Puasa sebulan tidak mengehadkan anda untuk melakukan aktiviti termasuk melancong. Jika anda berdaya dan tubuh mempunyai kekuatan, anda boleh meneruskan niat itu namun perlu diingatkan tentang beberapa perkara yang penting.
Perhatikan tempat tujuan perjalanan
Jika perjalanan anda ke Indonesia tentu tidak sukar kerana majoritinya Muslim meskipun dalam jumlah yang berbeza. Cubalah cari jadual waktu berbuka dan waktu imsak sebelum memulakan perjalanan jadi boleh masukkannya dalam penyusunan itinerary selama melakukan perjalanan.
Begitu juga jika melakukan perjalanan ke luar negara, ketahui waktu imsak dan buka puasa daerah atau negara tersebut. Cari di daerah mana terdapat masjid. Biasanya kawasan sekitar masjid adalah tempat tinggal kaum muslim. Selain itu mudah untuk anda mendapatkan makanan halal ketika sahur dan berbuka juga apabila berinteraksi dengan sesama muslim dari lain daerah atau negara. Melaksanakan ibadah puasa khususnya solat tarawih pastinya akan memberikan kenangan terindah selama perjalanan anda.
Hindari melancong di awal dan akhir puasa
Hal ini berhubung dengan keadaan tubuh untuk perjalanan di awal puasa dan ketika menjelang akhir Ramadan. Di awal puasa, tubuh sedang melakukan adaptasi dan perlu beberapa hari (biasanya 2-3 hari) untuk menyesuaikan diri dengan jam makan, minum dan tidur. Di saat itu juga kita akan merasakan badan sedikit lemah dan kadang pening atau beberapa gangguan lainnya tapi itu hanya sementara. Setelah terbiasa maka akan hilang dengan sendirinya.
Di akhir puasa keadaan perjalanan atau menjelang lebaran sangat sesak. Ada juga beberapa negara juga menutup tempat-tempat melancongnya menjelang lebaran.
Siapkan bekal
Hal ini sangat penting khususnya jika anda melancong jauh dan akan melaksanakan buka puasa atau sahur di atas pesawat. Perhatikan jadual perjalanan anda. Khususnya jika anda ke luar negara, hitung pula waktu anda harus melalui imigresen. Mungkin anda memerlukan masa yang lama atas urusan visa dan sebagainya. Untunglah jika anda membawa bekalan untuk sahur.
Perlu diingatkan bahawa ada beberapa lapangan terbang yang tidak mengizinkan penumpang membawa air minum ke kabin pesawat. Jika mereka tetap menolak, tak ada pilihan lain selain membeli air minum di atas pesawat yang harganya sangat mahal. Beberapa pesawat kadang kala memberikan air minum dan makanan untuk sahur dan berbuka tapi tak semuanya seperti itu jadi lebih baik bersedia. Perlu diingat bahawa buka puasa dan sahur ialah hal yang sangat penting untuk menjaga stamina anda selama perjalanan.
Kenali ketahanan fizikal dan tubuh
Aktiviti seperti naik gunung, panjat tebing, mountain bike, offroad, caving boleh anda lakukan sekiranya yakin dengan kemampuan dan ketahanan tubuh dan fizikal. Jangan memaksakan diri. Tapi untuk aktiviti yang dianggap memudaratkan puasa jika boleh ditangguhkan dulu hingga selesai Ramadan. Contohnya menyelam, rafting, bungy jumping khususnya aktiviti di air.
Melancong semasa Ramadan tidak menyukarkan selagi anda tahu kemampuan serta ketahanan fizikal diri dan tubuh. Jika merasa tak sanggup dan hal itu akan menggangu puasa, lebih baik rehat hingga waktu berbuka tiba. Perlu diingat bahwa puasa adalah kewajiban sementara melancong hanyalah satu hobi.
Sahur di hotel
Jika melancong di luar negara khususnya di negara yang penduduknya bukan majoriti Muslim dan menginap di hotel atau penginapan yang menyediakan sarapan, sila tanya ke receptionist-nya apakah boleh mendapatkan sarapan anda ketika sahur. Jika jawapannya tidak, maka tak ada pilihan lain kecuali menyiapkan sendiri sahurnya. Belilah makanan di malam hari sebelum balik ke hotel. Banyak minum air putih dan makan buah-buahan untuk menjaga stamina.
Manfaatkan waktu luang
Meskipun sedang melancong tak bererti harus mengurangkan nilai ibadah Ramadan. Banyak waktu yang boleh dimanfaatkan untuk melakukan hal-hal yang boleh menambah pahala puasa. Download aplikasi Al-Quran yang banyak tersedia di smartphone. Anda boleh membacanya ketika sedang di perjalanan ataupun sedang berehat.
Melancong di bulan Ramadan sangat menyenangkan dan memiliki beberapa kelebihan dibanding melancong di hari-hari biasa. Tempat pelancongan sepi kerana tidak banyak pengunjung, hotel dan penginapan lebih murah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI