6 Tasik Kuari Viral Tumpuan Ramai Sebenarnya Sangat Bahaya Ya!

Share

Sebelum kita nak cerita pasal Tasik Kuari ni, jom kita ambil tahu dulu, apa itu kuari? Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit. Contohnya kita boleh lihat bagaimana proses letupan di kuari melalui video di bawah:

Batu kapur digali dari bawah. Agak² saiz macamni punya lombong, berapa dalam tu dari dasar?

Di Malaysia, lesen syarikat kuari dikeluarkan oleh kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bongkah-bongkah batu diletupkan dan runtuh ke bawah. Seterusnya dihantar ke mesin pemecah batu supaya ia lebih kecil dan halus.

Asal Tasik Kuari

Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan.

Tasik kuari mungkin berkedalaman +-2m ke 20m dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. Tebing bukit tinggi dah cukup bahaya sebab takut tergelincir jatuh. Kalau dah jatuh, berdepan pula dengan air dalam. Banyak kes lemas di tasik kuari direkodkan.

Berdasarkan kajian, aktiviti perlombongan yang telah dijalankan pada masa lalu telah meningkatkan jumlah pepejal terlarut dan logam berat. Tapi ramai yang mandi, maklumlah memang cantik air siapa tak geram. Cuma risiko sendiri sebab kawasan kuari adalah kawasan larangan masuk. 

Tarikan Tasik Kuari

Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Ramai yang rakam video dan gambar cantik untuk perkongsian. Antara tasik kuari biru yang diketahui di Malaysia:

Tasik Biru Bukit Ibam

Ini antara tasik kuari terbesar dan terdalam diketahui. Air dia memang biru tambahan datang waktu tengahari terik. (dipercayai sekitar 40m dalam)

Air jernih biru kehijauan. Foto: commoncourtesy28

Tasik Biru Tasek Gelugor, Guar Petai Pulau Pinang

Jernih biru kehijaun air, tayar serta sampah. Foto: arzmoha
Tebing sahaja dah cukup tinggi. Hati-hati kalau pergi kuari.   Foto: tehobenglimau
Tasik ni mungkin paling unik sebab kawah yang banyak. Foto: subtlevisual

Tasik Biru Kangkar Pulai

Tebing tinggi. Kemudian korek lagi sampai ke dasar. Agak² berapa dalam tu?   Foto: boon.z james

Tasik Biru Seri Alam Johor Bahru

Tebing tinggi. Kemudian korek lagi sampai ke dasar. Agak² berapa dalam tu?

Gambar keindahan Tasik Biru Seri Alam ini juga pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama ‘DCM Magazine’ pada December 2013. Dengan tajuknya ‘The Blue Lake of Seri Alam’ yang dirakam oleh Gani Masai. Gambar inin juga diterbitkan dalam majalah Dunia Kamera isu Februari 2013. 

Tasik Biru Marang, Terengganu

Foto: kakikusukaberjalan
Ni cuma sebahagian kecil tasik. Ada lagi sebelah sana yang besar.   Foto: kuih_siput

Tasik Biru Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi Kedah

Air di sini mungkin belum naik paras tinggi. Kalau paras tinggi, orang Kedah kata hapuih   Foto: kedahnews
Foto: kedahnews

Kecantikan dari kemusnahan

Lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja, meninggalkan tasik biru cantik yang berbahaya. Namun memang ada perancangan selepas itu. Proses untuk membangunkan bekas lombong memakan masa. Beberapa bekas lombong dijadikan tempat rekreasi seperti Sunway Lagoon, The Mines, Taman Ampang Hilir kini menjadi tarikan orang awam.

Oleh
Husna