ketika sahur dan berbuka juga apabila berinteraksi dengan sesama muslim dari lain daerah atau negara. Melaksanakan ibadah puasa khususnya solat tarawih pastinya akan memberikan kenangan terindah selama perjalanan anda.
Hindari melancong di awal dan akhir puasa
Hal ini berhubung dengan keadaan tubuh untuk perjalanan di awal puasa dan ketika menjelang akhir Ramadan. Di awal puasa, tubuh sedang melakukan adaptasi dan perlu beberapa hari (biasanya 2-3 hari) untuk menyesuaikan diri dengan jam makan, minum dan tidur. Di saat itu juga kita akan merasakan badan sedikit lemah dan kadang pening atau beberapa gangguan lainnya tapi itu hanya sementara. Setelah terbiasa maka akan hilang dengan sendirinya.
Ads
Di akhir puasa keadaan perjalanan atau menjelang lebaran sangat sesak. Ada juga beberapa negara juga menutup tempat-tempat melancongnya menjelang lebaran.
Siapkan bekal
Hal ini sangat penting khususnya jika anda melancong jauh dan akan melaksanakan buka puasa atau sahur di atas pesawat. Perhatikan jadual perjalanan anda. Khususnya jika anda ke luar negara, hitung pula waktu anda harus melalui imigresen. Mungkin anda memerlukan masa yang lama atas urusan visa dan sebagainya. Untunglah jika anda membawa bekalan untuk sahur.
Perlu diingatkan bahawa ada beberapa lapangan terbang yang tidak mengizinkan penumpang membawa air minum ke kabin pesawat. Jika mereka tetap menolak, tak ada pilihan lain selain membeli air minum di atas pesawat yang harganya sangat mahal. Beberapa pesawat kadang kala memberikan air minum dan makanan untuk sahur dan berbuka tapi tak semuanya seperti itu jadi lebih baik bersedia. Perlu diingat bahawa buka puasa dan sahur ialah hal yang sangat penting untuk menjaga stamina anda selama perjalanan.
Ads
Kenali ketahanan fizikal dan tubuh
Aktiviti seperti naik gunung, panjat tebing, mountain bike, offroad, caving boleh anda lakukan sekiranya yakin dengan kemampuan dan ketahanan tubuh dan fizikal. Jangan memaksakan diri. Tapi untuk aktiviti yang dianggap memudaratkan puasa jika boleh ditangguhkan dulu hingga selesai Ramadan. Contohnya menyelam, rafting, bungy jumping khususnya aktiviti di air.
Melancong semasa Ramadan tidak menyukarkan selagi anda tahu kemampuan serta ketahanan fizikal diri dan tubuh. Jika merasa tak sanggup dan hal itu akan menggangu puasa, lebih baik rehat hingga waktu berbuka tiba. Perlu diingat bahwa puasa adalah kewajiban sementara melancong hanyalah satu hobi.
Ads
Sahur di hotel
Jika melancong di luar negara khususnya di negara yang penduduknya bukan majoriti Muslim dan menginap di hotel atau penginapan yang menyediakan sarapan, sila tanya ke receptionist-nya apakah boleh mendapatkan sarapan anda ketika sahur. Jika jawapannya tidak, maka tak ada pilihan lain kecuali menyiapkan sendiri sahurnya. Belilah makanan di malam hari sebelum balik ke hotel. Banyak minum air putih dan makan buah-buahan untuk menjaga stamina.
Manfaatkan waktu luang
Meskipun sedang melancong tak bererti harus mengurangkan nilai ibadah Ramadan. Banyak waktu yang boleh dimanfaatkan untuk melakukan hal-hal yang boleh menambah pahala puasa. Download aplikasi Al-Quran yang banyak tersedia di smartphone. Anda boleh membacanya ketika sedang di perjalanan ataupun sedang berehat.
Melancong di bulan Ramadan sangat menyenangkan dan memiliki beberapa kelebihan dibanding melancong di hari-hari biasa. Tempat pelancongan sepi kerana tidak banyak pengunjung, hotel dan penginapan lebih murah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di sini Libur kongsikan kepada anda kalendar cuti umum dan perayaan Laos tahun 2019. Mungkin ada perubahan daripada segi tarikh dan perayaan, jadi dinasihatkan untuk semua supaya terus semak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa.
Bulan Januari
Tarikh
Hari
Cuti
1 Jan
Selasa
New Year’s Day
Bulan Mac
Tarikh
Hari
Cuti
8 Mar
Jumaat
International Women’s Day
Bulan April
Tarikh
Hari
Cuti
14 April
Ahad
Lao New Year
15 April
Isnin
Lao New Year
16 April
Selasa
Lao New Year
Bulan Mei
Tarikh
Hari
Cuti
1 Mei
Rabu
Labour Day
Bulan Jun
Tarikh
Hari
Cuti
1 Jun
Sabtu
Children’s Day
Bulan Julai
Tarikh
Hari
Cuti
16 Julai
Selasa
Boun Khao Phansa
20 Julai
Sabtu
Lao Women’s Union Day
Bulan Oktober
Tarikh
Hari
Cuti
13 Okt
Ahad
Boun Ok Phansa
14 Okt
Isnin
Boat Racing Festival
Bulan November
Tarikh
Hari
Cuti
11 Nov
Isnin
That Luang Festival
Bulan Disember
Tarikh
Hari
Cuti
2 Dis
Isnin
National Day
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya berita baik buat kaki travel apabila Malaysia Airlines sedang menawarkan tambang murah untuk sehala bagi kelas ekonomi ke semua destinasi domestik.
Bagi mereka yang ingin menghabiskan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina nanti bolehlah berbuat demikian dengan melayari website MAS.
Jualan tiket penerbangan itu akan bermula hari ini sehingga 17 Januari depan. Tempat duduk yang ditawarkan berkenaan pula adalah untuk tempoh perjalanan dari 4 Februari hingga 25 Februari.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pengguna Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, promosi berkenaan menawarkan harga berpatutan kepada penumpang, membolehkan mereka bertemu anggota keluarga pada musim perayaan akan datang yang juga cuti umum pertama bagi 2021.
“Pelanggan boleh menikmati tambang sehala serendah RM129 untuk penerbangan domestik di Semenanjung Malaysia dan RM169 serta RM189 untuk penerbangan ke dan dari Sarawak dan Sabah.
“Tambang murah ini tersedia untuk semua tempat duduk bagi penerbangan terpilih. Ia menawarkan nilai terbaik kepada pengembara yang mahu pulang bercuti atau bagi mereka yang berhasrat untuk percutian dalam waktu singkat,” katanya dalam satu kenyataan.
Lau berkata, penumpang juga dapat menikmati pengalaman perjalanan kelas ekonomi yang lebih baik apabila mereka memilih tambang MH Flex Economy yang memberikan penumpang fleksibiliti akses perubahan tarikh, melakukan tempahan semula, elaun bagasi daftar masuk hingga 35kg dan pemilihan tempat duduk standard percuma serta perlindungan perjalanan asas.
MH Flex Economy juga menyediakan keistimewaan dengan membolehkan penumpang menaiki penerbangan lebih awal pada hari yang sama secara percuma dan faedah tambahan seperti perkhidmatan khusus untuk pendaftaran masuk, pengurusan bagasi dan pelepasan.
Katanya, pihaknya memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines mempunyai protokol keselamatan dan kebersihan yang ketat, termasuk kerja-kerja nyahkuman kerap dilakukan sepanjang perjalanan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat untuk penumpang.
Sementara itu, bagi mereka yang mencari pakej penerbangan dan hotel, cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays, menawarkan pakej ‘Staycation’ di seluruh negara dengan potongan harga untuk penginapan hotel hingga 25 peratus untuk perjalanan sehingga 31 Julai.
Tempoh tempahan untuk tawaran Staycation mulai sekarang sehingga 10 Januari.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk travel. Sama ada secara berkumpulan atau travel solo.
Walau apa cara sekalipun apa yang penting matlamat menimba pengalaman di rantau orang tercapai.
Walaupun begitu, jika seseorang itu travel secara solo, cabarannya lebih terasa kerana perlu berdikari tatkala berada di negara orang.
Seperti perkongsian pengguna laman sosial Facebook, Annuar Din yang berpeluang trip ke Eropah secara solo selama sebulan pada November-Disember 2019. Sebelum itu dia membuat perancangan selama 2 bulan sebelum memulakan perjalanannya.
Berkongsi itinerari perjalanannya bermula dari KLIA hinggalah berjaya mengembara ke 13 buah negara dan 24 bandar beserta dengan bajet lengkap.
Alhamdulillah saya berpeluang ke Europe sendirian pada 12 November hingga 12 December 2019 yang lalu.
Emirates tiket KL – Dubai – Paris (return) RM2200. Dan segala perancangan hanya bermula dua bulan sebelum tarikh berangkat.
Itinerary yang saya buat lebih kepada mengikut tambang pesawat yang mana murah ke arah sesuatu destinasi di sana. Contoh jika murah ke Barcelona maka saya kesana, dari Barcelona jika murah ke Marrakesh maka saya akan ke Marrakesh.
Niat di hati hendak ke Norway dan Poland tetapi harga pesawat ketika itu agak mahal. Mungkin lain kali lah.
Pengangkutan lain yang saya guna selain train ialah bas terutama dari syarikat Flixbus. Semua tiket pesawat, train dan bas saya telah beli sebelum berangkat. Jadi saya kena “on time”, jika gagal maka jadual perjalanan akan tergendala dan akan berubah.
Dibawah ini saya kongsikan harga pesawat tambang murah di Europe yang saya bayar:
1 – EASYJET (8507) RM256 20 Nov 15:30-18:50 London Gatwick North Terminal (LGW) to Reykjavik (Keflavik) Iceland (KEF)
2 – EASYJET (8504) RM274 24 Nov 11:10-14:25 Reykjavík (Keflavik) (KEF) Iceland to London Gatwick (LGW)
3 – NORWAYGIAN (D82432) RM160 24 Nov 18:50-21:55 London Gatwick (LGW) to Barcelona
4 – RYANAIR (FR2243) RM175 25 Nov 16:30-18:55 Barcelona (BCN) to Marrakesh (RAK)
5 – EASYJET (3334) RM139 27 Nov 11:55-15:25 (3 jam 10 minit) Marrakesh (RAK) to Venice Marco Polo (VCE)
6 – RYANAIR (FR2122) RM144 6 Dec 19:25-20:55 Prague (PRG) to Charleroi, Brussels (CRL)
*jika bernasib baik anda boleh dapat harga yang lebih rendah daripada yang saya bayar, contoh ada penerbangan dari London ke Iceland saya jumpa hanya berharga RM99 saja, tetapi ketika itu saya sudah beli pun tiket ke destinasi tersebut.
Saya sengaja memilih transit 14 jam di Dubai supaya saya boleh jejalan di bandar tersebut.
Dibawah ini negara dan bandar yang sempat saya terokai:
Dalam sebulan tu hanya 5 kali sahaja saya menjamah nasi iaitu di Marrakesh, Florence, Interlaken, Lucerne dan Amsterdam, dan harga sepinggang nasi yang paling mahal ialah di Interlaken Switzerland RM105.
Disini saya share photo yang diambil sepanjang trip, saya hanya menggunakan kamera handphone SONY XZ PREMIUM sahaja dan menggunakan tripod serta timer untuk mengambil photo, dan terpaksa edit kasi terang sebab selama sebulan di bumi europe asyik mendung 24 jam, ambil photo pun selalunya gelap.
Cuma di sekitar Paris saya guna kamera Samsung Note 9, tetapi pada hari pertama di London saja phone saya kena cilok.. Dalam berjaga-jaga pun dan mungkin hanya terlalai sedikit phone kena pickpocket..
Ok itu secara ringkas, jika anda rajin dan hendak tahu lebih detail perbelanjaan boleh terus baca dibawah ini;
*Pesawat EMIRATES KL – PARIS returns RM2206 Bus Ipoh – Klia returns RM77
Hostel St Christopher Canal di Paris 3 mlm RM304 Bus Flixbus Paris – London (€14.99) RM70.58
Hotel The White Ferry Victoria di London 3 mlm RM160 Bus National Express London – Manchester (return) RM62.28 *Pesawat EasyJet London Gatwick – Reykjavik, Iceland RM256
Hotel Hlemmur Reykjavík Iceland 4 mlm RM242 *Pesawat EasyJet Reykjavík-London Gatwich RM274 *Pesawat Norwegian London – Barcelona RM160
Hotel St Christopher’s Inn Barcelona 1 mlm €12 (RM55) *Pesawat RyanAir Barcelona – Marrakesh RM175
Hotel Zaitoune di Marrakesh 2 mlm (€20) RM92 *Pesawat EasyJet Marrakesh – Venice RM139
Hotel Venezia Mestre di Venice 1 mlm (€12) RM56 Bus Flixbus Venice – Rome (€15.99) RM74
Train Trenitalia Rome – Pisa (€12.60) RM58
Hotel Safestay di Pisa 2 mlm (€12.56) RM58 Bus FlixBus Pisa – Interlaken (€31.98) RM147
Hotel Meininger di Interlaken 2 malam (CHF50) RM213
Hotel Barabas di Luzerne 1 malam (CHF36) RM152 Bus FlixBus Zurich – Munich (€17.99) RM82
Hotel di Munich Germany 1 malam (€14) RM64 Bus Flixbus Munich – Prague (€17.90) RM82 *Pesawat RyanAir Prague – Charleroi Brussels RM114
Hotel Auberge de Jeunesse di Charleroi 1 mlm (€21.00) RM96.50 Bus FlixBus Charleroi ke Brussels (€5) RM23
Hotel Sleep Well Youth di Brussels City 1 mlm (€26) RM117 Bus FlixBus Brussels ke Amsterdam (€9.99) RM46
Hotel WOW Amsterdam 1 mlm (€14) RM63 Bus FlixBus Amsterdam ke Paris (€18.99) RM87
Hostel Enjoy di Paris 1 mlm (€24) RM106
Total = RM5911.36
——————————————————————————————–
1. Swiss Travel Pass 3 day (beli online di Klook) – RM987 2. Etiqa Insurance 1 bulan – RM169 (platinum) 3. Cucuk Influenza – RM60 4. Ubatan anti selesema kat klinik keluarga – dalam RM50 5. Europe Sim Card sebulan beli di Lazada – RM152
Total = RM1418
——————————————————————————————–
PERBELANJAAN KETIKA KEMBARA;
KLIA – Balut beg dengan plastik RM25 – Air Oren dan makan kedai mamak RM15 TOTAL RM40
DUBAI – RTA DUBAI metro card unlimited sehari AED22 (RM25) – Minuman botol dan AED 26 (RM30) – Wendy’s budger, dan pepsi AED25 (RM29) – Botol air RM10 TOTAL RM95
PARIS – RER Train tiket dari CDG airport ke Crimée melalui Charles de Nord €11.50 (RM47) – Beli biskut, air botol RM25 Tiket metro pi balik ke tower €3.80 RM17 Beli pisang €5 RM11 Beli biskut €2.50 RM5.50 Tiket Metro 3 keping RM26 Extentions Charger RM31 Pisang, biskut dan air botol RM30 TOTAL RM200
LONDON Expresoo, 2 pisang £2.70 RM14. 50 Hot chocolate +pisang +evian £3.60 RM19 Booking bas dr Victoria Station ke Gatwich Airport N £6.00 RM32 Coke £1 RM5.30 Toilet £1 RM5.30 Mineral water £1 RM5.30 TOTAL RM78
MANCHESTER Breakfast £5.00 (pisang 2, cappuccino, 1 mineral) RM26.88 Bas ke Old Trafford £2.50 RM13.44 Beli barangan di Tesco £3.50 RM18.85 Bas Old Trafford ke city £2.50 RM13.44 Kebab £4.50 RM 24 Geleto £4.25 RM20.85 TOTAL RM115
LONDON Burger £5.50 RM29 Pisang £1 RM5.30 Biskut £2 RM10.70 Mineral £1 RM5.30 Mineral dan Tic tac di Gatwick – RM18.17 TOTAL RM69
ICELAND Bus dari Keflavik Airport ke Reykjavik City RM136 Pisang 4 biji, roti sebuku, 2 botol air buah, jem RM64 Day tour South Coast Winter Adventure RM450 Day tour Golden Circle Tour and…. RM270 2 pisang 1 kotak susu RM19.40 Minuman 2 botol dan Roti RM57 Mineral 320kr RM10 Mineral kat airport RM6.50 TOTAL RM985
Transit LONDON Minuman, pisang, roti,… RM60 TOTAL RM60
BARCELONA Return tiket bas dari airport T2 ke Catalunya city centre €10.50 RM 48.70 Simpan bag €3.00 RM13 Minuman dan pisang €2.00 RM9 Fright magnet €5.00 RM23 Frighr magnet RM12.50 Minuman dan pan cake €5.00 RM24 Mineral di airport £1.50 RM6.80 TOTAL RM110
MARRAKESH Minum pagi 2 roti dan hot chocolate €2.00 RM9 Souvenir cermin dan fright magnet €8.00 RM36 Air botol €1.50 RM7 First time makan nasi di Marrakesh AED80 RM34 Juice delima (4 kali minum) RM32 Lain2 belian sekitar RM150 TOTAL RM268
VENICE Tiket bas dr Airport to Mestre Train station €8.00 RM32 Minuman dan roti €3.50 RM16 (Hotel dah kira) tapi plus bed sheet €3.00 RM13 Locker silap size €2.00 RM9.50 (burn aje beg tak leh masuk) Locker medium 24 jam €4.00 RM18 Bas pergi balik ke Venice dari Mestre €3.00 RM13 Pisang mineral kurma €3.00 RM13 Fridge magnet Venice €5.00 RM23 Pisang €1.50 RM6.80 Kencing €1.00 RM5.25 Keperluan makanan minuman €6.60 RM30 Peminta sedekah rupanya €2.00 RM9 TOTAL RM189
SWITZERLAND Mineral, coca cola, coklat RM15 Jem, roti mineral coklat RM50 Chicken Beriyani tanpa minuman RM105 Ke puncak Mt Titlis RM245 (swiss58) lepas dapat diskaun guna swiss pass 2 botol air RM10 Biskut, coklat, paprika RM23 (card tak boleh detect, seorang perempuan tolong bayarkan) Jamban €2. 00(sepatutnya €1 tp tak return baki) RM9 TOTAL RM457
MUNICH dan PRAGUE Locker 12 jam €5.00 tapi tak return syling jadi €6.00 RM27 Souvenir €15.00 RM69 Biskut Minuman €6.00 RM27 Baju untuk sendiri pakai €7.50 RM35 Minuman makanan RM18 Tiket bas AE ke Airport €3.00 RM14 TOTAL RM190
CHALEROI Bas dari Airport to Chaleroi Bas Station dekat hotel €6.00 RM27 TOTAL RM27
AMSTERDAM Makan Nasi €14.00 RM64 Tram, Metro, bus 24 hrs unlimited €8 RM36 Ssss €21 RM96 Dua minuman €5.00 RM23 Pisang minuman €5.00 RM23 Toilet 2x €2.00 RM9 Ubat tahan sakit dan pembalut kaki €16.00 RM73 TOTAL RM324
PARIS LAST DAY Martabak €2.50 RM11. 50 Mainan Mateen €10.00 RM46 Coklet minuman dll €27.00 RM124 Tongkat (lutut dah sakit) dan ubat €20.00 RM91 Train dari bandar ke Airport €10.50 RM48 TOTAL RM320
Habiskan baki Euro, beli kerepek dan biskut €5.00 RM23 Beg 3 euro beli 5 dg mineral €17.00 RM78 Donuts dan hot chocolate €7.00 RM32 Coklat 2 free satu €11.00 RM56 TOTAL RM189
GRAND TOTAL RM3947
——————————————————————————————-
KESELURUHAN PERBELANJAAN YANG DIGUNA PAKAI IALAH;
RM5911.36 + RM1418 + RM3947 = RM11,276.36 (saya yakin ianya tidak melebihi daripada RM11,600)