Taman Tasik Titiwangsa sudah dibuka dengan wajah baru kepada orang awam dan ramai yang sudah menjejakkan kaki ke sini untuk melihat bentuk perubahan yang telah dilakukan.
Selain penambahbaikan fasiliti, ada tarikan lain yang ada di sini. Antaranya:
- Lanskapnya di taman tasik ini diserikan dengan tanaman pokok Kemuning yang mempunyai bau wangiannya tersendiri di ‘Maze Garden’.
- Pokok air juga ditanam di sepanjang tasik bertujuan menapis air agar menjadi lebih bersih.
- Taman permainan dan taman permainan air kanak-kanak menjadi antara ‘wow factor’. Si kecil dialu-alukan untuk mandi-manda di kolam air yang tersedia.
- Bagi anda yang suka berbasikal dan joging, trek yang lebih besar dan teratur disediakan.
- Jangan lupa mencuba meniti di ‘Canopy Brige’ sambil diselubungi kabus buatan sekaligus menerapkan elemen ‘Forest in the City’.
- Berkonsepkan ‘inklusiviti’ taman ini turut dibina sebagai taman mesra OKU, malah ada permainan yang disediakan khas buat kanak-kanak Autistik dan Cerebral Palsy.
Jika ada kelapangan, jom la singgah dan lihat sendiri tarikan terbaru di Taman Tasik Titiwangsa ini.